Sunday, February 16, 2014

RG2011... FW: - Susu Baby Vs Susu Kantung Ibu VS Keperluan

 

 

- Susu Baby Vs Susu Kantung Ibu VS Keperluan

Baby susu dan ibu. tapi most of moden ibu sekarang banyak menjadikan alasan kerja untuk tidak menyusu. Kesian kat baby. Aku bukan Dr baby or seorang penasihat ibu mengangdung. Hang jangan tanya aku kot facebook, kejap aku google aku bagi tips kat hang.

Ni ada satu tips yang aku rasakan boleh dikongsikan kepada ibu-ibu diluar sana yang bakal menimang cahaya mata. 
Berapa banyakkah keperluan baby dalam penyusuan?

 


Sebagai panduan, tanda bayi yang kelaparan ialah :

1.             Bayi meletakkan tangan mereka dekat dengan mulut.

2.             Bayi memusingkan kepala ke kanan dan ke kiri.

3.             Bayi kelihatan gelisah dan menjelirkan lidah seolah-olah kita mahu menyusukan.

4.             Bayi mula menghisap jari atau kain yang diberikan.

5.             Bayi mula merengek.

6.             Bayi menangis kuat.

Perlu kita ingat juga bahawa bayi, terutama yang baru lahir mempunyai perut yang sangat kecil, sedang keperluan terhadap susu untuk tumbesaran amat tinggi. Oleh kita mengimbangkan antara kekerapan dan kuantiti susu yang diberi agar bayi mendapat susuan yang cukup.

Oleh itu ramai ibubapa yang bertanyakan tentang kekerapan bayi mereka menyusu. Kekerapan ini sebenarnya bergantung kepada berat dan umur bayi. Ada beberapa formula yang digunakan untuk menentukan kuantiti susu formula yang diperlukan oleh bayi.

Formula 1
Untuk mendapatkan jumlah susu diperlukan oleh bayi dalam unit oz, "Darabkan berat bayi (dalam unit pound) dengan 2.5"

Untuk mendapat bilangan jumlah ounce (oz) yang diperlukan, perlu merujukkan ke formula 2.

Sebagai contoh: Bayi yang mempunyai berat 6lb dan berumur 2 bulan, memerlukan sebanyak 15oz dalam masa 24 jam dan memerlukan antara 3oz-4oz dalam setiap susuan. Oleh itu bolehlah membancuh susu formula sebanyak 3 oz untuk 8 kali susuan dalam masa 24 jam.

Formula ini hanya menggunakan unit pound, lb (untuk berat) dan ounce, oz (untuk isipadu).


Formula 2
Formula ini mengikut umur bayi.


Apabila baru mencapai umur enam bulan, selalunya ibubapa digalakkan memberikan makanan pejal. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 600ml (20oz) susu sepanjang hari sehingga berumur setahun.

Walau bagaimana pun, formula-formula ini adalah panduan kasar. Lebih baik bertanyakan kepada doktor pakar paediatrician yang merawat anak. Formula ini juga tidak sesuai untuk bayi yang dilahirkan secara pramatang dan mempunyai kekurangan berat badan.

Bagi bayi yang berumur enam bulan ke atas, makanan pejal tidak harus menggantikan susu sepenuhnya. Susu (susu ibu atau formula) harus diberikan sehingga berumur setahun. Bayi-bayi ini masih memerlukan susu untuk menggantikan nutrisi yang kurang dalam pemakanan mereka.

Ibubapa juga harus perhatikan tanda-tanda bayi mereka diberikan susu yang berlebihan. Antaranya ialah muntah, terutama ketika menangis, melipatkan kaki ke abdomen dan mengeliatkan badan. Bayi juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kekembungan.  Cara untuk mengurangkan muntah ialah dengan memberikan kuaniti yang sedikit dalam setiap kali susuan tetapi lebih kerap.

Oleh itu menjadi tugas ibubapa memastikan bayi-bayi mereka mendapat bekalan susu yang lengkap.


Info Asal : Dr Zubaidi

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment