Selangor catu air bermula esok, kata MB
Beliau berkata, catuan air tersebut bermaksud bekalan air akan disediakan untuk dua hari dan dua hari lagi tanpa air.
"Dengan cara ini, paip air tidak akan kering selama beberapa hari lagi," katanya dipetik daripada The Star Online.
Khalid berkata, tangki Syabas dan tangki statik akan dihantar di tempat yang terjejas.
Antara tempat yang terjejas adalah Bukit Tampoi, Batu 11 dan Cheras.
Beliau akan membuat kenyataan hari ini untuk mengumumkan senarai penuh tempat yang terjejas dengan catuan air esok.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata bekalan air di Empangan Sungai Selangor hanya berbaki 57.63% manakala Empangan Klang Gate berbaki 58% dan boleh terus berkurangan sekiranya cuaca panas berterusan.
Pengurangan air di empangan boleh menjejaskan kira-kira 2 juta pengguna yang bergantung kepada sumber air di kawasan tadahan itu.
Mahdzir berkata, selain catuan air, pembenihan awan boleh dilakukan untuk meningkatkan kadar hujan dan menambah bekalan air di empangan.
Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Sains Atomosfera dan Pembenihan Awan bagi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Azhar Ishak, berkata cuaca panas serta keadaan angin sekarang adalah tidak stabil untuk memulakan proses pembenihan awan.
Minggu lalu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, berkata pembenihan awan hanya akan dilakukan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan darurat berikutan cuaca panas ketika ini.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment