Sunday, February 9, 2014

RG2011... Fw: Waytha Moorthy letak jawatan timbalan menteri

 



Waytha Moorthy letak jawatan timbalan menteri

Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy (gambar) melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri ekoran kegagalan Putrajaya menunaikan janji kepada kaum India, sebagaimana yang dilaporkan The Star.

Memetik kata-kata Setiausaha Hindraf P Ramesh, The Star melaporkan peletakan jawatan Waytha sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berkuat kuasa pada Isnin.

Ramesh berkata, jawatankuasa pusat sebulat suara memutuskan Waytha meletakkan jawatan kerana kerajaan sengaja melengah-lengahkan janji bagi membantu masyarakat India.

Ramesh berkata Hindraf mahu kekal setia kepada golongan miskin dalam masyarakat.

"Kami sudah melakukan segala yang boleh – menandatangani perjanjian dengan musuh semata-mata demi kepentingan masyarakat India Malaysia yang miskin dan dengan kepercayaan bahawa Barisan Nasional akan memenuhi janji-janjinya.

"Kami berputus asa menanti saat itu menjadi kenyataan selepas lapan bulan mencuba," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment