Murid mampu beri isyarat tangan, mata
Haniza Ayob, 40, berkata anaknya yang kini dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) sebuah hospital swasta di sini sering diserang sawan.
"Doktor beritahu saraf otaknya semakin membengkak, walaupun begitu, dia masih kenal saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital swasta itu hari ini.
Beliau berkata Muhammad Ammar Muqrish demam panas selepas pulang dari kem jati diri anjuran sekolahnya pada 24 hingga 26 April lepas dan dirawat di Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke wad CCU hospital swasta terbabit pada 21 Mei.
Menyifatkan anak sulung daripada lima beradik itu sebagai periang dan ringan tulang, Haniza berkata Muhammad Ammar Muqrish tidak pernah bermalam di luar dan jarang keluar kemana-mana dalam tempoh lama kecuali ke sekolah dan kelas tuisyen.
"Saya bukan nak menyalahkan sesiapa tetapi jika boleh, kesan punca dari mana virus itu datang, lebih baik ambil tindakan segera supaya tiada orang lain menjadi mangsa," katanya.
Haniza berkata selepas 17 hari di CCU, Muhammad Ammar Muqrish dipindahkan ke wad biasa dan dibenar pulang ke rumah mereka di Tasek Gelugor pada 17 Jun namun ekoran keadaannya yang tidak stabil, dia dimasukkan semula ke CCU hingga sekarang.
"Masa tu doktor kata ada jangkitan kuman pada selaput di sekeliling otak anak saya kerana itu, dia langsung tidak boleh bercakap dan keadaan dia sangat lemah seolah-olah bertarung nyawa," katanya.
Katanya beliau reda dengan ujian yang menimpa namun tetap menyimpan harapan besar dan berazam berikhtiar sehabis daya supaya anaknya kembali pulih dan meneruskan hidup secara normal.
Haniza yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas berkata kos rawatan anaknya kini mencecah RM87,636 dan orang ramai yang sudi meringankan beban wanita itu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Maybank 152116152359.
- Bernama
__._,_.___
Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment