Sunday, June 29, 2014

RG2011... Fw: Wanita OKU dikurung di bawah rumah

 



Wanita Sindrom Down dikurung di bawah rumah di Tumpat

  • Seorang wanita yang menghidap Sindrom Down ditemui dikurung di sebuah bilik kecil di bawah rumah keluarganya di Kampung Pasir Pekan Hulu di Tumpat.

    Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharuddin Rasip berkata mangsa yang berusia 30-an itu dipercayai dikurung adik-beradiknya dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter sejak 10 tahun yang lalu selepas kematian ibu bapa mereka.

    "Pihak polis terpaksa memotong jeriji besi bilik berkenaan untuk mengeluarkan mangsa setelah menerima maklumat dari orang ramai pada pukul 3.30 petang tadi," katanya kepada pemberita di rumah berkenaan.

    Beliau berkata ketika ditemui, anggota keluarga mangsa tidak berada di rumah itu dan maklumat awal yang diperoleh, mangsa dijaga oleh abangnya yang tinggal berdekatan rumah berkenaan.

    "Kita ingin siasat kenapa dia dikurung dan maklumat awal kita dapati mangsa dikurung kerana bimbang mangsa merayau di tempat awam," katanya.

    Zaharuddin berkata wanita itu dihantar ke Hospital Tumpat.

    Seorang penduduk Rubiah Abdullah, 54, berkata anggota keluarga mangsa mengurung mangsa dipercayai kerana tidak mahu dia keluar merayau-rayau. – Bernama

     

    PASIR PEKAN, TUMPAT : WANITA-DIKURUNG BAWAH RUMAH

    Seorang wanita yang dipercayai mengalami down sindrom ditemui terkurung dan terkunci dalam sebuah bilik di bawah rumah di Kg Pasir Pekan, petang tadi. Wanita berkenaan yang dipercayai berumur sekitar 30-an dikurung lebih 10 tahun lalu.

    Ketua Polis Daerah Tumpat Superitendan Zaharuddin Rasip berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam yang memaklumkan terdapat seorang wanita dikurung di bawah rumah terbabit.

    Susulan laporan itu, pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tumpat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bergegas ke rumah pada jam 3 petang. Ketika tiba di rumah berkenaan, pihaknya mendapati seorang wanita terkurung dalam sebuah bilik gelap dengan keadaan persekitaran yang berbau dan tiada elektrik.

    Pihak polis kemudiannya bertindak memecah mangga yang dipasang di jeriji besi untuk mengeluarkan wanita malang ini.

    Ketika ditemui, keadaan wanita berkenaan lemah dipercayai tidak mendapat makanan yang berkhasiat.
    Wanita ini kemudian di hantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan lanjut dan akan dipantau oleh pihak polis dan JKM.

    Difahamkan, penderitaannya bertambah teruk dan tidak terurus sejak dua tahun lalu selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia.
    Keadaan itu turut diketahui jiran-jiran yang lain namun mereka takut dimarahi ahli keluarga wanita berkenaan.

    Jiran sekeliling hanya mampu menghulurkan makanan kepada wanita malang ini namun tidak berani mengajukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.


    Wartawan - Geeda
     
     
         
     
     

    Abang tidak mampu jaga adik OKU

    bloglist-malaysia.blogspot

    WANITA OKU tersenyum selepas menerima sumbangan sambil ditemani Ismail (kiri) dan Timbalan Pengarah JKM Kelantan Norazaman Abdul Manaf.

    Tumpat: Keluarga wanita Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 30-an yang diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) semalam selepas dipercayai dikurung selama 10 tahun di dalam sebuah bilik di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini mengaku tidak mampu menjaga mangsa kerana dikatakan sering bertindak agresif.

    Abang tiri mangsa, Ismail Che Ibrahim, 57, berkata, adiknya itu sebelum ini pernah mendapat rawatan di beberapa pusat penjagaan tetapi tidak berpuas hati kerana tiada penjagaan yang sempurna.

    "Disebabkan agak agresif adik terpaksa dikurung di dalam bilik di bawah rumah.

    "Bagaimanapun pemantauan sering dilakukan di bilik itu termasuk diberi makan sebanyak tiga kali sehari," katanya ketika ditemui di Hospital Tumpat di sini sebentar tadi.

    Mangsa yang kini dirawat di Hospital Tumpat stabil tetapi belum dapat dikategorikan tahap status mentalnya dan memerlukan rujukan daripada pakar psikiatri
  • __._,_.___

    Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
    Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
    " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

    " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

    " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

    " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

    " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

    Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
    Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


    .

    __,_._,___

    No comments:

    Post a Comment