Tuesday, June 17, 2014

RG2011... Fw: Adik Dapat U, Kakak Dapat Lembu

 



 

[BONGKAR] Adik Shahrizat Jalil Diberi Konsesi UiTM Bernilai RM1.5 Bilion

greenboc.blogspot


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan konsesi penswastaan kampus UiTM Cawangan Seremban 3 di Negeri Sembilan diberikan kepada syarikat milik adik Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Menurutnya, pemilikan konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion itu telah diberikan kepada sebuah syarikat, Inovatif Mewah Sdn Bhd yang memiliki 29% ekuiti didalam Tentu Selesa Sdn Bhd.

"Tiga buah syarikat tersebut adalah Menang Development Sdn Bhd, Menang Industries Sdn Bhd, dan Tentu Selesa Sdn Bhd," katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Syarikat Menang Development Sdn Bhd dan Menang Industries Sdn Bhd adalah milikan penuh oleh Menang Corporation Berhad iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

"Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua orang tokoh yang rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah adik kepada Shahrizat Jalil , Datuk Shahrir Abdul Jalil dan juga Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Aidit Ghazali," katanya.

Tambah Rafizi lagi, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman.

"Siasatan saya menunjukkan Saharuddin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan dalam pelbagai urusan kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS.

Jelasnya lagi, semakan lanjut menunjukkan Shahrir Abdul Jalil juga pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai dan beliau juga pernah digantung selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005.

"Beliau digantung kerana didapati bersalah ekoran amalan politik wang," ujarnya.

Susun atur pemegang konsesi penswastaaan UiTM Cawangan Seremban 3 ini menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme telah digunakan di Malaysia bagi mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno.

"Bagaimana syarikat yang hanya bermodal RM2 sahaja telah diberikan pegangan sehingga 29 peratus dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.

Ujarnya lagi, selepas melakukan pendedahan ini, beliau akan menetapkan temujanji bersama Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

"Ketua Audit Negara lebih teliti dalam isu ini dan skop siasatan mereka lebih meluas kerana inilah keistimewaan mandat yang dimiliki oleh Ketua Audit Negara," katanya.
 
 

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI ... KONSESI PENSWASTAAN KAMPUS UiTM BERNILAI RM1.5 BILION DI BERIKAN KEPADA SYARIKAT YANG ADA KAITAN DENGAN ADIK SHAHRIZAT JALIL.

omakkau.blogspot.
 
Konsesi penswastaan kampus UiTM yang kedua yang akan didedahkan adalah pembinaan, operasi dan penyenggaraan UiTM Cawangan Seremban III di Negeri Sembilan.

Jawapan Perdana Menteri pada 10 April 2014 menunjukkan bahawa konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion sepanjang tempoh konsesi ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Inovatif Mewah Sdn Bhd.

Semakan menunjukkan bahawa pegangan saham di dalam Inovatif Mewah Sdn Bhd adalah seperti berikut (rujuk carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama):

1. Menang Development (M) Sdn Bhd dengan pegangan 51% saham
2. Menang Industries (M) Sdn Bhd dengan pegangan 20% saham
3. Tentu Selesa Sdn Bhd dengan pegangan 29% saham

Menang Development (M) Sdn Bhd dan Menang Industries (M) Sdn Bhd adalah syarikat-syarikat yang dikawal dan/atau dimiliki sepenuhnya oleh Menang Corporation (M) Berhad, iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Dato' Abdul Mokhtar Ahmad.

Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua tokoh yang rapat dengan Umno. Semakan SSM menunjukkan bahawa pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah seperti berikut:

1. Dato' Shahrir Abdul Jalil
2. Dato' Aidit Ghazali

Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman. Siasatan saya menunjukkan bahawa Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan di dalam pelbagai urusniaga kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua individu ini menjalankan perniagaan menubuhkan syarikat bermodal RM2 untuk dijual kepada pihak-pihak ketiga yang seterusnya menggunakan syarikat ini bagi tujuan urusniaga yang lain.

Oleh itu, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah syarikat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato' Shahrir Abdul Jalil dan Dato' Aidit Ghazali.

Semakan lanjut menunjukkan bahawa Dato' Shahrir Abdul Jalil adalah adik kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno Malaysia. Dato' Shahrir Abdul Jalil pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai yang kemudiannya digantung selama 3 tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005 kerana didapati bersalah dengan amalan politik wang.

Dato' Shahri Abdul Jalil adalah pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah Sdn Bhd, selain menjadi pengarah kepada Tentu Selesa Sdn Bhd.

Seorang lagi pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Dato' Aidit Ghazali, iaitu Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI), sebuah NGO sayap kanan yang ditubuhkan oleh Dato' Hassan Ali selepas beliau (Hassan Ali) dipecat dari PAS. JATI dilihat begitu kuat mendokong Umno dan banyak menyerang tokoh-tokoh Pakatan Rakyat.

Susun atur pemegang konsesi penswastaan UiTM Cawangan Seremban III menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme digunakan di Malaysia untuk mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno. Sebuah syarikat bermodal RM2 sahaja diberi pegangan sehingga 29% di dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.

Model ini turut digunapakai di dalam beberapa konsesi yang lain, iaitu tokoh-tokoh Umno menjadi pemegang saham minoriti dan syarikat yang membina (selalunya syarikat yang memang terlibat di dalam sektor pembinaan) memegang saham selebihnya. Ia membayangkan seolah-olah syarikat yang dikawal ahli politik mendapat pegangan kerana membuka ruang "kabel politik" untuk dianugerahkan satu konsesi lumayan sedang syarikat pembinaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebenar.

Model ini yang menunjukkan penglibatan ahli politik dalam kroni kapitalisme adalah sarang rasuah yang akhirnya membebankan rakyat dengan konsesi-konsesi penswastaan seperti konsesi UiTM Cawangan Seremban III ini.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

17 Jun 2014
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment