Monday, February 28, 2011

Re: RG09... Kedah tanggung belajar pulang, wang poket RM500

 

As salam,

kepada para pelajar ini, syukurlah kepada ALLAH atas kurniaanNYA ini. belajarlah dengan tekun dan sabar. kami rakyat Malaysia amat mengharapkan anda semua bakal menjadi pembimbing dan pembantu kami mengubah kehidupan masyarakat kepada yang lebih Islamik di masa depan.

semoga anda semua berjaya dalam menuntut ilmu dan sejahtera selalu.



--- On Mon, 2/28/11, Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com> wrote:

From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
Subject: RG09... Kedah tanggung belajar pulang, wang poket RM500
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, February 28, 2011, 9:05 PM



Kedah tanggung belajar pulang, wang poket RM500
Khairul Izwan   

ALOR SETAR, 28 Feb: Kerajaan Negeri Kedah memberi khabar gembira kepada pelajar Mesir di Kedah apabila sanggup menanggung segala perbelanjaan balik pelajar ke Mesir di samping wang poket untuk setiap pelajar.

Menteri Besar Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan demikian dalam satu perjumpaan dengan pelajar- pelajar Mesir yang berasal dari Negeri Kedah semalam.

"Kita (kerajaan negeri Kedah) telah menyewa 3 buah kapal terbang Egypt Air untuk menghantar pelajar ke Mesir semula.

"Sebagai kerajaan, kita (kerajaan Kedah) rasa bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat Negeri Kedah.

"Kerajaan Kedah menghabiskan 2.5 juta ringgit dalam projek penghantaran kembali pelajar Kedah ke Mesir," katanya dalam ucapan di depan pelajar Mesir di Kedah dan para waris hari ini.

Kerajaan Kedah, katanya, mempunyai perancangan rapi untuk rakyat Kedah untuk mencapai Kedah Sejahtera.

Walaubagaimanapun, pelajar tajaan MARA akan di tanggung sendiri oleh pihak MARA.

Ustaz Azizan juga mengumumkan setiap pelajar akan di beri duit poket 500 ringgit setiap orang serta pelajar akan di hantar terus menaiki kapal terbang dari KLIA ke Kaherah.

Penerbangan perama di jadualkan berlepas pada 5 Mac iaitu seramai kira-kira 220 orang pelajar dan penerbangan seterusnya sehingga 10 Mac.

Perjumpaan tersebut diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alorsetar turut di hadiri exco Hal Agama dan Pelajaran Negeri Kedah, Datuk Taulan bin Rasul itu di anjurkan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah.

 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment