Sunday, June 15, 2014

RG2011... Fw: Panda China Disusukan,Rakyat Sendiri Dirobohkan

 



Luahan hati Petugas DBKL yang roboh rumah Kampung Chubadak..

telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
 
Maka menangislah warga-warga emas di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur selepas rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun dirobohkan tanpa belas.

Rata-rata yang tinggal di situ adalah masyarakat Melayu yang telah pun memohon untuk mendapatkan status hak milik yang kini dikhabarkan sedang dalam proses untuk dikeluarkan.

Melihatkan kesungguhan penduduk mempertahankan hak mereka, rasanya mereka ada bukti sahih permohonan masing-masing memang sedang dalam proses untuk menjadi kenyataan.

Malah mereka juga telah mendapat surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 12 Jun 2014 yang menghalang mana-mana pihak daripada menceroboh atau meroboh rumah mereka buat sementara waktu.

Namun apapun alasan yang diberi walau keluar air mata darah sekalipun, jentolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan kerja merobohkan rumah-rumah di situ.

Semuanya kerana tugas dan mereka bukanlah sengaja datang hendak menghalau penduduk jika tidak ada arahan daripada pihak atasan.

"Kami faham perasaan mereka yang enggan keluar tetapi apa daya kami untuk tidak merobohkan rumah-rumah di situ kerana kami hanya menjalankan tugas sebagai pekerja.

"Kalau kami dipandang benci sekalipun, kami perlu menjalankan tugas yang diarahkan walaupun hakikatnya kami juga ada perasaan tidak sampai hati," kata seorang pekerja DBKL yang enggan namanya disiarkan.

Katanya, setiap kali melihat warga-warga emas di situ merayu dan merintih, hati kecilnya tersentuh tetapi dia melakukannya kerana terpaksa demi tugasan yang dipertanggungjawabkan.

"Saya dan rakan-rakan sekerja dimaki, dicaci sepanjang kami bekerja tetapi kami hanya mendengar. Kami faham apa juga alasan yang kami beri, mereka tidak akan terima.

"Sebenarnya, kalau perkara itu berlaku dalam keluarga saya pun saya tidak boleh terima dan pasti saya akan melakukan perkara sama yang dilakukan oleh mereka.

"Tapi inilah kerja saya dan punca rezeki untuk menyara keluarga. Kalau saya tidak melakukannya, saya akan dikenakan tindakan disiplin atau macam-macam lagi yang pasti akan menjejaskan kerja saya," ujarnya.

Pun begitu katanya, dia mengharapkan apa yang berlaku di Kampung Chubadak akan berakhir dengan sesuatu yang boleh memuaskan hati penduduk di situ.

"Saya hanya orang bawahan yang turut merasakan kesedihan mereka. Jadi, mudah-mudahan, selepas kejadian ini, ada pihak yang akan datang membantu mereka untuk menenangkan keadaan agar kesedihan yang ditanggung dapat diredakan," katanya. - MalaysiaGazette
 

atok ko · 

cilaka punya dbkl!

 

Panda China Disusukan,Rakyat Sendiri Dirobohkan

telokbakong.blogspot.

Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

KUALA LUMPUR 10 JUN: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih prihatin terhadap dua panda yang dipinjam dari China dengan memberi tempat tinggal istimewa mewah dan berhawa dingin, tetapi sanggup mengusir dan merobohkan rumah rakyat.



Suasana cemas itu berlaku di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul apabila penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bertindak mahu meroboh kediaman yang diduduki lebih 60 tahun lalu.

Menurut Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – Rozan Azen Mat Rasip, situasi cemas berlaku apabila pihak DBKL terus membawa jentolak untuk merobohkan kediaman walaupun menyedari ada penghuni wanita dan kanak-kanak di dalam rumah terbabit.

Menurut Rozan, penduduk tetap bertahan walaupun pihak DBKL memaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Sesyen tidak memihak kepada penduduk.
"Bagaimanapun penduduk memaklumkan, pihak mereka sedang membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi untuk mencari keadilan, lantaran itu mereka meminta budi bicara DBKL dan PTG agar jangan bertindak terburu-buru dalam perkara ini.

"Lebih mengecewakan DBKL dan PTG yang hadir hari ini (9 Jun) gagal mengemukakan sebarang dokumen atau notis untuk meroboh enam rumah penduduk terlibat," dakwa Rozan.

Jelas beliau lagi, penduduk hanya mahukan keadilan, ini kerana jumlah pampasan yang ditawarkan kepada penduduk terlibat adalah tidak masuk akal, iaitu sebanyak RM7,000 untuk sebuah rumah. Sedangkan ada penduduk kampung berdekatan menerima RM100,000.



"DBKL memaklumkan pihaknya ada menyediakan rumah di blok B Perumahan Rakyat Batu Muda. Datang tanpa notis dan untuk berpindah ke PPRT terlibat, penduduk perlu membayar RM400 deposit dan terpaksa menunggu untuk mendapatkan kemudahan elektrik," kata Rozan.
Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui – Zaini Abdullah berkata, apa yang berlaku adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Ini kerana ada di antara rumah yang terlibat masih lagi dalam kes mahkamah.
"Rumah Halim Hamid,68, dan Hamid Saad,56, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 17 Jun ini, DBKL dan PTG sepatutnya menghormati proses ini.
"Dalam sistem kehakiman kita, pihak yang berwajib sepatutnya tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati kerana proses mahkamah masih berlaku.

Kawasan eksibit khas untuk panda berkeluasan 1.6 hektar itu dianggar menelan kos RM25 juta.

"Perkara ini membabitkan banyak prosedur dan perjanjian yang perlu diteliti, sudahlah pembayaran pampasan tidak adil, datang pula secara kasar dan tidak menghiraukan nyawa kanak-kanak apabila tetap merobohkan bahagian depan rumah," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61850

Msinc-Minta makcik makcik semua berenti ler mangkah dacing tu...
 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Sunday, June 15, 2014 12:34 AM
Subject: Fw: BETUL KE HANYA UMNO SAHAJA YANG MAMPU BELA NASIB MELAYU?

EDISI UMNO KANTOI!!!! .... BETUL KE HANYA UMNO SAHAJA YANG MAMPU BELA NASIB MELAYU??????

omakkau.blogspot.
 

KUALA LUMPUR 6 Dis 2013. - Orang Melayu Islam tidak harus melatah dengan luahan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Melayu sebaliknya perlu muhasabah diri melihat parti mana yang mampu menjaga kepentingan bangsa dan agama.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, penduduk majoriti di negara ini juga perlu berfikir apakah mereka bersedia untuk menumbangkan UMNO jika merasakan ada yang boleh menggantikan peranan parti itu demi kelangsungan bangsa pada masa hadapan.

''Orang Melayu perlu menjawab persoalan itu secara jujur dan tenang tanpa emosi dan bertanya balik adakah ada parti lain yang boleh menjaga kepentingan Islam dan Melayu sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial lebih baik daripada UMNO?

''Sekiranya ada, apakah sama apa yang UMNO lakukan berdasarkan rekod cemerlang yang telah diperlihatkan selama ini selain komitmen dan janji UMNO pada masa akan datang?," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam menegaskan parti itu menjadi sandaran dan harapan orang Melayu melakar kejayaan masa depan lebih cemerlang.

Justeru, Perdana Menteri yang memperoleh mandat sekali lagi sebagai Presiden dalam pemilihan Oktober lalu melontarkan persoalan apakah yang akan terjadi kepada orang Melayu tanpa UMNO.

Ini kata besar berdegar sampai berjalan tidak pijak bumi Muhyiddin Yassin pula pada 3hb Disember 2013....

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain bahawa parti itu akan terus membela nasib mereka.

Jaminan itu dibuat bagi menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran mereka mengenai halatuju UMNO selepas pilihan raya umum ke-13 terutama yang melibatkan usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan Bumpiputera.

"UMNO tidak akan mengabaikan kepentingan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera. UMNO akan terus mendukung tugas besar ini selagi UMNO wujud dan mendapat sokongan rakyat.

"Kesemua ini adalah bukti komitmen UMNO untuk terus membela orang Melayu dan Bumiputera," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Katanya, sebagai parti terbesar orang Melayu, UMNO akan terus menggalas agenda memperkasa bangsa Melayu dan Bumiputera tanpa rasa takut atau gentar.

Beliau menegaskan, UMNO bukan parti jumud yang kekal di takuk lama sebaliknya sentiasa mengharungi arus perubahan sambil menggalas agenda perjuangan.

Muhyiddin berkata, sejarah telah membuktikan bahawa peningkatan taraf ekonomi orang Melayu dan kaum Bumiputera berjaya dibuat berkat perjuangan UMNO.

HAKIKATNYA ... LIHAT, FIKIR DAN NILAI.

WARGA KG CHUBADAK TAMBAHAN SENTUL HAMPIR 100% ORANG MELAYU YANG KENA HALAU SETELAH BERMAUSTATIN SELAMA 30 TAHUN DITEMPAT BERKENAAN... SEMASA RUMAH-RUMAH MEREKA DIROBOHKAN,  KELIBAT, BAYANG DAN BATANG HIDUNG SEORANG PEMIMPIN UMNO LANGSUNG TIDAK NAMPAK.

 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Friday, June 13, 2014 12:51 AM
Subject: Fw: Roboh rumah penduduk di Kg Chubadak Tambahan

INI BUKAN DI PALESTIN TP DI MALAYSIA

bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
 
Dari status FB Dr.Mujahid:
 
Saya kini berada di Paris untuk transit dari Morocco sebelum menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Saya mendapat berita di tanah air daripada kawan-kawan wartawan Harakah bahawa pihak DBKL dan PTG sedang giat merobohkan rumah orang kampung di Kg Chubadak Tambahan, Sentul kononnya untuk pembangunan.

Gambar kedua pula ialah keluarga Haji Halim di Kg Chubadak Tambahan tidur bermalam di bangsal selepas DBKL dan PTG merobohkan rumah mereka tanpa sebarang notis arahan rasmi mahkamah pada Isnin lepas.

Saya masih lagi cuba memahami isu ini dengan lebih mendalam. Namun tindakan rakus DBKL langsung tidak boleh diterima. Apakah mereka langsung tidak mempunyai belas kasihan?

Kredit gambar: Arif Atan.
SUMBER
 
telokbakong.blogspot
sisibukit.blogspot.
 
Tindakan pantas team Lawyer PAS diketuai Sdr Zamri, Pengerusi Ngo Anak Warisan, berjaya menggagalkan usaha DBKL dan PTG untuk merobohkan baki rumah penduduk di Kg Chubadak Tambahan pagi tadi.

Dalam suasana tegang apabila jentolak sudah siap sedia untuk merobohkan rumah, keputusan Injunksi berjaya diserahkan oleh lawyer kepada wakil DBKL. 

Puluh tahun penduduk kampung sokong Umno, ini balasannya. Dek terlalu marah, ada yang spontan terbalikkan bendera BN!

Jika injunksi tidak diperolehi pagi tadi.....maka ranaplah hampir 40 buah rumah penduduk.

Suasana seperti ini di Malaysia bukan di Palestin. Ngo melayu buat apa????
 


Jentolak  berhenti setelah diberi notis 

Hancur lebur rumah penduduk sebelum dapat notis injuksi halang roboh rumah penduduk.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment