Friday, June 27, 2014

RG2011... Fw: Ibu Panda bagi makan panda...

 




Jom tengok Ibu Panda bagi makan panda...

telokbakong.blogspot
manjongmari.blogspot.
 
Jangan pandang secara negative... begitulah lebih kurang PM duk sebut semalam dalam TV...

Beruntung lagi jadi panda dari jadi rakyat malaysia terutama OKU ... 

Silap-silap raya nanti,, lemang dan tak boleh nak dimakan,, buluh diharamkan penggunaannya,, sebab panda nak bagi makan panda...

comment:

  1. ikatbata

    Berpada pada ler.utamakan yang perlu diutamakan.panda dari China disuapkan,OKU dinegara sendiri kelaparan.aper pun tahniah atas kebijaksanaan piem memerintah.

 

Xing Xing, Liang Liang - nama tempatan panda

kedahlanie.info
malaysiakini.com/

 

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Xing Xing, yang bermaksud makmur, dan Liang Liang yang bermakna cantik, sebagai nama tempatan bagi panda gergasi jantan Fu Wa dan betina Feng Yi yang dipinjamkan oleh China.
    
Perdana Menteri berkata nama-nama itu dipilih berdasarkan 'Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda' anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2012.
    
"Kita tahu pasangan panda gergasi ini ada nama China tapi kita cadang memberi nama Malaysia terutama bila mereka akan berada di sini untuk tempoh 10 tahun akan datang," katanya
ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara di Hulu Klang hari ini.
    
"Saya harap pasangan panda ini tidak keliru sebab mereka sekarang ada dua nama iaitu nama China dan nama Malaysia," seloroh Najib.
    
Menurutnya pasangan panda itu perlu diberi dengan nama yang lebih menggambarkan identiti tempatan bagi menarik minat orang ramai menyaksikan haiwan itu dan mengunjungi Zoo Negara.
    
Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China itu tiba di negara ini pada 21 Mei lalu dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.   

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu,
Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.
    
Kedua-dua haiwan yang masing-masing berusia tujuh tahun itu dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara.
    
ajib menarik perhatian bahawa projek konservasi panda itu merupakan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China, dan ia merupakan penghormatan buat Malaysia selain mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.
    
"Saya difahamkan sehingga kini China telah menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 buah negara sahaja. Justeru sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol dan lambang persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi," katanya.
    
Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan
diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China  tiba di negara ini pada 21 Mei lepas dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
    
Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat
membangun dan melatih kepakaran tempatan.
    
Kedua-dua haiwan itu yang berusia tujuh tahun, dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara.
    
ajib menarik perhatian bahawa projek konservasi panda itu merupakan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China selain ia merupakan penghormatan buat Malaysia dan mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.
    
"Saya difahamkan sehingga kini China menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 negara sahaja. Justeru itu, sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol dan lambang persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi," katanya.
    
Mengenai pembinaan pusat konservasi panda gergasi itu yang menelan belanja RM25 juta, Najib berkata ia adalah wajar memandangkan jumlah perdagangan antara Malaysia dan China yang berjumlah US$200 juta pada 1974, telah meningkat kepada lebih US$106 bilion tahun lepas.
    
Beliau berkata pembinaan pusat itu juga berupaya menarik lebih ramai pengunjung ke negara ini terutama ke lokasi tarikan pelancong seperti Zoo Negara.
    
"Bukan semua perbelanjaan RM25 juta itu dikeluarkan oleh kerajaan tetapi sebaliknya hanya RM10 juta dikeluarkan kerajaan manakala RM15 juta lagi dibiayai oleh Yayasan 1Malaysia Development Bhd," jelas Perdana Menteri.
    
Dalam pada itu, Najib berkata pusat konservasi panda gergasi itu akan mula dibuka kepada orang awam pada 28 Jun ini dan beberapa golongan berpeluang melihat pasangan panda itu secara percuma.
    
"Kanak-kanak, anak yatim dari rumah kebajikan, warga emas dan golongan orang kurang upaya akan diberi masuk secara percuma ke pusat itu selama 30 hari," katanya.
    
Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudian melawat pusat konservasi itu dan menandatangi plak perasmian sebelum memberi makan kepada pasangan panda gergasi itu.
    
- Bernama
 
  • Riza Ramli · Michigan City, Indiana
    China tak bg terus, cuma bg pinjam shj. nnt kena pulangkan balik, so kerajaan Malaysia kena la jaga Panda2 ni dgn baik sbgai tanda persahabatan.tanda kita mghargai pemberian China. kena sediakan tmpat yg sesuai dgn iklim dia, nnt kalu kerajaan Malaysia bg reban ayam aje, mcm menyeksa binatang pulak, dh berdosa menyeksa binatang.
  • Mzai Mohd · Top Commenter · The London School of Economics and Political Science - LSE
    kenapa tak letakan nama beliau dan isteri kan mudah sebut
  • Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaaba
    tak ada panda hubungan malaysia china tak baik ke? cakap jer nak balun duit rakyat......hanya umnu jer yang bodoh dari dulu,kini dan sehingga di kuburkan....
  • __._,_.___

    Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <espace9808@gmail.com>
    Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
    " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

    " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

    " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

    " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

    " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

    Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
    Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


    .

    __,_._,___

    No comments:

    Post a Comment