Monday, February 28, 2011

RG09... Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Buat Tindakan Segera

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Buat Tindakan Segera Mendakwa Kes Setiausaha MUIP Dari "Ambil Alih Pengurusan Masjid" Di Kerdau !!

Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengambil alih pentadbiran masjid-masjid di kawasan pilihan raya kecil DUN Kerdau amatlah tidak wajar sebenarnya. Institusi itu yang sepatutnya ditadbir oleh imam dan ahli jawatankuasanya, tiba-tiba diambil alih oleh jabatan terbabit. Soalnya sekarang, kita menyangka apabila JAIP mengambil alih pentadbiran masjid maka banyak aktiviti dakwah dan kerja agama mahu dijalankan oleh mereka. Namun, JAIP dilihat "double standard" sebenarnya. Mereka mengambil alih masjid untuk tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak menggunakan platform itu untuk menyampaikan ceramah. Namun, aneh apa yang berlaku adalah disebaliknya pula. JAIP hanya membenarkan calon BN iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk berjumpa rakyat dan berceramah di situ. Dalam masa yang sama mereka menghalang calon PAS, Hasanuddin Salim berbuat demikian. Ramai yang tertanya-tanya dari mana agaknya undang-undang yang diperkenalkan oleh JAIP ini?. Apakah ini namanya keadilan dalam Islam yang mahu dipertahankan oleh mereka. Kenapa sebelah pihak dibenarkan dan sebelah pihak lagi ia dihalang?. Bukankah ini jelas membuktikan JAIP kini bersekongkol dengan BN untuk agenda politik semata-mata. Mereka meminggirkan agenda agama malah tazkirah, ceramah agama dan sewaktu dengan akan dihalang jika ia menyentuh hati nurani umat Islam lain. Misalnya mengatakan judi, minum arak atau emas itu haram dipakai oleh lelaki, maka penceramah akan dikataka menghina agama kerana ramai golongan tertentu dalam parti tertentu berjudi, minum arak dan memakai emas sebenarnya. Maka pasti penceramah terbabit akan diharamkan hanya kerana menyatakan kebenaran. Apakah ini caranya JAIP bertanggungjawab kepada agama Islam agaknya. Justeru itu, semua pihak membantah tindakan JAIP yang jelas berat sebelah ini !

[Nampaknya sejak akhir-akhir ini Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sudah lari hala tujunya. Tambahan pula dengan perlantikan Pengarah baru, Dato' Mohamad Ubaidillah (foto) yang tidak berlatar belakangkan pendidikan agama dan banyak skandal dan terlibat dengan penyelewengan amanah sebelum ini. Justeru itu, eloklah JAIP laksanakan tugas mendakwa Setiausaha Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang dan pasangannya (foto) yang ditangkap khalwat itu segera jika benar mereka patuh kepada tuntutan agama. Daripada sibuk-sibuk mengawal masjid-masjid di DUN Kerdau, lebih baik kerja hakiki dan tanggungjawab yangs udah lama dituntut oleh umat Islam itu diselesaikan. Sikap JAIP yang terus membisu dan menyimpan fail pendakwaan yang sudah lengkap terhadap tertuduh terbabit menunjukkan mereka cuba untuk menipu rakyat dan melakukan penyelewengan atas kes ini sebenarnya. Sudah beberapa kali kami dedahkan namun difahamkan masih tiada tindakan yang dilakukan. Cuma, daripada sumber yang boleh dipercayai akhirnya pihak istana sendiri mengarahkan tertuduh dikenakan tatatertib. Jika mahu diharapkan JAIP, hingga sekarang diam membisu !!. Tiba-tiba pula mahu menjadi jaguh pula di pilihanraya kecil DUN Kerdau].
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment