Saturday, June 14, 2014

RG2011... Keunikan Bandar Betong-Thailand

 

Keunikan Bandar Betong-Thailand

Betong, atau Amphoe Betong,adalah bandar paling selatan di Thailand,dikelilingi oleh bukit bukau menjadikan cuacanya tidak terlalu panas dan berkabus di waktu pagi, terletak berhapiran dengan sempadan Perak,masih ramai juga yang tidak tahu, selain Perlis,Kedah dan Kelantan,Perak juga mempunyai Pekan yang menjadi satu satunya pintu masuk ke Negeri Thai,iaitu Di Pengkalan Hulu,jarak antara Betong Thai dan Pengkalan Hulu hanya kira2 10minit perjalanan dengan kereta,Imigresen dan Kastam tidak sesak, hanya 5-6buah kereta menunggu pada hari2 biasa.

 

Bercerita pasal Bandar Betong ni banyak tempat2 menarik, cuma untuk kali ini diambil beberapa tempat yg paling disukai pelancong. 

Terowong Piyamit

Yang pertamanya adalah Terowong Piyamit (Piyamit Tunnel).Walaupun terlatak Di thailand, namun Terowong ini sebenarnya digali oleh Pejuang komunis (PKM) dari Malaysia pada tahun 1976 (namun menurut aktivist Komunis yg masih ada disana skrg, terowong ini sbnrnya digali lebih dulu dari tarikh itu, kerana ada sumber mengatakan terowong ini digunakan oleh ChinPeng untuk bertemu Tunku di Rundingan Baling 1955-ini sumber tidak rasmi diambil terus dari aktivist komunis yg masih boleh anda jumpa di sekitar kawasan niaga terowong piyamit, sayangya jalan keluar terowong ini disebelah Malaysia telah diletupkan oleh tentera.) 

Seperti yg tertulis pada gerbang pintu masuk terowong ini Panjangnya sekarang adalah dalam 1km, lebar 5-6kaki ada 9pintu masuk/keluar, dibina oleh kira2 50 orang pejuang komunis (termasuk Rashid mydin dan Abdullah cd),Lihat gambar2. 

Gerbang Utama 

-Laluan Masuk Utama 

-keadaan dalam (telah dibina semula utk memudahkan pergerakan pelancong)

-Bilik Bedah Dalam Terowong! 

Dan Banyak lagi Gambar Menarik,Boleh Lihat DiSINI 

Betong Hot Spring

Telaga Air Panas Semula Jadi yang besar juga ada di Betong,airnya sangat panas dan boleh menjadikan telur setengah masak dalam masa 7 minit. 

Ramai juga yang berkunjung ke sini untuk mengubati penyakit, dipercayai air dari kolam panas semulajadi ini boleh merawat penyakit lemah2 badan dan juga penyakit kulit. 

 

Daerah Betong masih selamat dari kacau bilau yang menimpa Thailand,Datuk Bandar Betong adalah Melayu siam yang beragama Islam.

Kolam Air Panas Yang agak besar.

Kemudahan Chelet juga disediakan. 

Selain Dari atas,terdapat juga Air Terjun Inthasorn yang terletak 2km sahaja dari Betong Hot Spring. 

 Winter Flower Garden

Disini terdapat taman bunga musim sejuk yang banyak, taman ini dikelola oleh Puteri Sirithorn anak Raja Bhumibol. 

Kawasan Taman Bunga ini dikelilingi oleh bukit bakau yang menghijau.

Dan terdapat banyak lagi tarikan di Betong, antaranya ialah Bala-Hala forest,Peti pos terbesar,perkampungan anggota PKM, dll. 

Bagi yang memerlukan khidmat tourist guide dengan harga yang berpatutan boleh hubungi Sdr. Nasrul (Pkln Hulu) ,Tel: 0105070903 ,FB-LINK.

 

 

__._,_.___

Posted by: "Newsforwarder" <3@pendekarblogger.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment