Datuk Saifuddin Letak Jawatan Bantah Kem. Pendidikan Berhentikan Pengarah UMCEDEL
telokbakong.blogspot.
greenboc.blogspot
Atas prinsip...saya letak jawatan'
SHAH ALAM - Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya.
Saifuddin berkata, tindakan tersebut dilakukan adalah sebagai tanda sokongannya terhadap Mohamad Redzuan, serta atas prinsip kebebasan akademik.
"Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas Umcedel dan Dekan Fakulti Sains Sosial UM.
"Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini, beliau diarah meletak jawatan sebagai Pengarah Umcedel. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini," ujar Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
"Hari ini, beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah FSSS). Saya tahu akan cerita ini sejak awal (melalui beliau dan Naib Canselor UM)...," kongsinya lagi di laman sosial Facebook miliknya.
Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh Kementerian Pendidikan atas 'campur tangan politik'.
Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.
Kajian Umcedel yang kerap kali 'memihak' kepada Pakatan Rakyat dianggap sebagai antara punca Mohammad Redzuan dipaksa melepaskan jawatannya.
Antara hasil kajiannya ialah sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.
Menurut laman sesawang UM, Mohammad Redzuan berkhidmat sebagai Pengarah Umcedel dari 26 Febuari 2012 hingga 31 Disember 2014. -SH
Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.
Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.
Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.
Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.
Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.
"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.
UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.
Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.
Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.
Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.
"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.
"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.
Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.
Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.
Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.
"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). ~TMI
Kenyataan Media: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
telokbakong.blogspot.
kerabubersuara.blogspot
Fahmi Zainol
{ KENYATAAN MEDIA }
Bagi peringkat mahasiswa terutamanya mahasiswa Universiti Malaya, meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila sekali lagi gedung ilmu dirobek oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika khabar berita mengenai Prof Dato Dr Redzuan Othman tidak terpilih sebagai Dekan di Universiti Malaya adalah disebabkan umur beliau yang semakin lanjut usia, tetapi kali ini apakah alasan yang akan diberikan oleh pihak atasan berkenaan arahan dari pihak tertentu iaitu pihak KPM bagi memastikan Prof Dato Dr Redzuan meletakkan jawatan sebagai Pengarah UMCEDEL sedangkan kontraknya belum tamat . Saya sendiri mendapat panggilan terus dari Naib Canselor Universiti Malaya berkenaan isu pelantikan Dekan FSSS di Universiti Malaya. Saya juga telah meminta maklum balas daripada Naib Canselor Universiti Malaya iaitu Prof Amin sendiri berkenaan isu UMCEDEL ini. Kami di peringkat kepimpinan mahasiswa berasa amat kesal atas tindakan ini dalam masa saya mengecam pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas hal tersebut. Jika betul pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin Universiti di Malaysia akan sentiasa bergerak ke belakang seiringan dengan "kebodohan" sesetengah pihak.
FAKTOR USIA.
Secara telusnya, Prof Dato Dr Redzuan Othman tidak dipilih atas faktor umur beliau yang semakin lanjut usia. Itu respon yang diterima dari pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan mengapa jawatan Dekan FSSS Universiti Malaya tidak dijawat lagi oleh Prof Dato Dr Redzuan Othman. Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Jika Prof Dato Dr Redzuan Othman rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja beliau, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon Dekan FSSS Universiti Malaya. Jika umur menjadi ukuran saya fikir Pengerusi Senat Universiti Malaya tidak layak untuk menjawat jawatan beliau sekarang, oleh kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun. Jika umur menjadi ukuran saya fikir Tun Mahatir juga tidak layak untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sewaktu beliau berumur 56 tahun, dan ketika beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri beliau berumur 78 tahun ( 2003). Bagi saya selagi terdaya untuk menyumbang kepada kebaikan, mengapa perlu menidakkan hak beliau?. Untuk pengetahuan semua, sejak Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dibawah kepimpinan Prof Dato Dr Redzuan Othman pelbagai kejayaan telah dikecapi dan paling membanggakan FSSS UM merupakan Fakulti yang ke 2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan. Dalam masa sama juga beliau mempunyai rekod cemerlang, dimana pernah dinobatkan sebagai Dekan terbaik dan cemerlang di Universiti Malaya. Alasan "kurang cerdik " sentiasa diberikan untuk menidakkan kelebihan yang ada pada Prof Dato Dr Redzuan Othman. Itulah sikap rakus sesetengah pihak di Universiti Malaya. Pemilihan Dekan adalah tertakluk kepada budi bicara NC Universiti Malaya dan ia terbukti kepada klausa terakhir polisi pengundian yang dipinda. Perkara ini pernah dicabar oleh Fakulti Kejuruteraan. Calon-calon dekan perlu ditemuduga dan melakukan "presentation" dihadapan panel yang terdiri daripada NC , TNC HEP UM , TNC Pembangunan UM, TNC Akademik UM dan TNC Penyelidikan UM selepas proses pengundian dalam kalangan ahli akademik di Fakulti masing-masing. Namun, bagi hal ini, mereka yang hadir hanyalah NC , TNC HEP UM , TNC Pembangunan sahaja. TNC A dan TNC P tidak hadir kerana berada di luar negara. Paling mendukacitakan, undian serta keputusan tidak dipaparkan.
GEDUNG ILMU DIROBEK
Dimanakah kebebasan akademik di Malaysia? Undi untuk memilih Dekan di Universiti Malaya hanyalah sekadar kosmetik sahaja memandangkan bilangan undi yang diperolehi setiap calon tidak pernah diumumkan malah lebih malang lagi Dekan tidak semestinya dipilih dari calon yang mendapat undi tertinggi oleh kerana NC tidak berhasrat untuk melantik Dekan dari kalangan orang yang berpengaruh atau terkenal. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, dikatakan mendesak Prof Dato Dr Redzuan Othman untuk meletak jawatan sebagai Pengasas dan Pengarah UMCEDEL. Jika benar apa yang dimaklumkan kepada saya, diperingkat mahasiswa di Malaysia mencabar Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai beberapa perkara ;
1) Sebab dan alasan kenapa Prof Dato Dr Redzuan Othman diturunkan sebagai Pengarah UMCEDEL dan DEKAN di FSSS Universiti Malaya ?
2) Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMCEDEL ?
Sedangkan kajian dari Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMCEDEL . Saya tidak berminat untuk mendengar hujah dan alasan yang "kurang cerdik".
Saya hormati keputusan yang dibuat oleh Prof Dato Dr Redzuan Othman dimana beliau menerima dengan terbuka berkenaan 2 isu ini. Dalam masa saya juga saya sanjung dan hormat tindakan Solidariti Dato Saifuddin Abdullah berkenaan isu ini dimana beliau tidak berkhidmat lagi sebagai Felo Penyelidikan di Universiti Malaya.
SOLUSI
Sistem pendidikan di negara kita perlu dirombak, saya menyeru seluruh warga akademik di Malaysia untuk memikirkan masa depan anak bangsa kita, berganding bahu memikirkan sesuatu untuk sistem pendidikan kita. Jika kualiti di gedung ilmu masih di kelas ketiga, bagaimana masa depan anak bangsa kita? Sedangkan kita mempunyai harapan dan kelebihan tersendiri dalam bidang akademik untuk ke hadapan. Kembalikan kebebasan akademik. Nasihat saya pada pihak-pihak tertentu, jangan sampahkan UNIVERSITI di negara ini, setelah negara ini kamu sudah sampahkan.
KESIMPULAN
Ketepikanlah pengaruh-pengaruh yang tidak sihat dalam gedung ilmu, ketepikan pengaruh dan kepentingan bagi mana-mana pihak. Saya menyeru semua pihak untuk tidak sampahkan universiti-universiti di Malaysia. Sayangilah masa depan negara dan anak bangsa kita. Kembalikan kebebasan akademik
Fahmi Zainol
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
Mangsa Terbaru Kementerian Pendidikan - Profesor UM Diarah Letak Jawatan Kerana Bersikap Jujur !!!!!
telokbakong.blogspot
amenoworld.net
Apa punya BABIK la politik kat Malaysia neh. Campurtangan di mana2. SPRM. PDRM, MAHKAMAH, PILIHANRAYA, UNIVERSITI, PEKERJAAN, KERAJAAN, semua mangkok2 ayun politik neh cuba kawal.
Mula la rasa nak mencarut tak pasal2.
SUWEI.
Yang lebih suwei ialah bila ko ditindas hanya kerana menjadi jujur. Pelik beb negara neh. Pelik.
Jadi penipu = tak dikenakan sebarang tindakan.
Jadi jujur = macam2 tekanan datang dekat ko.
Apa ke s*al punya acuan yang pemimpin2 negara kita sedang bentuk hah?
Terkini. Salah seorang prof UM tidak disambungkan perkhidmatannya (bahasa manis untuk suruh ko BERAMBOS jauh2) sebagai DEKAN di FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL.
Dah nama pun SAINS SOSIAL. Memang la kajian2 UMcedel akan melibatkan kajian2 berupa politik. Dah namanya pun KAJIAN. Sudah tentula KAJIAN merujuk kepada APA YANG DISAMPAIKAN OLEH KELOMPOK YANG TERLIBAT DALAM PROSES TINJAUAN.
Haiyaaa..
Pemimpin negara betul2 sudah hilang akal.
Dan ini pula tindakan dari bekas timbalan menteri di pengajian tinggi suatu ketika dulu. In solidarity dengan apa yang berlaku terhadap Redhuan. Saifuddin tidak dilantik semula sebagai menteri apabila komen2 dia lebih banyak menyakitkan ahti geng2 BN.
Itula pemimpin2 BN kalau korang nak tahu. Dengan depa mana boleh bercakap jujur. Nak kena bodek. Menipu. Menjilat. Membohong. Baru dorang suka.
KAH KAH KAH
Comments
Anwar
semua salah UMNO-Bn dan Yahudi..
Jinggo
Actions speak etter than words.......Ada aham !!!
aik, buat kajian dan tinjauan bebas mengenai politik pun kena letak jawatan ke? apa point Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya kalau tak boleh buat kajian? bengong laaa
zafre
Dh tuhan tentukan rezeki kat um setakat tu je
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar moga Allah memberkati merahmati orang islam yang jujur dengan amanah Allah. Pergorbanan yang cukup besar bagi menegakkan keadilan dan amanah.
Melayu itu tidak amanah..
Islam itu amanah..