eh napa x leh nak view gmbr ek?
On 2/27/11, Azlan Mustafar <azlan613@yahoo.com.my> wrote:
>
> Salam semua.
> Saya setuju sangatlah apa yang Ustazah tu buat. Keadaan dah teruk sangat.
> Tindakan drastik perlu diambil. Nak tunggu panggil sorangsorang sampai bila.
> Bagus ada yang berani. Terima kasih pada Ustazah tu.
> Azlan bin MustafarSucikanlah hati maka terbinalah insan
>
> --- On Fri, 25/2/11, ieyda ben <ieyda81_babyblue@yahoo.com.my> wrote:
>
> From: ieyda ben <ieyda81_babyblue@yahoo.com.my>
> Subject: Re: RG09... Baik pakai bikini je
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Date: Friday, 25 February, 2011, 11:37
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> btol2x..sy sokong..sy pun puji sikap ustazah tu yg berani tegur minah
> tu...tp knpa ade org yg m'p'soalkan sikap ustazah tu tegur minah sexy
> tu?apela diorang ni..kita sesama Islam mmgla kna tegur klu x btol..tu la
> melayu n yg paling sedih Islam..bila org buat benda btol n b'landaskan
> agama,kita sesama kita m'ngeji plak n kondemkan ustazah tu..mmg sape2 yg
> kondem ustazah tu yg patut kna tegur sbnrnya..hehehehe
>
>
>
>
>
> From: Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com>
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Sent: Thursday, 24 February 2011 14:12:27
> Subject: Re: RG09... Baik pakai bikini je
>
>
>
>
>
> As-Salam,
> sokong tindakan ustazah tu berani menegur perkara sebegitu...kita lihat
> jarang sekali orang yang berani menegur...malah kadang kadang kalau ada Tok
> Imam ke, Tok Aji ke ...mana mereka nak tegur kalau ada kemungkaran...kecuali
> bila ada aduan baru mereka nak ambil tindakan........bagus Ustazah!!
>
>
>
>
>
> From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Sent: Thursday, February 24, 2011 11:19:28
> Subject: RG09... Baik pakai bikini je
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Salam...
>
> Rasanya tak perlulah nak komen2 hal ni... dah elok ustazah tu berani tegur
> alhamdulillah... sekurangnya dah ada amar makruf nahi mungkar... Kita dok
> komen plak apa ke jadahnya...
>
>
> Cara nak tegurpun Nabi dah jelaskan... ada 3... Dengan tangan... lisan ...
> dan hati... Nabi kata selemah2 iman adalah hati... cam abilah hehe... memang
> menyampah ngan orang berpakaian macam tu tapi nak tegur hehe... takdelah aku
> berani... Alhamdulillah masih ada iman nabi kata walaupun lemah. Hehe. Orang
> yang dalam hatipun tak tegah takde iman beb!!!...
>
> Syabas buat yang berani dan yang berani tu rasanya hanya ada 1% je dari kita
> semua... yang lain sekadar ngomel dalam hati...
>
> Kalau tak berani baik duk diam!!! Antara sahabat nabipun ada yang caranya
> nampak cam kasar... siap keluar pedang macam Umar Al Khattab... manakala ada
> yang agak lembut... biasalah... pendekatan tu lain orang lain caranya...
>
> Kalau tak berani
> jangan banyak cakap bila ornag buat teguran. Diam je!!! Dah lah tak berani
> komen banyak plak!!! Hampeh!!!... huaaaaaa
>
> Pada abi bebudka zamans ekarnag nipuns esekali memang kena hentak sikit
> dengan kasar hahaa... dah macam2 cara lembut tak makan... tapi bukan lah
> hentak selalu. Apapun abi tak berani...
>
>
>
>
>
> From: abiat07 <abiat07@yahoo.com>
> Date: Wed Feb 23, 2011 3:04 am
> Subject: RE: RG09... Baik pakai bikini je
> abiat07
> Offline
> Send Message
> Edit Membership Salam,
>
> kita sering kali mendengar kata2 seperti ini:
>
> "kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak"
> "salah orang kita perasan, salah sendiri kita tak sedar"
> "jangan cari salah orang"
>
> sebenarnya sifat ini memang ALLAH dah kurniakan ke atas kita. Itu sudah
> lumrah sifat manusia. tapi, ianya tak semestinya sesuatu yang buruk.
> tujuannya cuma satu, ALLAH memang nak kita saling tegur-menegur. bukankah
> salah satu daripada tanggungjawab seorang mukmin, adalah "nahi mungkar"?
>
> cuma mungkin, cara untuk kita menegur itu ada pelbagai kaedah.
>
>
>
> --- On Tue, 2/22/11, Tand Z <tandz@live.com.my> wrote:
>
> From: Tand Z <tandz@live.com.my>
> Subject: RE: RG09... Baik pakai bikini je
> To:
> respeks_group@yahoogroups.com
> Date: Tuesday, February 22, 2011, 11:58 AM
>
>
> bukan pilih tu..tp jgn cr salah org sbb yg menilai hanya Allah,
> kalo fikir pakai tudung tp lengan pendek..x kan awak short cut baik x yah
> pakai baju..hek hek
>
> *trying to be perfect is better than do nothing
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> From: faruqi2001@yahoo.com
> Date: Mon, 21 Feb 2011 18:46:19 -0800
> Subject: RG09... Baik pakai bikini je
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Hehe... elok jugalah tu... pilih2 dosa. kwang3x... dosa rambut tak dapat...
> dosa tunjuk lengan dapat... kui kui kui
>
>
>
>
>
> From: za t <zatuamni@hotmail.com>
> Date: Mon Feb 21, 2011 6:07 pm
> Subject: RE: RG09... Baik pakai bikini je.
> sweet_rosalake
> Offline
> Send Message
> Edit Membership at least..dosa tunjuk aurat rambut x dapat..kalo lengan
> pendek pon..
>
> zzzzz
>
>
>
>
>
>
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> CC: ingatan@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com
> From: azwandengkil@yahoo.com
> Date: Mon, 21 Feb 2011 17:00:15 -0800
> Subject: RG09... Baik pakai bikini je.
>
>
>
> Baik pakai bikini je.
>
>
> Assalamualaikum WBT,
>
> Ahad lepas saya sekeluarga ke Sogo membuat persiapan terakhir bagi menyambut
> kelahiran anak saya yang ke-5 yang dijangka pada awal April. Tetapi jika
> mengikut anak-anak yang lain sebelum ini, kebiasaannya awal 2-3 minggu.
> Jadi, mengikut jangkaan saya sendiri mungkin pada pertengahan Mac.
>
> Selepas zohor kami mencari tempat untuk makan tengahhari. Saya dan isteri
> lebih suka nasi berlauk. Tetapi
> anak-anak lebih berminat dengan makanan segera dan KFC pilihan utama.
> Walaupun naik muak makan ayam ni, saya dan isteri terpaksa mengalah dengan
> anak-anak dan turutkan kemahuan mereka.
>
> Sewaktu saya tiba, jumlah pelanggan tidak terlalu ramai. Mungkin bukan di
> dalam shopping mall, jadi mudah kami mencari tempat. Sewaktu saya berbaris
> sepasang kekasih (pada pandangan saya), mungkin juga suami isteri, masuk dan
> terus berbaris dikaunter. Lelakinya boleh dikategori berpakaian sopan dan
> menutup aurat akan tetapi pasangannya hanya berseluar pendek yang amat
> sangat dan kelihatannya seperti seluar dalam. Bajunya pula ketat dan sendat
> hingga membuat hampir keselurahan pelanggan di restoran tersebut memandang
> ke arah pasangan tersebut. Untuk makluman, majoriti pelanggan adalah
> berkeluarga dan ada anak-anak kecil seperti saya.
>
> Sewaktu pasangan tadi telah mengambil tempat yang tidak jauh dari tempat
> saya duduk, seorang wanita mungkin seorang ustazah
> mendekati pasangan terbabit. Saya tidak mendengar apa yang dikatakan oleh
> ustazah tersebut tetapi dengan nada marah perempuan yang berpakaian agak
> menjolok mata itu dengan nada marah berkata begini "Cuba lihat perempuan
> yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek. Apa beza dengan saya?
> Dua-dua pun tak tutup aurat. Jadi apa masalahnya? Kenapa yang itu tidak
> ditegur?"
>
> Perghhhh... Pandai pula bercakap perempuan ni. Belum sempat ustazah tadi
> menghabiskan hujahnya, pasangan tadi terus beredar dari restoran itu tanpa
> menghabiskan makanannya. Ternyata tindakan ustazah itu harus dipuji. Saya
> pun tidak sekuat itu. Namun yang dikesali tindakan perempuan itu
> mempersoalkan cara wanita lain berpakaian yang kalau dikira berkali ganda
> lebih sopan dari dirinya yang berpakaian ala-ala amoi nak ke pasar malam.
> Saya sempat berkata pada isteri saya, jikalau begitu baik pakai bikini je.
> Lebih sejuk...
>
> Begitulah halusnya bagaimana syaitan
> menipu manusia. Sedikit demi sedikit dari membuka bahagian tangan
> seterusnya mendedahkan bahagian leher dan seteresnya berpakaian tetapi
> telanjang yang akhirnya jadilah seperti perempuan tadi. Namun, jangan kita
> perkecilkan wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna
> walaupun masih ada kekurangan. Semoga Allah SWT beri hidayah dan kekuatan
> pada mereka agar mereka berjaya melaksanakannya dan terlepas dari fitnah.
> http://azwandengkil.blogspot.com
> Forum : respeks
> Facebook : respeks
> Weblog : respeks_group
> Weblog higoat : Mr_higoat
> Daftar Ahli Online : Daftar Online
> Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment