Makan Nasi Kandar Boleh Positif Dadah!
Sudah lama ramai yang mempertikaikan mengapa nasi kandar kadangkala boleh membuatkan kita bagai ketagih untuk menikmatinya selalu.Antara yang dikaitkan dengan hal ini adalah penggunaan kas kas yang juga sejenis biji popi (tumbuhan untuk menghasilkan dadah) dalam masakannya.
Ternyata, fakta ini ada kebenarannya apabila Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah dalam nasi kandar sememangnya boleh menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti baru lepas mengambil dadah.Malah ujian dilakukan bukan terhadap seorang tetapi lima anggota AADK dan kesemuanya mencatat bacaan positif dadah selepas memakan nasi kandar. Justeru, Alias menasihatkan orang ramai agar hati-hati kerana dibimbangi terdapat sekatan jalan raya sejurus selepas menikmati makanan tersebut seterusnya membuatkan mereka ‘kantoi’ ketika menjalani ujian air kencing.Bagaimanapun dengan tersebarnya kenyataan ini, diharapkan jangan pula ada penagih dadah yang memberi alasan kononnya baru lepas makan nasi kandar bila positif ujian dadah ye? ~ MyNewsHub
p/s: saje je nak kongsi artikel..btw, aku tatu kesahihan berita nih..kadang2..saje je org nak perjatuh sesame sindri..
Posted by: "Newsforwarder" <3@pendekarblogger.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment