Monday, February 24, 2014

RG2011... Fw: SPRM jumpa RM20 juta dalam akaun bank polis

 



 

SPRM jumpa RM20 juta dalam akaun bank polis yang disiasat kerana rasuah. Tahniah SPRM!

telokbakong.blogspot
 

Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu.

"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.

 

Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit.

"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.

Semua 60 pegawai polis itu, angka paling besar yang pernah disiasat SPRM serentak, kebanyakannya pegawai kanan yang bertugas di seluruh negara.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa pasukan yang merangkumi pegawai kanan daripada SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Sekuriti dan polis telibat dalam penyiasatan ini.

Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Disebabkan masalah teknikal yang muncul baru-baru ini, pasukan penyisatan ini dibesarkan.

Sumber berkata, pasukan tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Gani yang mengetuai siasatan bagi memastikan bukti sahih dapat dikumpul untuk menjamin pendakwaan yang kukuh dalam mahkamah.

Pada 25 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan seorang pegawai kanan polis, salah seorang daripada 60 pegawai yang di bawah penyiasatan, merupakan antara polis yang menjadi orang tengah dengan SPRM untuk membantu mengenalpasti polis yang korup dengan janji diberi imuniti.

Dilaporkan pegawai polis kanan itu bersetuju untuk menamakan beberapa lagi pegawai kanan polis untuk menjaga kepentingan dirinya.

"Siasatan sudah berjalan untuk beberapa bulan, dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai polis sedang hidup lebih daripada kemampuan mereka.

"Ramai daripada pegawai kanan ini ditugaskan di serata negara, dan dijumpai dengan paling kurang RM1 juta atau lebih dalam akaun bank masing-masing.

"Pegawai ini tidak cuba pun untuk menyembunyikan kekayaan mereka," kata pegawai itu.

Dalam laporan awal, The Malaysian Insider melaporkan aduan daripada seorang pegawai polis yang tidak berpuas hati kepada SPRM yang memulakan siasatan mengakibatkan 60 pegawai polis disyaki.

Pegawai ini didakwa mengumpul rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara. Perniagaan ini termasuk kafe siber haram dan rumah urut serta sarang pelacuran.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali membayar antara RM10,000 hingga RM50,000 sebulan kepada polis untuk mengelak diserbu dan diganggu.

Oleh kerana siasatan SPRM ini, seorang pegawai bergelar 'Datuk' dipindahkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.

SPRM menjumpai RM6 juta dalam akaun bank 'Datuk' yang disoal oleh SPRM itu.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanyalah permulaan sahaja.

Sementara siasatan semakin giat dijalankan, SPRM juga merampas kereta mewah seperti Range Rover Evoque (bernilai RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000) Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

Selain daripada hartanah dan kereta mewah, polis juga merampas sejumlah wang yang banyak, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu.

Comments 
  1. saksama permalink

    Segala perbuatan rasuah mestilah dibongkar habis-habisan kerana kalau dibiarkan akan menjadi malapetaka kepada negara !

  2. siasaty dan bongkar seorang sekali …setiap 3 tahun…habis UMNO-BN masih berkuasa 100 tahun kemudian….. Kita kena FAST TRACK UMNO-BN diKUBURKAN Macam UKRAINE…….BBB…. Bangun Bangkit Bantah……HARI INI SEJARAHKAN UMNO-BN!!

 

[BONGKAR] Pegawai Kanan Polis Ada RM20 juta Dalam Bank

greenboc.blogspot.
 

SPRM jumpa RM20 juta dalam akaun bank polis yang disiasat kerana rasuah


ULASAN GB

Itu yang baru dapat dikesan. Kita tak tahu berapa ramai lagi anggota polis yang terlibat dengan rasuah dan entah berapa juta lagi jumlahnya.

comments:

Anonymous said...

Bayangkanlah ini baru 60 pegawai kanan polis, belum lagi ketua ketua polis negari, negara dan ketua ketua unit dalam polis.
Kita semua tahu kegiatan rasuah dalam polis dari atas hingga ke bawah, tetapi semua tutup mata.
Memandangkan abdul ghani patail mengetuai penyiasatan ini maka ada kemungkinan kes2 ini kan dikawtim terus. Bayangkanlah kekayaan yang ahli2 politik mampu mengumpul dengan kerjasama polis2 rasuah ini. HIDUP RASUAH...BUDAYA MALAYSIA.

Anonymous said...

Apa nak heran perkara ni berlaku dari dulu lagi takkan baru sekarang baru bongkar pelik pelik

Anonymous said...

Apa polis polis ni peduli yang penting masyuk masyuk masyuk patutlah ada sorang polis ni cakap dia tak sentuh duit gaji dia rupanya masyuk dah sedap makan duit rasuah masyuk masyuk

Anonymous said...

Yg sedang dikesan ini hanya 1 drp 100 angota polis, bukan pegawai shj. malah angota biasa pun ramai, aku tahulah sebab aku pun angota polis yg dicapkan pro pembankang krn tidak sebulu dgn angota yg bertindak x ngkut sop.

opisboi said...

??????????..adakah satu cerita lawak jenaka..keh3x @ cerita penglipor lara..kah3x

Amuraria said...

iNilah dajjal dajjal perosak negara ! ABU !

Anonymous said...

Memangpun..aku percaya100%. Baik polis.spad kastam sama saja...tak blh nak buat apa drpd ug bawa sampai ke atas ,lelaki atau ppuan tak kira.asallkan masyuk. Fiaorg memang dah sporyinh sama dia. Tengok lah muka kbyakan keruhpekat sbb mentakadarah duit haram.

Anonymous said...

Kalau rakyat RM20 pun kena, kalau BN yang lapor kena dakwa dan dipindahkan

Anonymous said...

Perrgghh...itu baru pegawai kanan belum pegawai kiri, atas, bawah, depan, belakang.

Anonymous said...

Aku tak percayalah polis makan rasuah. Mana boleh. Polis bersih oiii.

best said...

bapa borek anak rintek, cam tuu laa anak2 buah dia pun ada yg terlibat, mana cukup tindakan tukarkan jer..patut ambik tindakan dakwa laaa sebab bukti dah ada... mahkamah kan adil... hrm...

Anonymous said...

Yang bawa kereta peronda, trafik, jsj ramai yang senang beb...

Anonymous said...

Mungkinkah kerana mereka rasuah mereka bermati-matian menyokong BeeEnn..? Kalau yg dilaporkan pihak PeeArr, serta-merta buka fail & kertas siasatan. Kalau yg dilaporkan pihak BeeEnn, lambatnya dan adakala langsung tak buka fail & kertas siasatan.

Anonymous said...

Polis2 yg macam inilah jadi haramjadah barua pelingkup bangsa agama dan negara.. nanti anak cucu keturunan kau yg mkn rasuah ni akan jadi barua lagi mcm kau.....
Tapi aku tahnih kpd ramai lagi polis yg jujur dan amanah dan takut kpd hukuman Allah..
namun mereka inilah yg jadi mangsa kpd puak barua tadi...
Teruskan berkhidmat wahai abang polisi yg jujur.....

cun90 said...

TAHNIAH kepada Ghani and the gang !

Anonymous said...

Chek juga kastam n angota spad.. doaorg pun sama dgn polis....makan suap belako

Anonymous said...

apa nak heran, polis sama polis pun mintak rasuah

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment