Monday, February 28, 2011

Fw: RG09... Rosmah bukan nak sangat ke Kerdau hehehe......

 

fuhhh..malu beb wife pm ckp cam tu....huhuhuhu.....


----- Forwarded Message ----
From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: PerisikRakyat@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, February 28, 2011 15:53:27
Subject: RG09... Rosmah bukan nak sangat ke Kerdau hehehe......

 

Naik heli beb.. kalau kat tempat aku.. sewa heli RM1000 untuk satu pusingan lebih kurang 15 minit.. dia naik kat mana yer.. kalau kat subang nak ke kerdau tu..lebih 15 minit tu. Agak-agaknya, kalau naik keta nak ker di pergi yer?


From: أبي عمر <fbmessage+ovvzvpoz@facebookmail.com>
To: Abdullah Ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Sent: Monday, 28 February 2011 13:24:22
Subject: [Respeks_Group] Rosmah bukan nak sangat ke Kerdau hehehe......

Facebook
‏أبي عمر posted in Respeks_Group.‏
Rosmah bukan nak sangat ke Kerdau hehehe... Petikan ucapan "...
أبي عمر 1:24pm Feb 28
Rosmah bukan nak sangat ke Kerdau hehehe... Petikan ucapan "... "Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.'

Baca lagi : http://www.facebook.com/l/b56cdSYlIlqldYEF73Ha3jBr8HQ/www.malaysiakini.com/news/157248
Rosmah naik helikopter bantu Najib menang Kerdau
www.malaysiakini.com
"Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini," kata Rosmah.

View Post on Facebook · Edit Email Settings · Reply to this email to add a comment.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

Re: RG09... `Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap

 


 kalau pihak puan bayar kat bank sbb hutang bank..interest akan naik dan naik..kalo bayar kat Jab. Insolvensi xnaik pn...bkn byk pn insolvensi 2 mintak fee diaorg..kira ok la 2..dapat pelepasan...hutang kena dibayar...fee PI pun kena bayarla...mana ada keje free beb


From: Norzia Ismail <noziliew@yahoo.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, February 24, 2011 11:53:41 AM
Subject: Re: RG09... `Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap

 

Mana ada pihak PI membantu pemiutang. Setelah pemiutang ingin membayar langsai hutangnya, pihak PI pula menambah jumlah pemiutang dengan interest beliau. Katakan pihak bank meminta penjelasan sebanyak RM 18,000.00, pihak PI meminta RM 3,500.00 lagi.
Jadi jumlahnya sudah mencecah RM 21,500.00. Kenapa pulak pihak PI nak menambah lagi? Beliau bukan buat ape2 kerja pun, hanya menyimpan fail saja.
Apa ni????


From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 24 February 2011 11:31:44
Subject: RG09... `Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap

Pendidikan, Motivasi & Kerjaya | Tahukah Anda? : `Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Pendidikan, Motivasi & KerjayaBANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Insolvensi (JI) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JI malah si bankrap itu sendiri.

JI merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JI yang diketuai oleh seorang Ketua Pengarah Insolvensi (KPI), bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada Pegawai Insolvansi (PI) untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PI merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan
 
 ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.

``Mereka ingat JI dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PI ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PI diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PI. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PI mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PI kepadanya. PI memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PI. Ia bersama syarat bahawa PI berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PI dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PI dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PI yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PI menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata PI yg ditemui.
 
Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PI tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PI hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PI akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PI juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PI memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JI mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.

Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan usaha memperbaiki imej JI dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PI pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.

Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PI bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.

`JI bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin./Arkib Utusan.
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

RE: RG09... Mengapa RTM Menayangkan Filem The Hard Corps?

 

Khomeini adalah salah satu dajjal kecil di dunia ini. Menghalalkan mutaah di praktikkan, menghalalkan raungan, pekikan terhadap jenazah. Termasuklah ketika usungan jenazahnya, raungan dan pekikan spt org gila oleh org syiah di Iran. Mmg patut pun di cop terrorist agama.

 

 

Thank you.

 

 

         "QUALITY, INTEGRITY & TEAMWORK"

WHERE YOU CAN AFFORD TO CLASS

 

 

 

 

 

--

Best regards,

 

Azlan Abdul Aziz.

SHIPS CLASSIFICATION MALAYSIA,
No.1A, 1st Floor, Worldwide Business Park,
Jalan Karate 13/42, Section 13,
40675 Shah Alam, Selangor.
Tel: 603-5513 8170
Fax: 603-5513 8080
H/P: 6013-226 2774

Email: azlan@myscm.com.my / ir_azlan_aziz@yahoo.com


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of newsfowarder™
Sent: Tuesday, March 01, 2011 4:20 AM
To: Malaysianews
Subject: RG09... Mengapa RTM Menayangkan Filem The Hard Corps?

 

Mengapa RTM Menayangkan Filem The Hard Corps?

from Faisal Tehrani


Pada 19 Februari lalu, pukul 11 malam, TV2 di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan sebuah filem berjudul The Hard Corps (klik sini).

Apakah masalah dengan filem ini? Ia menggambarkan orang Islam sebagai teroris. Dan Zionis/Baratsebagai 'mangsa' yang perlu dikasihani dan diselamatkan (sini).

Filem kelas B tahun 2006 tersebut memang mengenengahkan plot yang memualkan. Malah demi menjadikan propaganda melagakan krisis mazhab Hollywood ini berjaya, adegan 'teroris' Muslim tersebut ditampilkan dengan poster Imam Khomeini di belakang sebagai latar.

--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

Re: RG09... Polis Bombay pun tak saman mcm ni...dey machaa..

Assalamualaikum wbkt.,
 
Sekadar nak kongsi pengalaman.
 
Saya pernah alami perkara yang sama; tinggal di Shah Alam, kena saman polis trafic salah parking di Kuantan, Plat No kereta betul tapi IC no tuan punya kereta salah.
 
Waktu tu saya belum pernah jejak kaki pun di Kuantan.
 
Apa yang saya buat; buat surat rasmi kepada Ketua Trafic Negeri Pahang, persoalkan saman tu, bagi tempoh 7 hari minta diselesaikan atau saya akan saman PDRM...surat saya SK kepada KPN, BPR (waktu tu lah) semua pihak media...tajuk kelemahan pengurusan PDRM dalam slogan Bersih Cekap Betul????.
 
Selang 3 hari dapat suarat PDRM minta maaf salah hantar saman.
 
Wassalam 


From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, 1 March, 2011 9:30:19
Subject: Re: RG09... Polis Bombay pun tak saman mcm ni...dey machaa..

hahaha... kereta Viva dah jadi MPV??.. kalo gitu, kena tukar nama la.. jadi VAVI.... hehehe... mmg dah nasib kita Khairul Anuar weh.. aku di Labuan, dapat saman berekor di Rompin,Pahang... nak tanak, terpaksa bayo dgn hati yg x ikhlas. x buat salah tapi still kena bayar saman.. sungguh gumbira hati ini sbb merasa gak kena bayo saman...camne ye kalo aku x halalkan duit yg aku bayo tu??...
 
JO 9 D



From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Tue, March 1, 2011 4:07:49 AM
Subject: RG09... Polis Bombay pun tak saman mcm ni...dey machaa..

Dua saman dalam masa seminit

25 Rabiulawal 1432H. [MOD]

AIR KUNING - Ketika semua pengguna jalan raya menggunakan kesempatan terakhir hari ini, untuk membayar saman trafik, namun berlainan pula yang berlaku kepada seorang pengguna dari Kampung Sungai Kroh, di sini.

Tiga saman dalam tempoh 18 minit diterima di laluan sama menyebabkan timbulnya kekeliruan selain kategori kenderaan yang berbeza.

Pengguna, Khairul Anuar Mustapha, 49, berkata, semasa membuat semakan saman, dia terkejut kerana menerima tiga saman dalam sehari iaitu pada 25 Disember 2009 lalu.

Menurutnya, lebih menimbulkan kekeliruan apabila dua saman dikenakan dalam tempoh seminit dan jenis kenderaan yang dikenakan saman juga berbeza dari segi kategori kerana dua saman menunjukkan kategori kenderaan motokar, manakala satu lagi adalah kenderaan pelbagai guna (MPV).

"Saya di saman di Kilometer 46 Jalan Ipoh - Teluk Intan di sini, dan saman pertama pada jam 12.33 tengah hari.

"Saman kedua pula dikenakan pada jam 12.50 tengah hari dan saman ketiga pada jam 12.51 tengah hari, kesemuanya saman ini adalah di laluan yang sama," katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Anuar berkata, dia hanya memandu kenderaan jenis Perodua Viva, namun salah satu saman yang dikenakan menggunakan nombor pendaftaran yang sama tapi atas kategori MPV.

"Bagaimana pula perkara ini boleh berlaku sedangkan kereta yang saya gunakan adalah kereta biasa dan tempoh saman seminit ini juga mengelirukan," katanya.

Katanya, saman yang dikenakan ke atasnya diterima dengan hati terbuka dan masih perlu dijelaskan pembayarannya.

"Namun sebagai pengguna, kami mahukan kepastian mengapa perkara ini boleh berlaku dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan kepastian tetapi gagal.

"Maklumat yang diterima daripada bahagian trafik berkaitan saman dalam tempoh seminit juga mengelirukan kerana mereka menyatakan kemungkinan saya melakukan pusingan U namun, jika difikirkan kembali, bagaimana saya boleh memecut dengan kadar segera dalam tempoh seminit selepas membuat pusingan U," katanya.

Sinar Harian/-
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.


 

 


Re: RG09... Kerdau... pekena patin masak tempoyak perghhh

 

6hb nanti kita tunggula berita kenaikan harga mcm kt tenang aritu... hint tu dah ada kt paper...
 
JO 9 D



From: ros cdaas <cdajusma@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, March 1, 2011 8:00:20 AM
Subject: Re: RG09... Kerdau... pekena patin masak tempoyak perghhh

 

harap sempena PRK ni jngan la rega naik plak....naik baik tau...

2011/2/28 Roslan Salleh <roslan.salleh@yahoo.com.my>
 

kat R&R Temerloh pun banyak...tp kene gi awallah sikit esp time cuti.



From: Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 28 February 2011 15:03:01
Subject: Re: RG09... Kerdau... pekena patin masak tempoyak perghhh

 

patin!!!!perghhhhhhhhhh...harganya...faham ajelah........


From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, February 28, 2011 13:15:17
Subject: RG09... Kerdau... pekena patin masak tempoyak perghhh



Mereka yang berada di bandar Temerloh sempena hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini tidak melepas peluang untuk menikmati ikan patin masak tempoyak yang terkenal di situ.

NONEPekan Kerdau terletak kira-kira 23 kilometer dari bandar Temerloh.

"Masam, pedas, sedap dan segar," kata pengunjung di sebuah gerai di tapak Pekan Sehari.

"Di sini, mereka bela ikan dalam sangkar. Itu yang sedap. Kalau dalam kolam rasanya berbeza dan agak hanyir. Cara memasak di Temerloh juga berbeza dari tempat lain sebab itu orang lain kena cuba," kata Baharuddin Isa, 42, dari Kuantan.

"Ikan patin masak tempoyak di sini yang masam dan pedas memikat hati saya untuk menikmatinya dan saya ketagih untuk terus menikmatinya lagi," kata Insp Johari Ahmad dari Shah Alam, Selangor yang merancang untuk menikmati ikan patin tersebut sebelum beliau sampai ke Temerloh lagi.

Oleh kerana sambutan yang luar biasa, ada gerai yang terpaksa menambah masakan mereka yang habis dalam sekejap masa.

NONE"Saya juga terpaksa menambah dua lagi pekerja kerana tak menang tangan. Pengunjung datang dari satu Malaysia nak makan masak tempoyak ikan patin," kata Shamsuddin Joned, pemilik gerai Singgah Sokmo.

Amron Ambut berkata beliau juga terpaksa menambah tempahan ikan patin untuk dimasak, dari penternak ikan patin di Sungai Pahang kerana masakan ikan patinnya sudah kehabisan.

"Saya terpaksa masak kuahnya dahulu dan tunggu ikan datang kerana stok yang ada habis dengan cepat kerana ramai yang datang sempena penamaan calon hari ini," katanya yang sedang menunggu ikan patin segar yang ditempahnya.

Penternak patin Shaari Othman berkata harga sekilogram patin "liar" yang terdapat di dalam sungai boleh mencecah RM80 sekilogram tetapi sukar didapati kerana ia perlu dipancing.

NONE"Kalau ikan yang diternak di sangkar di Sungai Pahang, ia dijual antara RM12 hingga RM14 sekilogram sahaja," katanya.

Patin turut dijual di pasar minggu di Temerloh setiap Ahad.

Mungkin semasa hari mengundi di Kerdau 6 Mac ini iaitu pada hari Ahad, pengunjung boleh membeli ikan patin dan pekena patin masak tempoyak Temerloh sekali lagi.

- Bernama
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli









__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

Re: RG09... Jangan kena sumpahan mahsuri dah le hahaha...

 

Sebut saja UmnO dah boleh di kelaskan sebagai sebuah parti suka berjanji
tapi banyak auta dari Auto....janji kosong , cakap tak serupa bikin !!


\\\\////
/ \
I \\ // I
( (.) (.) )
- -o00o- - (_)- -o00o- - - - -^^^^
Thank and best regards
Othman Mat ALi
- - - -ooo0- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
( ) 0ooo
\ ( ( )
\_ ) ) /
(_ /



From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>

To: respeks_group@yahoogroups.com

Date: 03/01/2011 10:30 AM

Subject: Re: RG09... Jangan kena sumpahan mahsuri dah le hahaha...

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com









rasanya dekat 3 kali dah pembinaan semula ni. yg last aritu dengarnya SPNB
yg amik alih. itupun masih terbengkalai lagi?? peruntukan dah beberapa kali
dah lulus, berjuta2 lak tu... koi rasa ada badi kat tanah tu.. kena sape2
buat ancak kat situ baru siap agaknya...

JO 9 D vetica, sans-serif; FONT-SIZE: 14pt">
Jangan kena sumpahan mahsuri dah le hahaha...

BN janji lagi buat kali ketujuh

Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH: Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)
Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu.





Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada
permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu.


Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum
(PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.





Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah
meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.





Menurut Ismail, pembaikpulihan itu akan ditanggung kos oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).


PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina
pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.


Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon
pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000 bagi lot biasa
manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.





Seorang penduduk, Sharuddin Mohd Salleh, 50, mengalu-alukan janji Ahli Parlimen tersebut dan berharap masalah
tersebut tidak berlarutan lebih lama lagi kerana kebanyakan pembeli rumah itu merupakan penduduk kampung sekitar
yang masih belum memiliki rumah.





''Sesetengah daripada kami sanggup menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini kerana belum memiliki rumah
sendiri. Ada pula yang sudah dipotong gaji untuk bayar pinjaman rumah.





"Apabila terbengkalai dan belum diketahui entah bila siapnya, tentulah membuatkan kami tak senang duduk,"
katanya.





Tambah Sharuddin, kediaman yang selesa adalah salah satu kewajipan asas bagi sesebuah keluarga yang sempurna
kerana dari situ akan lahirlah sebuah masyarakat yang teratur seterusnya menyumbang ke arah keharmonian negara.





Katanya lagi, sebuah kerajaan yang baik dan prihatin pula, lazimnya akan mengambil tanggungjawab memastikan
rakyatnya tidak terabai dalam urusan memiliki tempat tinggal.





Seorang pembeli lagi, Siti Fatimah Abdul Rahman, 49, ketika ditemui memberitahu impiannya bagi memiliki rumah
sendiri hampir 'berkubur' apabila projek berkenaan terus terbengkalai.





"Sejak anak saya kecil dan kini dia dah berusia 24 tahun, rumah yang kami impikan masih juga belum disiapkan",
luahnya dengan nada kecewa.





"Saya sangat kecewa dalam hal ini, sebab telah merancang bersama keluarga untuk tinggal di situ tetapi sampai
sekarang rumah itu tidak siap-siap,'' .





"Ini adalah rumah pertama yang saya mohon untuk bersama keluarga dan akibat terbengkalai, saya sekeluarga masih
terpaksa menumpang di rumah kakak,'' ujarnya.





Menurutnya, dia telah mengisi borang pada tahun 1989 dan hanya ditemuduga kelayakan pada tahun 2000. Setelah dua
dekad menunggu, awal tahun ini pihak kerajaan telah menyuruhnya pergi ke bank untuk membuat pinjaman pembelian
rumah berkenaan.





"Saya memang harap sangat rumah ini dapat siap cepat dan kerajaan tidak lepas tangan. Apatah lagi ada pihak yang
menjanjikan pemilikan rumah ini tiap-tiap kali pilihan raya", katanya lagi.





Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli



(Embedded image moved to file: pic26962.jpg)



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___