TEMERLOH, 27 Feb: Ketua Pemuda PAS Pahang yang pertama, Abdul Manaf Abdul Latif, 80, kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11 pagi tadi semasa tidur di rumah sewanya di Batu Satu. Menurut Ketua Pemuda PAS cawangan kampung berkenaan, Jafri Ramli, seorang pegawai perubatan mengesahkan kematiannya setelah dipanggil ke rumahnya. Tambah Jafri, beliau sebelum itu telah dipanggil oleh isteri Abdul Manaf yang mengsyaki sesuatu setelah Manaf tidak bangun. Abdul Manaf yang merupakan bekas tentera, menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang pertama pada tahun 1963 sehingga tahun 1971. Beliau yang berasal dari Kampung Sanggang, dekat sini pernah dianugerahkan sebagai tokoh veteran PAS Pahang dan semasa sihatnya tidak pernah ketinggalan menyertai kempen dalam banyak pilihan raya kecil seluruh negara. Sejak tahun lalu kesihatannya dikatakan merosot dengan pelbagai penyakit termasuk komplikasi jantung, buah pinggang dan gout. Beliau meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Ubudiah Batu Satu dan dikebumikan di tanah perkuburan Chengal, selepas Solat Asar. |
No comments:
Post a Comment