Anggota polis ditahan disyaki pengganas Sulu
Seorang anggota polis berpangkat koperal antara enam yang ditahan kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas Sulu dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah kelmarin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menamakan anggota polis sebagai Koperal Zainuddin Mislani.
Turut ditahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin; dan Industan@Md Bustan Lumatang@Hindustan, 55.
Dalam kenyataan semalam, Khalid berkata operasi itu turut menyaksikan penahanan Sitti Nukah Abdul Lama, 56, yang juga isteri Kassim.
"Tangkapan terbaru oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas," katanya.
Khalid berkata polis turut merampas kad keanggotaan dan sijil pelantikan 'panglima' kesultanan Sulu, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa bilah senjata tajam.
"Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Pada Februari tahun lepas, sekumpulan pengganas bersenjata menceroboh Lahad Datu dan berlaku pertempuran yang mengorbankan nyawa 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia, iaitu lapan polis serta dua tentera.
- Bernama
Posted by: "Newsforwarder" <3@pendekarblogger.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment