Nama Ikan Ini Ikan Pontianak
Pekerja hidupan liar akan menggunakan racun serangga di sungai berhampiran Tasik Michigan dalam usaha untuk membunuh 'ikan pontianak' yang menghisap darah ikan lain.Lamprei laut dewasa boleh mencapai dua hingga tiga kaki menyerupai belut, tetapi bersikap seperti lintah.Dengan mulut bulat seperti cakera dan bergigi tajam, mereka melekap pada ikan lain dan menghisap darah dan cecair lain dalam badan menyebabkan mangsa menjadi terlalu lemah.
Meskipun berasal dari Lautan Atlantik, ia boleh hidup dalam air tawar dan berpindah ke tasik besar menerusi terusan laluan kapal.Menjelang lewat 1940-an, penceroboh yang membiak dengan banyak itu menyebabkan ikan trout, ikan putih dan spesies sukan serta komersial di seluruh tasik semakin berkurangan.
Usaha memerangi lamprei menelan belanja lebih AS$400 juta (RM1.2 bilion) sepanjang lima dekad lalu.Populasi ikan itu berkurangan 90 peratus sejak lewat 1950-an selepas penyelidik menemui cara membunuhnya tanpa menjejaskan spesies lain.Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat memerangi lamprei menggunakan rawatan racun serangga mulai hari ini hingga Ahad depan di Sungai Mitchell Creek yang mengalir ke Tasik Michigan.
"Larva lamprei laut itu di sungai itu paling mudah diserang. Adalah mustahil kami mendapatkan lamprei dewasa di tasik ," kata Alez Gonzalez, pakar biologi perikanan yang berkhidmat di pejabat Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Luar Amerika Syarikat di Ludington.Menurutnya, rawatan itu 95 hingga 99 peratus berkesan dalam membunuh parasit pada peringkat ini, kata Gonzalez.Lamprei laut biasanya digelar 'ikan pontianak' kerana ia menghisap darah ikan lain
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment