AWAS!!!! jangan dok percaya dengan staff IWK yang datang nak cek tandas anda..!!
kedahlanie.info
Awas staf IWK menyamar
SERDANG – Lengkap berpakaian uniform seperti pekerja Indah Water Konsortium (IWK), seorang lelaki licik menyamun mangsanya dengan mendakwa dia perlu membuat pemeriksaan tandas dari rumah ke rumah.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, seorang wanita di Jalan PUJ5/5, Taman Puncak Jalil kerugian hampir RM2,000 apabila 'pekerja IWK' terbabit membawa lari dompet dan beberapa dokumen penting ketika berkunjung ke rumahnya.
Difahamkan, suspek yang menaiki motosikal jenis EX5 berwarna biru ke rumah mangsa dan memaklumkan berlaku masalah sistem kumbahan di kawasan perumahan terbabit.
Dia mendakwa perlu melakukan pemeriksaan tandas dalam rumah mangsa.
Percaya suspek pekerja IWK, mangsa membenarkannya masuk dan pemeriksaan dilakukan.
Suspek kemudian menyuruh mangsa membersihkan semua tandas yang ada dalam rumah dan tanpa mengesyaki sesuatu buruk, mangsa menuruti suruhan itu.

Sumber berkata, ketika mangsa leka membersihkan tandas dalam rumah, dia terdengar bunyi deruman enjin motosikal sebelum menjengah dari tingkap.
Dia kemudian segera meluru ke tingkat bawah dan mendapati 'pekerja IWK' sudah tiada.
"Mangsa mendapati dompet, beberapa dokumen penting dan sejumlah wang yang diletakkan di tingkat bawah hilang.
"Ketika itu barulah mangsa menyedari dia sudah tertipu," katanya.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, suspek yang bermisai dikenal pasti mempunyai ketinggian lebih kurang 170 sentimeter dan berbadan kurus.
"Biasanya dia akan memakai beg silang dan ke rumah yang menjadi sasarannya sebelum memperkenalkan diri sebagai pekerja IWK.
"Minta penduduk lebih berhati-hati dengan kejadian seumpama ini," katanya.
Sementara itu, Pengurus Unit Komunikasi IWK, Shahrul Nizam Sulaiman berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan selain kakitangan untuk membuat pemeriksaan di rumah penduduk.
Menurutnya, jika ada pemeriksaan tidak babitkan kawasan dalam rumah, hanya di luar premis.

Pekerja IWK mempunyai kad pekerja dan hanya datang sekiranya menerima aduan daripada pengadu.
"Kita sudah uar-uarkan kes penipuan seperti ini di media sejak tahun lalu supaya orang ramai tidak tertipu.
"Jika ada penduduk yang curiga mereka boleh berhubung dengan talian hotline khidmat pelanggan 1800-88-3495 untuk membuat pengesahan," katanya.

__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment