Monday, February 28, 2011

RG09... Kedah tanggung belajar pulang, wang poket RM500

Kedah tanggung belajar pulang, wang poket RM500
Khairul Izwan   

ALOR SETAR, 28 Feb: Kerajaan Negeri Kedah memberi khabar gembira kepada pelajar Mesir di Kedah apabila sanggup menanggung segala perbelanjaan balik pelajar ke Mesir di samping wang poket untuk setiap pelajar.

Menteri Besar Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan demikian dalam satu perjumpaan dengan pelajar- pelajar Mesir yang berasal dari Negeri Kedah semalam.

"Kita (kerajaan negeri Kedah) telah menyewa 3 buah kapal terbang Egypt Air untuk menghantar pelajar ke Mesir semula.

"Sebagai kerajaan, kita (kerajaan Kedah) rasa bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat Negeri Kedah.

"Kerajaan Kedah menghabiskan 2.5 juta ringgit dalam projek penghantaran kembali pelajar Kedah ke Mesir," katanya dalam ucapan di depan pelajar Mesir di Kedah dan para waris hari ini.

Kerajaan Kedah, katanya, mempunyai perancangan rapi untuk rakyat Kedah untuk mencapai Kedah Sejahtera.

Walaubagaimanapun, pelajar tajaan MARA akan di tanggung sendiri oleh pihak MARA.

Ustaz Azizan juga mengumumkan setiap pelajar akan di beri duit poket 500 ringgit setiap orang serta pelajar akan di hantar terus menaiki kapal terbang dari KLIA ke Kaherah.

Penerbangan perama di jadualkan berlepas pada 5 Mac iaitu seramai kira-kira 220 orang pelajar dan penerbangan seterusnya sehingga 10 Mac.

Perjumpaan tersebut diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alorsetar turut di hadiri exco Hal Agama dan Pelajaran Negeri Kedah, Datuk Taulan bin Rasul itu di anjurkan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




No comments:

Post a Comment