Wednesday, June 11, 2014

RG2011... Fw: "Mahkamah Makanan"

 



"Mahkamah Makanan" - Rasa Nak Koyak Kain Rentang Tu!

telokbakong.blogspot
greenboc.blogspot.


Terkebil-kebil seketika selepas saya membaca ayat ringkas yang tertera di sehelai kain rentang baru-baru ini.

Jelas ia adalah iklan daripada pengusaha sebuah medan selera baharu dibuka yang dipasang untuk menarik pelanggan.

Geram tidak terkira. Tidak semena-mena, rasa macam mahu sahaja saya koyak-koyak kain rentang itu. Mujurlah saya tidak tahu di mana kain rentang itu dipasang kerana yang saya lihat adalah paparan di telefon bimbit.

Barangkali pembaca budiman ingat perasaan marah saya timbul kerana yang ditulis di kain rentang itu bahasa kesat, biadab, berunsur seks, rasis atau tidak patriotik.

Bagi yang tidak ambil pusing hal penggunaan bahasa, perkataan begitu mungkin biasa-biasa sahaja.

Bagi mereka yang mahu fikirkannya dari sudut kelucuan, ayat itu memang menggelikan hati, tetapi bagi yang mahu martabatkan bahasa Melayu sebagai 'bahasa jiwa bangsa', ayat itu adalah apa yang boleh kita anggap sebagai penghinaan kepada kecerdasan.

Sebelum pembaca budiman terus pening memikirkan apakah yang ditulis di kain rentang itu yang membuat saya terkesima dan meluahkan perasaan marah, bahkan hingga sanggup mengoyaknya, biar saya umumkan sekarang; ayatnya ialah 'MAHKAMAH MAKANAN KAMI SUDAH DIBUKA'. Tidakkah anda terpinga-pinga seketika selepas membaca ayat itu?

Lucah? Kesat? Biadab? tentu sekali tidak. Tetapi ayat itu ketara menunjukkan masih ada manusia di bumi yang dikenali sebagai Malaysia ini tidak mampu, secara paling minima, berbahasa Melayu seperti selayaknya.

Mana datangnya mahkamah makanan? Yang ada mahkamah tinggi, mahkamah sesyen, mahkamah rayuan, mahkamah persekutuan, mahkamah syariah dan sebagainya.

Setelah terkelip-kelip seketika, baru saya faham rupanya apa yang pencipta perkataan pada kain rentang tadi ingin beritahu orang ramai ialah 'medan selera kami sudah dibuka'. Masalahnya, dia terjemah terus daripada kamus yang menyebut food sebagai 'makanan' dan court sebagai 'mahkamah'.

Berpandukan kamus, dia anggap court itu tiada lain melainkan 'mahkamah'. Maka terciptalah 'mahkamah makanan', sedangkan yang betul ialah 'medan selera'. 'restoran' atau 'kedai makan' pun boleh diterima lagi, tapi 'mahkamah makanan'?

Bayangkan apa akan jadi kalau perkhidmatan penasihat yang sama digunakan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti badminton court, tennis court, hold court dan court danger...

Pembaca budiman tentu faham maksud 'sokong bawa rebah'. Untuk mudah faham lagi, guna sahaja perumpamaan 'tikus baiki labu'. Perumpamaan begini memang sesuai untuk menggambarkan penasihat seperti itu.

Dalam hampir separuh penulisan saya ini, saya baharu rujuk kepada satu kesilapan sahaja, iaitu 'mahkamah makanan'. Maka jelaslah ini hanyalah the tip of the iceberg (sebahagian kecil daripada yang lebih besar). Setuju?

Rajin-rajinlah baca papan iklan, papan tanda dan yang seumpamanya. Anda akan lihat pelbagai 'keajaiban' lagi; 'kedai katok bodi', 'jalan lencun'; 'kedai jahit wanita', 'pusat ulut', 'kedai besi buruh' dan banyak lagi. Mahu ketawa atau menangis selepas membacanya, terpulanglah!

Disebabkan kekalutan seperti inilah, maka sementara saya rasa bangga apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika di Beijing baru-baru ini, menyatakan bahasa Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, dengan lebih 300 juta orang penutur, saya juga rasa mahu menangis.

Minat terhadap pengajian Melayu dikatakan bukan sahaja berada dalam lingkungan dunia Melayu, bahkan menjadi agenda pendidikan hampir di serata dunia.

Menurut Sasterawan Negara, Profesor Dr Muhammad Salleh dua tahun lalu, berdasarkan kajian sebuah universiti di kota London, dalam sekitar 20 tahun akan datang, bahasa Melayu bakal menjadi bahasa keempat terbesar dunia selepas Mandarin, Sepanyol dan Inggeris.

Marilah kita semua berharap dan berdoa agar apa yang diramalkan itu menjadi kenyataan.

Tetapi liku-liku ke arah itu tidak begitu mudah. Untuk menjaga dan memartabatkan bahasa Melayu, semua agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan wajib bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mencipta sesuatu, istilah, perkataan atau singkatan.

Kalau kita sendiri tidak tahu bezakan 'terperosok' dengan 'tersorok'; bersekongkol dengan 'setongkol'; 'komited' dengan 'kemetot'; lebih berminat sibukkan diri kaji hal peribadi orang daripada membaca untuk menambah ilmu dan tingkatkan mutu bahasa, apa yang dimimpikan akan kekal sebagai mimpi. Wallahualam! -SH

comments:

Amuraria said...

samdol kelabu asap kah kah kah ! lingkop bahasa ! ABU !

Anonymous said...

bahana guna Google Tranlater... :)

Anonymous said...

PBT kat situ tak buat kerja ke?biarkan saje banner tu dipasang

- ahli Gabungan Mamak Penang (GAMPANG)

Anonymous said...

PBT hnya turunkan banner yg xbyar shj (xde permit). Kesalahan bahasa xde dlm skop krja. Takpn jwpn paling mudah " PBT trlepas pandang".

Suam kuku said...

Tak vole vera...tada air...kincin vole...

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment