Sebut saja UmnO dah boleh di kelaskan sebagai sebuah parti suka berjanji
tapi banyak auta dari Auto....janji kosong , cakap tak serupa bikin !!
\\\\////
/ \
I \\ // I
( (.) (.) )
- -o00o- - (_)- -o00o- - - - -^^^^
Thank and best regards
Othman Mat ALi
- - - -ooo0- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
( ) 0ooo
\ ( ( )
\_ ) ) /
(_ /
From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: 03/01/2011 10:30 AM
Subject: Re: RG09... Jangan kena sumpahan mahsuri dah le hahaha...
Sent by: respeks_group@yahoogroups.com
rasanya dekat 3 kali dah pembinaan semula ni. yg last aritu dengarnya SPNB
yg amik alih. itupun masih terbengkalai lagi?? peruntukan dah beberapa kali
dah lulus, berjuta2 lak tu... koi rasa ada badi kat tanah tu.. kena sape2
buat ancak kat situ baru siap agaknya...
JO 9 D vetica, sans-serif; FONT-SIZE: 14pt">
Jangan kena sumpahan mahsuri dah le hahaha...
BN janji lagi buat kali ketujuh
Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH: Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)
Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu.
Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada
permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu.
Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum
(PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.
Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah
meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.
Menurut Ismail, pembaikpulihan itu akan ditanggung kos oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).
PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina
pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.
Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon
pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000 bagi lot biasa
manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.
Seorang penduduk, Sharuddin Mohd Salleh, 50, mengalu-alukan janji Ahli Parlimen tersebut dan berharap masalah
tersebut tidak berlarutan lebih lama lagi kerana kebanyakan pembeli rumah itu merupakan penduduk kampung sekitar
yang masih belum memiliki rumah.
''Sesetengah daripada kami sanggup menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini kerana belum memiliki rumah
sendiri. Ada pula yang sudah dipotong gaji untuk bayar pinjaman rumah.
"Apabila terbengkalai dan belum diketahui entah bila siapnya, tentulah membuatkan kami tak senang duduk,"
katanya.
Tambah Sharuddin, kediaman yang selesa adalah salah satu kewajipan asas bagi sesebuah keluarga yang sempurna
kerana dari situ akan lahirlah sebuah masyarakat yang teratur seterusnya menyumbang ke arah keharmonian negara.
Katanya lagi, sebuah kerajaan yang baik dan prihatin pula, lazimnya akan mengambil tanggungjawab memastikan
rakyatnya tidak terabai dalam urusan memiliki tempat tinggal.
Seorang pembeli lagi, Siti Fatimah Abdul Rahman, 49, ketika ditemui memberitahu impiannya bagi memiliki rumah
sendiri hampir 'berkubur' apabila projek berkenaan terus terbengkalai.
"Sejak anak saya kecil dan kini dia dah berusia 24 tahun, rumah yang kami impikan masih juga belum disiapkan",
luahnya dengan nada kecewa.
"Saya sangat kecewa dalam hal ini, sebab telah merancang bersama keluarga untuk tinggal di situ tetapi sampai
sekarang rumah itu tidak siap-siap,'' .
"Ini adalah rumah pertama yang saya mohon untuk bersama keluarga dan akibat terbengkalai, saya sekeluarga masih
terpaksa menumpang di rumah kakak,'' ujarnya.
Menurutnya, dia telah mengisi borang pada tahun 1989 dan hanya ditemuduga kelayakan pada tahun 2000. Setelah dua
dekad menunggu, awal tahun ini pihak kerajaan telah menyuruhnya pergi ke bank untuk membuat pinjaman pembelian
rumah berkenaan.
"Saya memang harap sangat rumah ini dapat siap cepat dan kerajaan tidak lepas tangan. Apatah lagi ada pihak yang
menjanjikan pemilikan rumah ini tiap-tiap kali pilihan raya", katanya lagi.
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli
(Embedded image moved to file: pic26962.jpg)
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment