Wednesday, June 4, 2014

RG2011... Fw: RIDER PHD SANGKUT ATAS KERETA

 



RIDER PHD SANGKUT ATAS KERETA

bloglist-malaysia.blogspot.
lantakhangpala.blogspot.
Seorang kakitangan perkhidmatan penghantaran sebuah restoran makanan segera parah selepas dia dan motosikalnya tersangkut di atas bumbung kereta dalam kemalangan di Jalan Telaga Air, Raja Uda di sini, petang semalam.

Kemalangan pada jam 1.04 tengah hari itu membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta Perodua Kancil dan Myvi serta motosikal ditunggang mangsa yang berusia 20-an itu.

Menurut saksi, ketika kejadian mangsa dikatakan berada di belakang dua kenderaan berkenaan, namun pemandu Perodua Myvi itu dikatakan melanggar belakang Perodua Kancil terbabit menyebabkan mangsa gagal mengelak.

"Motosikal mangsa kemudian melanggar sisi kanan Perodua Myvi itu dan akibat rempuhan kuat, motosikal terbabit melambung melepasi bumbung kenderaan berkenaan.

"Namun, mangsa kurang bernasib baik apabila tong empat segi digunakan untuk mengisi makanan dihantar kepada pelanggan dan dipasang pada belakang motosikal berkenaan tersangkut pada bumbung kereta.

"Keadaan itu menyebabkan mangsa tersekat pada motosikal terbabit selama beberapa minit dan berada dalam keadaan separuh sedar dipercayai akibat kesakitan dialaminya," katanya.

Berikutan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu menurunkan mangsa yang tersangkut pada motosikalnya dan pemeriksaan mendapati lelaki itu cedera pada kaki dan kepala.



Beberapa rakan sekerja mangsa yang menyedari kejadian itu bergegas ke lokasi kemalangan dan mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke restoran berkenaan selepas melakukan penghantaran makanan kepada pelanggan.

Difahamkan mangsa mula bekerja sebagai penghantar makanan sejak 2011 manakala seorang pemandu kereta terbabit cedera ringan.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment