Wednesday, February 26, 2014

RG2011... Fw: Luahan Rakyat - Kementerian Kesihatan Malaysia

 



Luahan Rakyat - Kementerian Kesihatan Malaysia Sila Baca !!!!

amenoworld.blogspot
 
Ini luahan dari Hafizi Agy yang admin terima di wall.

Saya mohon semua orang share hal ini supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKN Sarawak) membuka mata dengan sikap mereka.

Hari ini 24.2.2014 adik perempuan saya diminta mendaftar diri di Pejabat Kesihatan Negeri Sarawak selepas sebulan menamatkan pelajaran sebagai Jururawat Masyarakat.

Di awal proses lagi pegawai di bahagian penempatan jururawat KKM menunjukkan sikap acuh tidak acuh apabila saya bertanya tiket kapal terbang disana disediakan atau tidak, dia menjawab semua ditanggung sendiri dan boleh claim.

Apabila surat penempatan diterima ianya hanya menyatakan mendaftar di Pejabat Kesihatan Negeri Sarawak dan tidak memberi tahu kemudian perlu pergi sendiri ke lokasi penempatan.

Maka saya membeli tiket Adik saya dari KLIA ke Kuching untuk mendaftar pada 24.2.2014, apabila sampai mendaftar adk saya dan kawan2 nya ditempatkan di Hospital Miri Sarawak.

Apa yang tidak boleh diterima ialah sikap pegawai yang mengurus mereka di JKN Sarawak menyuruh mereka sendiri pergi ke Hospital Miri tanpa menghantar mereka dan menyatakan mereka tidak menyediakan apa2.

Hal itu sungguh mengejutkan dan mereka terpaksa membeli tiket penerbangan di saat akhir yang mana harganya sudah pasti mahal iaitu melebih RM200++ dan bukan jumlah yang sedikit bagi mereka yang baru ingin memulakan pekerjaan dan hidup ditempat orang.

Atau mereka boleh menaiki bas dari Kuching ke Miri yang mengambil masa 16 jam.

Mereka juga dimaklumkan bahawa asrama Jururawat di Hospital Miri sudah penuh dan perlu mencari rumah sendiri dan jika difikir secara logik bagaimana mereka ingin mencari rumah disaat akhir dinegeri yang tiada saudara mahupun kawan.


Alasan yang digunakan hanyalah kami tidak sediakan sendiri dan semua perlu diuruskan sendiri dan nanti boleh Claim.

Persoalannya claim tersebut boleh ke dapat dalam masa dua tiga hari.. mereka nak bekerja sebelum menunggu gaji pertama apa yang harus mereka makan, mana mereka akan mencari duit..

Lebih menyayat hati ada diantara mereka menangis kerana hampir kehabisan duit dan berfikir bagaimana akan mengharungi situasi tersebut.

Apakah KKM dan JKN Sarawak tidak berfikir perkara ini dan ianya seolah mereka mempergunakan mereka yang mana dilihat memerlukan tenaga Jururawat dari semenanjung untuk bekerja di Sarawak tetapi tidak menguruskan mereka.

Tidak terfikirkah bahawa mereka adalah anak gadis dan tidak terfikirkah keselamatan mereka, tidak terfikirkah bagaimana jika ada diantara mereka dari keluarga yg kurang berkemampuan.

Persoalannya dimana perancangan mereka, kredibiliti mereka, profesionalisma mereka dan mengapa tidak memberitahu semua prosedur awal2 ketika diberi surat penempatan supaya boleh bersedia di saat awal bukan kelam kabut di saat akhir.

Lebih menggeramkan saya apabila saya menelefon Pegawai yang menguruskan penempatan jururawat di KKM beliau boleh ketawa dan berkata semua itu adalah urusan JKN Sarawak.

Seolah-olah mereka melepaskan tangan dan bersikap sambil lewa tanpa ada profesionalisma dalam hal ini walhal JKN Sarawak adalah jabatan di bawah KKM.

Sehingga kini ibu dan ayah saya di kampung betul2 risau keselamatan dan apa akan terjadi kepada adik saya dan kami bukanlah orang kaya yang mampu terbang ke Sarawak dan menguruskan segalanya di sana dan kembali semula kesemenanjung.

Perbuatan KKM dan JKN Sarawak terlalu keterlaluan dengan melakukan perkara sebegini.. Saya harap semua orang share kisah ini supaya menjadi liputan meluas dan membuka mata mereka supaya tidak memandang enteng perkara tersebut.

KKM seharusnya mengikut langkah bagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia mampu menguruskan penempatan guru semenanjung ke Sabah Sarawak dengan segalanya diuruskan tanpa diperlakukan sedemikian.

Saya berharap perkara ini disebarkan supaya diberi perhatian supaya perkara ini tidak berlaku pada mana2 jururawat dari semenanjung yang akan dihantar ke Sarawak pada masa akan datang dan kerajaan terutamanya KKM memandang serius perkara ini.


Bila komen neh tersiar di wall, ada beberapa komen berikan komen sebagai balas. Rupa2nya ini bukan masalah terpencil beb. Ia berlaku dah lama dan secara berterusan.

Baca ;


Aku nak minta tolong. Aku harap orang dari mana2 negeri pun jangan sentap tak tentu hala. Ini bukan posting untuk kutuk mana2 negeri. Ini sekadar luahan untuk kerajaan faham bahawa ada beberapa perkara perlu dilakukan untuk penambahbaikan.

Ada betul juga apa yang mereka alami itu agak menyukarkan keadaan.

Tiba2 datang ke tempat baru. Takde rumah, takde kenalan. Sudah tentu ia menakutkan. Lebih2 lagi kalau ia melibatkan staff wanita.

Pada aku, masalah ini KKM dan JKN Sarawak ataupun mana2 negeri sekalipun, perlu take note aduan ini dan lakukan sesuatu.

Oke bai.

 

Wan tokwan · 

Semua salah UMNO-BN..
 

sincan · 

memang macam tu, mula masuk kerja (jabatan/kementerian manapun) semua kena guna duit sendiri dulu-pengangkutan , rumah dll-semua kene sendiri. Sekarang ni lagi mudah berbanding dulu.. 3 bulan kerja baru dapat gaji..lani sebulan dah dapat gaji.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment