Monday, February 28, 2011

RG09... Cikgu Cabul Sebelum Rotan?

 

Cikgu Cabul Sebelum Rotan?


Assalamualaikum WBT,

Membaca berita yang agak hangat di Harian Metro membuatkan saya menggelengkan kepala. Seorang guru, pendidik kepada pelajar-pelajarnya sanggup mencabul anak-anak didiknya. Walaupun jauh berbeza dengan Haruan Makan Anak seperti yang pernah saya utarakan, namun kes ini perlu dipandang serius kerana ianya melibatkan kredibiliti seorang guru.

Namun terdetik juga difikiran, 12 orang pelajar perempuan dicabuli oleh seorang guru lelaki. 12 lawan 1. Budak sekolah menengah pulak tu. Kenapa membiarkan diri dicabul seorang demi seorang tanpa rasa ingin melawan pada ketika itu. Suka saya memetik petikan dari Cikgu Intan, "Dah tahu guru tu meraba kamu, seluk sana seluk sini, apa kata MELAWAN. Bagi penampar sedas, penerajang sebiji...itu baru dinamakan mempertahankan diri. Ini tidak, pi tadah badan, memang la...gediks juga tu....Lemah sangat ke 12 orang ni? ha??? Pelik!" .

Masuk akal juga apa yang diperkatakan. Mungkin juga murid-murid ini telah berkonspirasi sesama sendiri untuk mengenakan guru ini. 12 lawan 1. Sudah tentu 12 yang menang berbanding 1. Namun tidak perlu kita ulas perkara ini dengan panjang lebar dan perkara ini juga telah menjadi kes polis.

Jika benar kejadian ini berlaku adalah satu perkara yang sangat memalukan. Namun begitu janganlah disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga pula. Kerana dalam setandan pisang tidak mustahil akan ada satu dua yang rosak. Guru, harus terus dihormati. Kerana mereka ibarat ibubapa kedua kepada anak-anak kita. Hal ini telah saya jelaskan di sini. Jika benar guru tersebut mencabul dan mengambil kesempatan atas muridnya, hukumlah dengan seadilnya agar jadi pengajaran kepada yang lain.
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment