Copied from Ust Rafidi Hashim Note via fb on Sunday, February 27, 2011 at 3:45pm
WAKAF
Oleh
Prof. Mehmet Maksudoglu
Terjmahan : Norazman Edit : Ust Rafidi Hashim
Sebagai salah satu institusi islam, wakaf adalah harta atau suatu nilai kekayaan yg dikhususkan untuk memberi manfaat kepada makhluk untuk mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Harta yang dikhususkan diletakkan atas nama Allah yang abadi, iaitu penyumbang wakaf tidak lagi mempunyai hak ke atas kekayaan atau harta tersebut. Alasan untuk mewujudkan wakaf adalah sepenuhnya untuk mendapatkan keredhaan dan restu Pencipta, dan berharap semata-mata kepada ganjaran daripadaNya.
Orang yang membuat wakaf disebut wakif. Wakif mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:
1. Mestilah dewasa, tidak gila dan bukan hamba
2. Tiada paksaan: wakif mestilah menyerahkan haknya dengan rela hati
3. Tujuan dan maksud mestilah hanya untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t
Harta atau kekayaan itu pula mesti mempunyai syarat-syarat berikut:
1. Harta yang diwakafkan mestilah dipunyai oleh si wakif ketika ia diserahkan
2. Harta tersebut tidak dalam keadaan berhutang
3. Harta yang diserahkan mestilah dalam jenis yang boleh memberikan hasil atau manfaat seperti rumah, kedai, padang, kebun dan sebagainya
4. Harta yang hendak diwakafkan seperti pokok, bangunan dan sebagainya hendaklah tidak dalam perintah roboh
5. Penerima manfaat dari hasil wakaf hendaklah dinyatakan dengan terang
Surat amanah wakaf dipanggil waqfiyye. Pemberi wakaf (waqif) meletakkan syarat-syaratnya di dalam surat amanah (waqfiyye). Waqfiyye menjadi sah apabila didaftarkan dalam Sijil (pendaftaran) oleh Kadi (hakim).
Waqfiyye mengandungi puji-pujian kepada Allah, doa dan selawat ke atas Rasullullah, ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang menggalakkan berbuat baik dan bersedekah jarriyah. Kadangkala disertakan juga syair – syair bersangkutan dengan amalan berbuat baik di dalamnya.
Dan waqfiyye juga menyatakan:
1. Harta kekayaan yang diserahkan, dengan senarai jumlah setiap harta
2. Bagaimana ia akan diuruskan
3. Bagaimana hasil kekayaan akan dibelanjakan dan siapakah penerima hasil tersebut
4. Siapakah yang akan menguruskan harta wakaf (pemegang amanah)
a. Berapa orangkah yang akan bekerja bagi menjalankan harta wakaf
b. Berapakah upah yang akan diberikan kepada pekerja ini
c. Barang yang akan digunakan untuk membayar upah ini
d. Jenis barang yang akan digunakan, dan sebagainya
5. Pengesahan dari Kadi, cop dan tandatangannya.
Kita tahu Rasullullah (saw),telah menyerahkan kebun kurmanya di Madinah Al-Munawwara sebagai harta wakaf untuk Hawadlithud Dhar, iaitu untuk melindungi Islam dan kegunaan ketika kecemasan. Baginda juga telah mewakafkan kebun kurmanya di Fedek untuk kegunaan para musafir.
Umar ibn al-Khattab (ra),mewakafkan hartanya kepada pejuang islam (mujahiddun) dan juga kepada para hamba yang memerlukanuntuk memerdekakan diri mereka dan juga untuk para tetamu.
Dan juga keluarga Osmanli, mereka telah menyerahkan banyak harta untuk tujuan wakaf bermula dari pemerintah yang kedua Orhan Gazi (1326-1362). Kita tahu dengan nyata yang beliau telah menyerahkan bandar Makaja dengan semua hasilnya kepada hanikah, atau zawiyya dalam tahun 724 Hijrah /1324 Masihi. Ahli sufi, orang-orang miskin dan musafir miskin akan mendapat manfaat dari hasil wakaf, mendapat makanan dan tempat tinggal tanpa sebarang bayaran. Waqfiyye-nya berbunyi:
"Shujauddin Orhan anak kepada Fakhruddin Osman, menjadikan seluruh bandar Makaja kepada wakaf khalisan mukhlisan li wajhillah untuk mendapat keredhoan Allah, dan sempadannya adalah...
Aku telah melantik hamba yang ku merdekakan Tawashi Sharafuddin Muqbil sebagai mutawalli untuk memberikan makan dan tempat tinggal kepada ahli sufi yang bermusafir, orang-orang miskin, orang asing, orang yang kesempitan dan para pelajar. Apa saja hasil dari wakaf hendaklah digunakan untuk tujuan yang dinyatakan tadi, dan orang yang tidak berhak tidak akan mendapat tempat perlindungan di zawiyya (hanikah). Supaya semua yang membaca waqfiyye ini tahu pada masa hadapan, bahawa sesiapa yang terbaik dari anak pesuruhku (hambaku) untuk menjadi mutawalli. Aku melantik Sharafuddin Muqbil menjadi mutawalli bermula hari ini untuk menjaga sesiapa yang datang dan pergi. Semoga beliau memberikan perkhidmatan yang terbaik. Beliau akan menerima satu per sepuluh dari hasil wakaf untuk perkhidmatannya. Tiada seorangpun dari anakku dan keturunannya berhak ke atas harta wakaf ini. Hanya yang terbaik dari anak pesuruhku dari zawiyya ini akan dilantik menjadi mutawalli untuk wakaf ini pada masa hadapan, generasi ke generasi.
Jika sesiapa menyanggah syarat-syarat ini, sanggahan beliau tidak diterima berdasarkan undang-undang yang telah digariskan oleh Nabi (saw). Seperti yang termaktub, aku telah memberikan surat ini kepada anak lelaki kepada zawiyya yang terbaik, supaya beliau dapat menunjukkan kepada sesiapa apabila perlu, untuk mengelakkan sebarang makhluk dari mengganggu dan mengubahnya. Sesiapa saja yang menyanggah, laknat Allah jalla jalaluhu dan laknat Rasullullah (saw) akan jatuh ke atasnya.
Sesiapa yang membaca surat ini hendaklah tahu dengan nyata bahawa ia adalah benar asli dan telah ditulis dihadapan saksi-saksi.
Saksi-saksinya:
Choban, anak Osman
Malik, anak Osman
Hamid, anak Osman
Pazarlu, anak Osman
Fatima, anak perempuan Osman
Mal Khatun, anak perempuan Omar Bey
Malik, anak perempuan Malik
Efendi, anak perempuan Akbashlu
Sultan, anak Orhan
Suleyman, anak Orhan
Ibrahim, anak Orhan
Pada sesiapa yang membaca surat ini, ketahuilah bahawa Makaja hartaku telah diwakafkan dan dengan izin Allah, mudah-mudahan mereka menjaganya.
Pertengahan Rabiul Awwal 724 (March 1324)
Orhan Gazi telah menukarkan sebuah gereja besar kepada masjid di Iznik (Nicae) apabila beliau membukanya kepada Islam pada tahun 1331, dan telah menukarkan sebuah biara di situ kepada madrasah. Beliau telah membina sebuah dapur umum (Imaret) berdekatan dengan pintu Yenishehir, dan melantik Al-Hajj Hasan sebagai sheikhnya. Al-Hajj Hasan adalah salah seorang ahli Edebali, ayah mertua kepada Osman Gazi. Orhan Gazi menjamu makanan dan menyalakan lampu dapur umum (imaret) sendiri pada hari pertamanya.
Nampaknya keluarga Osman tidak puas sekadar memberi orang makan ketika membina dapur umum ini; mereka juga telah menjaga kesihatan rohani mereka. Temujanji mereka dengan imam dapur umum baru ini sudah cukup membuktikan niat mereka. Tidak perlu dinyatakan bahawa harta juga telah dikhususkan untuk tujuan dapur umum ini.
Dalam kata lain, rakyat Osmanli ketika era pemerintahan Orhan Gazi amat makmur sehingga dikatakan hampir tiada lagi orang yang layak menerima zakat.
Anak Orhan Bey, pemerintah ke tiga pemerintahan keluarga Osmali, Murad Hudavendigar (1362-1389) telah membina dapur umum di Yenishehirdan juga sebuah zawiyya untuk para sufi yang dipanggil Pustin-Push. Beliau telah membina masjid jamek di Bilejik, dan sebuah masjid di benteng Bursa di dalam istana, berdekatan pintu pagar. Beliau telah membina dapur umum di Bursa dan madrasah di atasnya. Semuanya adalah atas rasa syukur kepada Allah yang melimpahkan kemenangan ke atas Serbia (kekalahan Serbia, 1363)
Sudah menjadi amalan Osmanli, bukan sahaja pemerintah tetapi juga sadrazams (menteri besar), menteri-menteri, beylerbeys (tuan-tuan), sanjakbeys dan juga Muslim yang hartawan berlawan-lawan untuk mewakafkan harta mereka. Ini adalah kerana mereka tahu dan percaya selagi orang ramai mendapat manfaat dari harta wakaf mereka –dikatakan setiap harta wakaf akan terus menerus berlangsung tanpa dihalang sehingga hari kebangkitan; waqfiyye mengandungi ugutan laknat Allah dan pesuruhNya ke atas orang yang cuba untuk menukar atau menghalang dan menamatkan harta wakaf – dan catatan amalan kebaikan mereka akan berterusan. Satu lagi alasan untuk mewakafkan harta adalah kerana waqif (pewakaf) telah melindungi haknya dari ditarik atau disita kerana harta wakaf tersebut tidak boleh diganggu oleh sesiapa saja. Sebaliknya, pewakaf telah menjanjikan hasil yang baik untuk keturunannya, kerana telah melantik mutawallis ke atas wakaf mereka, dan sebahagian peruntukan dalam waqfiyye (surat wakaf) adalah peruntukan upah atau gaji para mutawalli(penjaga amanah). Hasil yang terbit dari harta, kedai, rumah, kebun, padang, dan apa saja, patut dibelanjakan untuk memelihara harta wakaf, pembelian barang keperluan, dan juga membayar mutawalli dan penolongnya, pembantu dan juga fungsi-fungsi lainnya, semua yang dinyatakan dan disahkan. Sebagai contoh, satu persepuluh dari hasil tanaman dari bandar Makaja yang diwakafkan oleh Orhan Gazi adalah menjadi hak mutawalli, dan nilainya bukanlah sedikit.
Semasa era pemerintahan Osmanli, rakyat mewujudkan wakaf dan menghasilkannya untuk segala urusan dan hal untuk apa saja yang terbayang atau terfikir oleh mereka. Harta wakaf telah meliputi segala bentuk sehinggakan pada pendapat sesetengahnya, dua pertiga dari bandar Istanbul adalah harta wakaf.
.......................
Kepelbagaian harta wakaf (awqaf) ketika era pemerintahan Osmanli boleh dikatogerikan seperti berikut:
1. Masjid-masjid Jamek (di mana solat jumaat dilaksanakan), masjid-masjid (di mana solat lima waktu dilaksanakan), dan musalla-musalla di dalam negeri yang melaksanakan solat hari raya dan solat Jumaat.
2. Madrasah, sekolah, perpustakaan, zawiyya, dergahs.
3. Pancutan air, sebils (air pancut minuman), tadahan air, kolam, telaga, tasik, jalan raya yang baik.
4. Kafilah-kafilah, hospital-hospital, kuburan dalam kawasan masjid dan di luar pekan, padang rumput untuk lembu yang lemah dan kambing meragut.
5. Wakaf untuk para Haramayn ash-Sharifayn, dikhususkan untuk membantu orang kesusahan di dua kota suci dan juga untuk jemaah haji yang terkandas dan menjamu air dan sherbat (air minuman tanpa alkohol yang manis) untuk para haji.
6. Wakaf yang dikhususkan untuk lelaki yang mengajar di masjid-masjid, mengajar tafsir, hadis, fekah di dalam masjid-masjid, untuk membaca Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Delailul Khayrat di dalam masjid-masjid dan di kuburan orang-orang penting dan awliya, untuk membeli suras Nebe'dan Mulkuntuk kanak-kanak miskin dan juga hadiah wang untuk kanak-kanak yang berjaya menamatkan bacaan Quran (khatam).
7. Wakaf yang dikhususkan untuk membaca selawat di dalam masjid-masjid dan zawiyya, untuk dibelanjakan untuk lawatan dari sesetengah masjid ke Lihya-i Sa'adet (janggut Rasullillah (saw)), untuk dibelanjakan bagi tujuan membuat dan memelihara / menjaga lampu-lampu (lilin) di masjid-masjid, mencabut rumput di dinding-dinding masjid dan zawiyya.
8. Wakaf yang dikhususkan untuk menjamu kurma, buah zaitun, air kepada orang-orang mukmin di dalam masjid di bulan Ramadhan dan di hari-hari suci (untuk buka puasa).
9. Wakaf (dalam nilaian wang atau makanan) dikhususkan untuk diagih-agihkan pada orang miskin pada waktu-waktu tertentu, khususnya ketika bulan Ramadhan dan di malam Ragaib dan Berat, wakaf untuk membeli perkakasan rumah dan pakaian pengantin perempuan miskin, menganjurkan majlis pemakaman untuk simiskin dan membeli pakaian untuk kanak-kanak miskin dan janda-janda pada hari raya, wakaf (wang) khusus untuk membeli perkakasan rumah seperti kaca dan jar tembikar menggantikan yang pecah disebabkan oleh kanak-kanak dan pembantu bagi melindungi mereka dari dicela/dimarahi.
10. Wakaf untuk membantu musafir, memerdekakan hamba dan membayar kitibet yang diperlukan untuk memerdekakan hamba.
11. Wakaf untuk menulis Quran dan buku-buku agama, untuk membelinya, untuk membaiki dan mengikatnya, serta untuk rumah-rumah amal.
Sejumlah wang yang besar, kawasan-kawasan ladang yang luas, ladang-ladang dan hamba-hamba telah diperuntuk dan dikhususkan untuk semua tujuan di atas.
Mari kita perincikan sebahagian dari perkara yang memerlukan penjelasan:
1. Wakaf untuk masjid jamek dan masjid-masjid lain: Waqfiyye mereka telah menyatakan berapa ramai orang, termasuk imam, muazin, qayyums dan sebagainya, dilantik di situ, berapa upah yang akan diberi kepada mereka, berapa banyak wang yang diperuntukkan untuk memelihara dan membaik pulih bangunan, berapa upah mutawalli akan dibayar, dan sebagainya.
Musalla dan Namazgah dibina di luar kota dan di pekan-pekan untuk membolehkan para mukmin berkumpul beramai-ramai untuk mengerjakan solat hari raya. Tempat tersebut akan dijaga dan dibersihkan, menara dan mimbar akan dibina dan sejumlah hamba akan ditugaskan di situ.
Sebagai contoh satu tempat yang melaksanakannya harus diceritakan di sini. Tempat musalla di luar pekan Jizrah, berdekatan Judi di tenggara Anatolia bersempadanan dengan Iraq, pernah menarik sejumlah orang ketika era Osmanli untuk melaksanakan solat pada hari Hidrellez (masa di mana Khidir dan Ilyas bersama). Tempat ini adalah tempat tambatan dan tempat berlabuhnya kapal nabi Nuh (as). Orang Armenia mencarinya dan hanya sia-sia di Agri (Ararat), mengingatkan kepada kata-kata lucu Nasreddin Khoja: apabila orang-orang hebat ini kehilangan kunci di dalam bilik yang gelap dan mereka mencarinya di dalam bilik yang lain, yang terang. Ia adalah mudah, tetapi sia-sia, satu petunjuk kepada kelemahan dan psikologi manusia.
2. Wakaf untuk Madrasah: Para pewakaf (waqif) menyatakan dalam surat wakaf (waqfiyye) sejumlah wang yang patut dibayar kepada Muderris, berapa banyak wang-saku setiap pelajar patut diterima, sayuran dan daging jenis apa yang patut dimasak untuk setiap hidangan, berapa ramai pekerja untuk membersihkan madrasah dan untuk tujuan lain, berapa upah mereka, dan sumber-sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan ini. Madrasah pernah dipanggil mengikut jumlah yang dibayar kepada muderris: sekiranya seorang muderris dibayar 30 akchas sehari, madrasah itu akan dipanggil otuz akchali, atau otuzlu (menerima tiga puluh). Dan ia dipanggil kirkh (menerima empat puluh), effil (menerima lima puluh) dan seterusnya.
Kerajaan tidak membayar satu sen pun untuk pendidikan sehinggalah pada zaman Tanzimat (1839) menandakan bermulanya peng'Eropah'an. Para mukmin yang kaya membina madrasah-madrasah ini dan mewujudkan waqaf (kedai, bangunan, padang, kebun) untuk institusi ini.
Dalam merancang pembinaan madrasah, ia amat penting untuk memastikan pemencilannya dari dunia luar dan menyediakan suasana untuk pelajar menumpukan pelajaran mereka tanpa gangguan. Secara umumnya, bilik-bilik dibina dalam laman yang tertutup, sesetengahnya mempunyai kolam kecil ditengah-tengahnya. Setiap bilik mempunyai dandang api sendiri. Pintu bilik mengarah ke laman. Tingkap yang tinggi dan sempit mengadap jalan, hanya untuk membenarkan cahaya masuk.
Madrasah-madrasah berada dalam peringkat-peringkat akedemik yang berbeza-beza. Peringkat asas selalunya banyak termasuklah ada di kampung-kampung. Sebaliknya, madrasah Fatih Sultan Mehemmed (1451-1481) dan Kaanuni Sultan Suleyman (1520-1566) adalah diperingkat universiti dan lebih tinggi, mempunyai jabatan-jabatan yang khusus.
Fatih telah membina empat madrasah di timur masjid baginda dan empat lagi di barat masjid. Kelapan-lapan madrasah ini dipanggil sahn-i seman atau madrasah semaniye. Kesemuanya diperingkat universiti dan setiapnya mempunyai sembilan bilik. Di belakangnya terdapat lapan peringkat madrasah yang lebih rendah, yang dipanggil tetimme. Ia melatih pelajar untuk keperingkat lebih tinggi di semamiye.
Terdapat muderris (professor) di setiap madrasah sahn-i seman, setiap daripadanya dibayar 50 akchas sehari. Setiap madrasah mempunyai seorang mu'iyd (professor madya); setiap mu'iyd dibayar 5 akchas sehari. Dalam setiap bilik, pelajar menerima sebanyak 2 akchas sehari. Makanan datang dari dapur umum. Terdapat pembantu yang bertanggungjawap menjaga kebersihan dan keperluan lain.
Madrasah yang dipanggil tetimme mempunyai lebih dari seorang murid dalam satu bilik. Mereka menerima makanan juga dari dapur umum. Suleymaniyye medresesi mempunyai pengkhususan dalam matematik, perubatan dan darul hadis. Terdapat juga ahli kimia dan klinik.
Selain dari itu, terdapat madrasah yang melaksanakan pengkhususan seperti:
Darul Qurra dimana pelajarnya menghafal keseluruhan Quran dan mengkhusus kepada 'ilmil qiraet.
Darul Hadis mengkhususkan kepada kaedah-kaedah hadis dan al-Ahadithin Nabawiyya.
Wakaf perpustakaan: Termaktub dalam waqfiyye berapa banyak bayaran pustakawan akan dibayar, berapa pekerja-pekerja lain akan dibayar dan dari hasil mana ia akan mendapat sumber pendapatan untuk perbelanjaan membaiki dan memelihara bangunan dan buku-buku.
Wakaf untuk zawiyyas dan dergahs: Secara umum, pemerintah dan pegawai tinggi kerajaan akan membina institusi-institusi ini untuk ditadbir oleh ahli sufi yang terkenal. Waqfiyye menjelaskan secara terang jenis makanan yang akan dimasak dan dihidangkan, dari sumber mana pendapatan akan diterima, berapa banyak upah imam akan dibayar, dan sebagainya.
3. Pancuran Air: Mereka yang membina dan mewakafkan pancuran air, adakalanya membawa air dari tempat yang jauh, menyatakan dalam waqfiyye mereka bagaimana pancuran air ini akan diselenggara dan sekiranya memerlukan pembaikan, dan juga berapa ramai pekerja yang akan ditugaskannya.
Ada banyak wakaf untuk mengambil air tadahan, membina kolam untuk menyiram pokok buah-buahan dan kebun dan untuk menyelenggara kolam untuk kemudahan pengairan. Ada juga wakaf untuk melicin dan menyelenggara jalan raya. Adalah berbaloi untuk menyatakan Devlet-i 'Aliyye-i Osmaniyye mengecualikan beberapa ra'aya dari cukai yang diambil dari golongan bukan Islam bagi menyelenggara dan membaiki sebahagian jalan raya di kawasan mereka.
Sebagai contoh, Waqfiyye Air Suleyman yang Hebat:
Termaktub dalam Waqfiyye Air Suleyman yang Hebat, sesiapa yang membawa air minuman dari daerah Kagithane ke Istanbul, bertarikh 23 Disember 1565, "Sultan yang menghiasi negara Islam dengan dapur umum membawa air ke perbandaran Muslim, khususnya ke kawasan suci Al-Quds dan Istanbul yang dijaga, orang yang membawa perubahan kurun ke 10 (Mujaddidul Qarnil 'Ashir al-Hiffi), penegas agama dengan izin ilahi." Baginda telah menyerahkan hasil pendapatan bandar Aydos dan lima kampung bagi menyelenggara dan membaiki aliran air berdasarkan ayat dan hadis berikut:
"dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak mampu menghitungnya."
(Surah Ibrahim, 34, An-Nahl 18)
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan"
(Surah Al-Baqarah 110)
Dan:
"Bahagian kamu dari dunia ini ialah apa yang kamu makan dan gunakan, apa yang kamu sarungkan dan pakai dan apa yang kamu sedekahkan dan tinggalkan tanpa disentuh"
"Apabila anak Adam meninggal dunia, kitab amalannya akan ditutup, melainkan tiga: anak yang soleh yang mendoakannya, ilmu yang bermanfaat, dan sedekah jariah"
(Hadith Sharif)
Memandangan air yang dibekalkan ke Istanbul melalui kawasan pergunungan, lembah dan perbagai, pengairannya memerlukan penjagaan. Sekiranya hasil dari wakaf tidak mencukupi untuk tujuan tersebut, telah dinyatakan bahawa wang yang diperlukan akan diambil dari sumber wakaf Kaanuni yang lain.
Biar saya terangkan tentang wakaf yang lain pula: Nasuh Chelebi, anak kepada Ahmed, menyerahkan kebunnya kepada rakyat Karaja Focha di barat Anatolia dimana dia menjadi komander Istana. Dia menyatakan, dari hasil wakafnya, sejumlah wang yang diperlukan akan digunakan untuk membaiki dan memelihara rantai dan bakul telaga yang berhampiran dengan kebun tersebut. Telaga tersebut akan dibersihkan dari masa ke semasa. Dia menjadi mutawalli ketika hidupnya, dan menyatakan tugas tersebut akan disambung oleh anak dan cucu selepasnya. Sekira keturunannya tiada lagi, pentadbir wakaf akan melantik mutawalli yang sesuai. Hasil dari wakaf adalah sebanyak 100 akchas.
Kita ketahui ais akan digunakan di air pancur ketika hari panas di musim panas. Iaitu, ais akan diletakkan di dalam air yang diberikan di air pancur. Selain dari itu, sesetengah air pancur mempunyai wakaf yang juga mempunyai sarang lebah yang mana madunya akan dicampurkan bersama air pancur tersebut.
4. Rumah Rehat Kafilah: Kerajaan Osmanlis mengambil tradisi rumah rehat Seljuks, nenek moyang mereka. Rumah Rehat Kafilah amat kuat, bangunannya seperti sebuah istana, mudah untuk dipertahankan, memberi tempat berteduh kepada kafilah-kafilah dan para musafir yang menunggang kuda dan unta.
Ia dibina di lebuhraya yang selalu digunakan dalam jarak yang berpatutan. Kafilah boleh bergerak dari satu rumah rehat di waktu pagi dan tiba ke satu rumah rehat yang lainketika tengah hari, atau sebelum matahari terbenam. Jarak di antara dua rumah rehat adalah dalam lingkungan 22 ke 25 batu. Ia mempunyai bilik berasingan untuk tetamu, setiap satunya mempunyai pendiang, dan ruang khas untuk menyimpan makanan, dapur, kandang kuda dan unta untuk tetamu, makanan dan jerami untuk binatang, gudang untuk barang jualan, masjid, shadirvan (tangki bersambung dengan masjid untuk kegunaan berwuduk), bilik mandi, pembuat kasut untuk membaiki kasut para musafir dan membuat kasut secara percuma untuk musafir miskin dan doktor haiwan. Setiap musafir, sesiapapun mereka, tanpa mengira warganegara, bangsa atau agama, boleh menjadi tetamu wakaf selama 3 hari tanpa sebarang bayaran. Walaupun sekiranya musafir tersebut seorang hartawan, beliau tersebut tidak perlu membayar apa-apapun. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh wakaf.
Cuma sebilangan rumah rehat kafilah kecil yang tidak diwakafkan, menerima sedikit bayaran untuk menanggung perbelanjaannya. Sebaliknya, rumah penginapan atau hotel di pekan dan bandar akan mengambil bayaran perkhidmatan.
Setiap tetamu tidak dibenarkan meninggalkan rumah rehat ketika malam hari. Pada waktu pagi, pegawai akan menanyakan tetamu mereka sama ada semua barang-barang mereka dalam keadaan baik dan tiada yang hilang. Apabila mendapat jawapan tiada yang hilang, pembantu rumah rehat akan melihat mereka pergi sambil mengucapkan "Berhati-hati, jangan terima sesiapa yang kamu tidak kenali untuk bersama kamu". Tetamu kemudiannya akan mendoakan pewakaf dan berlalu pergi. Tetapi, tetamu akan diterima walaupun tiba di tengah malam oleh pembantu yang tidur di pintu, dan akan dijamukan makanan sebaik sahaja tiba.
5. Hospital-hospital: Kerajaan Osmanlis juga mengikut Seljuks dalam tradisi hospital. Hospital pertama di Osmanli era dibina oleh Yildrim Bayezid (1389-1402) di Bursa. Ia juga tempat pengajian pada masa yang sama, dalam kata lain disebut sebagai fakulti perubatan dan juga hospital latihan pada masa kini. Yang kekal adalah tembok 1 meter tinggi di Darush Shifa ini. C. Niebuhr dari Denmark yang melawat Bursa pada January 1767 mencatatkan para pesakit mental juga dirawat di hospital ini (v.III, p. 145, Tab. XII).
Hospital yang dibina di Istanbul oleh Fatih Sultan Mehemmed pada tahun 1471 sebagai sebahagian dari kulliyye mempunyai 1 ketua doktor, 1 ketua operasi dan sekitar 200 doktor-doktor, para ahli-fungsi, pembantu dan sebagainya. Pesakit-pesakit akan dijamu dengan daging ayam hutan berkaki merah dan pegar, dan sekiranya ia tiada, daging burung bulbul dan pipit akan diberikan mengikut waqfiyyenya (surat amanah). Pesakit mental akan dirawat menggunakan muzik. Diketahui ada berbagai jenis rentak dan alunan muzik yang berbeza-beza yang digunakan mengikut jenis penyakit mental tersebut.
Anak Fatih, Bayezid ke-dua menyerahkan 90 kampung, banyak kedai di Istanbul dan Edirne, dan beberapa bilik mandi awam, sebagai wakafnya untuk kulliyyenya yang dibina antara tahun 1484 dan 1488 di Edirne. Hospital, salah satu dari kulliyyenya, mempunyai 1 ketua doktor, 2 orang doktor, 2 orang pakar bedah, 2 orang doktor mata, seorang ahli kimia, 5 orang pembantu hospital, seorang tukang gunting rambut, seorang pemandi mayat, seorang setiausaha, seorang pelayan, seorang ketua pelayan, 2 orang tukang masak dan seorang pembawa surat – kesemuanya berjumlah 21 orang kakitangan. Dan hospital ini direka untuk mempunyai 50 orang pesakit. Jadi, 21 orang akan merawat 50 pesakit! Di bangunan pusat, pesakit-pesakit akan diberikan selimut sutera dan pesakit mental akan didengarkan pada lagu-lagu yang dimainkan oleh 10 ahli muzik 3 hari seminggu seperti yang diceritakan oleh musafir terkenal Evliya Celebi. Makanan pesakit dan pesakit mental akan diberi penjagaan rapi. Ahli kimia di hospital juga akan memberikan ubat-ubatan secara percuma kepada orang-orang miskin.
KuliyyeBayezid kedua merangkumi sebuah masjid, sebuah hospital, sebuah pengajian (madrasah), dapur, tempat memasak dan dapur awam telah dibina di sebuah padang rumput di tebing Sungai Tunja di Edirne. Hospital tersebut mempunyai bangunan pusat dengan 12 kubah kecil dan sebuah kubah besar di tengah-tengahnya, dan 6 bilik klinik yang mengelilingi sebuah taman kecil.
C. Niebuhr telah melawat Edirne pada Jun 1767, dan beliau mencatatkan pesakit mental juga menerima rawatan di hospital tersebut (v.III, pp. 163-164). Hospital tersebut digunakan sehingga tahun-tahun sebelum Perang Dunia Pertama, dan ia diperbaiki baru-baru ini.
Isteri Yavuz Sultan Selim, ibu kepada Suleyman yang hebat, menyerahkan sebuah wakaf di Manisa yang mula berkhidmat pada tahun 1539. Dalam kuliyye-nya terdapat sebuah dapur umum, didirikan bersebelah masjid dan tempat pengajian dengan sepuluh bilik dan sebuah kelas. Terdapat juga sebuah hospital, sebuah zawiyya untuk ahli sufi didirikan bersebelah dapur umum dan sebuah sekolah untuk kanak-kanak. Terdapat juga bilik-bilik rehat yang dinamakan tabhane, dapur, ruang makan, gudang, dangau kayu, kandang kuda dan beberapa bangunan di dalam dapur umum.
Di dalam hospital terdapat seorang ketua doktor, seorang pakar bedah, 2 orang doktor mata, seorang pakar mental, 2 orang ahli kimia, 2 orang pembantu ahli kimia, 4 orang pembantu hospital (2 orang bertugas pada siang hari dan 2 orang bertugas pada malam), seorang pentadbir, seorang setiausaha, 2 orang tukang masak dan seorang tukang basuh. Semua mereka berkhidmat untuk 20 orang pesakit sahaja!. Pes atau gula yang dinamakan Manisa Mesiri atau Mesir Macunu disediakan mengguna 40 lebih jenis herba dan rempah dan diedarkan kepada para pesakit dan orang miskin pada permulaan musim bunga. Tradisi ini masih diteruskan sehingga kini. Mereka membaling cebisan pes yang dikatakan mempunyai bahan penyembuh, dari kubah masjid yang dikenali orang ramai sebagai Sultan Camii (Masjid Sultan).
A.Thevenot menyatakan (dalam Reysen des Herrn v. Thevenots in Europa, Asia und Afric, Frankfurt 1963, II, pp. 28-29) bahawa terdapat hospital di Damascus yang dibina oleh Suleyman yang hebat. Mengikut keterangannya, institusi ini dibina untuk para jemaah dari pelbagai agama oleh pembuka bandar Rhoder kepada Islam, iaitu Sultan Suleyman. Beliau mencatatkan bahawa ia merupakan bangunan yang sangat indah dengan empat buah kubah. Ia mungkin merupakan sebuah zawiyya Sultan Suleyman di Damascus, dibina oleh ahli arkitek terkemuka Sinan.
117 kakitangan bekerja di kuliyye Hafsa Sultan:
1. Seorang mutawalli. Beliau akan menerima 50 dirhams (wang perak) sehari
2. Seorang nazir. Beliau akan menerima 10 dirham sehari.
3. Seorang setiausaha. Beliau akan menerima 6 dirham sehari. Beliau merupakan ketua setiausaha untuk wakaf.
4. Seorang setiausaha lain. Akan merekod hasil wakaf dan akan menerima 6 dirham.
5. Seorang setiausaha lain. Tugasnya merekod hasil wakaf di Urla. Beliau akan menerima 2 dirham sehari.
6. Dua orang pemungut hasil. Setiap orang akan dibayar 2 dirham sehari.
7. Tiga orang pemungut hasil dari kampung-kampung tertentu. Setiap orang akan dibayar 2 dirham sehari.
8. Seorang imam. Akan dibayar 5 dirham sehari.
9. Seorang khatib. Akan dibayar 5 dirham sehari.
10. Seorang tukang azan. Akan dibayar 2 dirham sehari.
11. Seorang muvaqqit. Akan dibayar 3 dirham sehari.
12. Sepuluh ahli hafiz. Mereka akan membaca dan khatam Al-Quran setiap minggu. Mutawalli akan membayar mereka 100 dirham seminggu sebagai perbelanjaan makanan, selain dari menerima 2 dirham setiap hari. Ketua hafiz akan menerima 3 dirham sehari.
13. Seorang meddah. Dia mestilah seorang yang memiliki suara yang merdu. Tugas beliau adalah mendendangkan qasidah dan na'ts sebagai puji-pujian kepada rasulullah, moga Allah memberkati dan merahmatinya.
14. Seorang mu'arrif. Tugasnya mendoakan Hafsa Hatun dan para mukminun ketika waktu solat. Dia akan menerima 3 dirham sehari.
15. 30 ahli hafiz. Setiap mereka akan membaca satu juz (20 mukasurat) Al-Quran di masjid selepas waktu solat zohor. Setiap mereka akan menerima 2 dirham (setiap hari khatam).
16. Sepuluh musebbih. Mereka merupakan orang yang membaca tasbih setiap hari selepas waktu zohor di masjid, untuk dihajatkan ke atas roh-roh yang ditujukan. Setiap mereka menerima 1 dirham sehari.
17. Dua orang qayyum untuk menjaga dan membersihkan kawasan. Setiap seorang menerima 2 dirham sehari.
18. Seorang qandilji. Tugas beliau menyalakan lampu masjid dan 'menidurkannya' (dalam tradisi Osmanli, terutama zawiyya, lampu tidak 'dipadamkan' sebaliknya 'ditidurkan'. Ia kemudiannya 'dibangunkan' – uyarilir). Beliau akan menerima 2 dirham sehari.
19. Seorang muderris. Beliauakan mengajar di pengajian (madrasah) setiap hari kecuali hari cuti. Beliau adalah lelaki yang tinggi ilmunya, fasih dalam 'Ulumul 'Aqliyye dan 'Ulumun Naqliyye. Beliau patut mampu menjawap soalan agama dan menyelesaikan masalah.
20. Di sana akan terdapat 10 ahli bijak pandai, baik tingkah laku, pelajar yang kuat berusaha di tempat pengajian. Setiap seorang dari mereka akan mendapat 2 dirham setiap hari.
21. Seorang penghantar untuk madrasah. Beliau akan dibayar 1 dirham setiap hari.
22. Akan terdapat seorang sheikh dengan 10 orang murid di zawiyya. 10 orang murid tersebut akan tinggal di 10 bilik zawiyya. Mereka adalah dari golongan ahli sunnah wal jamaah dan tidak dari golongan pengikut hawa dan bid'at. Mereka akan memenuhkan masa dengan beribadat. Seorang sheikh akan dibayar 10 dirham dan murid-muridnya 2 dirham sehari.
23. Seorang qayyum untuk zawiyya. Beliau akan menerima 1 dirham sehari.
24. Seorang guru untuk sekolah kanak-kanak (sibyan mektebi). Dia akan menerima 5 dirham sehari.
25. Seorang kalfa untuk sekolah. Dia akan menerima 3 dirham sehari. Orang miskin dan anak-anak yatim boleh bersekolah di sekolah ini. Setiap hari 2 dirham akan diketepikan untuk setiap orang anak yatim untuk membeli pakaian mereka pada hari raya aidil-fitri.
26. Seorang noqtaji mendapat 10 dirham sehari. Dia mestilah seorang yang amanah dan boleh dipercayai. Tugasnya ialah untuk menmeriksa kedatangan setiap pekerja pada setiap hari. Sekiranya terdapat pekerja yang tidak hadir, gaji mereka akan dipotong. Kedatangan tidak diperlukan pada hari cuti.
27. Seorang jurutera sivil. Dia akan dibayar 3 dirham sehari. Dia akan membaiki tempat yang rosak dan menyelenggara laluan air.
28. 2 orang juru-teknik untuk memeriksa laluan air di bilik mandi umum dan di pancutan air di perkampungan Kirkagac. Setiap mereka dibayar 1 dirham sehari.
29. Seorang ketua akan ditugaskan di dapur umum. Dia mestilah seorang yang baik hati, lemah lembut, berlakuan baik. Dia akan menyediakan menu dapur umum setiap hari, hadir pada masa pemberian makanan pada masa yang sesuai, menerima tetamu dengan gembira, melayan mereka mengikut kedudukan sosial mereka, dan memastikan makanan mereka diberikan tepat pada waktunya. Buah barli akan diberikan pada kuda-kuda 10 orang tetamu. Selepas 3 hari, dia akan melepaskan mereka pergi dengan senyuman. Dia tak boleh bermasam muka dengan tetamu. Dia akan memeriksa daging dan bahan-bahan masakan yang lain sebelum dimasak. Apabila masak, dia akan merasa makanan tersebut, samada ia sedap atau tidak. Dia perlu melaporkan sebarang masalah berkenaan petugaskepada mutawalli, kadang-kala termasukcadangan penukarannya. Dia perlu mengajar para pekerja tentang perilaku yang baik. Setiap mereka yang bekerja di dapur umum perlu menjalankan arahan yang dikeluarkannya dengan baik. Beliau akan menerima 10 dirham sehari.
30. Seorang kepala pelayan akan menerima 3 dirham sehari.
31. Dua orang qayyum untuk dapur umum. Mereka haruslah seorang yang baik dan muslim yang bertanggungjawap. Tugas mereka adalah membahagi dan memberikan makanan kepada setiap tetamu.
32. Dua orang ferrash. Tugas mereka adalah menghampar dan melipat tutup meja di dapur umum dan membantu tugas-tugas lain.
33. Seorang pembantu bilik air (tandas). Dia akan memastikan baldi yang digunakan di tandas dan di tempat wuduk adalah baldi yang berbeza, bersih dan kemas. Dia akan menerima 3 dirham sehari.
34. 2 orang pakar tukang masak. Setiap mereka akan dibayar 5 dirham sehari.
35. 2 orang pembantu tukang masak. Setiap mereka akan dibayar 2 dirham sehari.
36. Seorang pelayan, dengan 4 dirham sehari.
37. 2 orang pembuat roti. Setiap mereka akan dibayar 4 dirham sehari.
38. Seorang pegawai gudang. Dia akan dibayar 2 dirham sehari.
39. Seorang penghantar surat. Dia akan dibayar 3 dirham sehari.
40. Seorang penguli tepung. Tugas beliau adalah menguli gandum yang akan dimasukkan dalam setiap makanan. Dia akan dibayar 2 dirham sehari.
41. Seorang pengisar gandum di kilang. Beliau akan dibayar 4 dirham sehari.
Hafsa Hatun menyatakan dalam kertas waqfiyyenya keperluan untuk menukar pekerja yang tidak bekerja dengan baik. Pekerja-pekerja tersebut boleh ditukarkan oleh mutawalli, tetapi penukaran jawatan lain seperti Imam dan Muazin hanya boleh dengan kebenaran Kadi. Hafsa Hatun menyatakan bahawa 2 kali dalam sehari, pada pagi dan selepas tengahari, makanan akan disediakan kepada orang miskin, tetamu di zawiyya, pelawat Syed (keturunan nabi Muhammad (saw), ulama dan soleha. Sipahis (petugas tentera berkuda tempatan), para petugas dan mereka yang bekerja di situ tidak boleh dikatogerikan sebagai tetamu di dapur umum, kerana mereka telah menerima bayaran dan tidak perlu dibantu.
Untuk membiayai setiap perkara di atas, Hafsa Sultan menyerah perkara berikut untuk wakaf beliau:
Bandar Urla berdekatan Izmir, hasil pendapatan 13 kampung, sedikit hasil cukai tempatan, beberapa kedai di bandar Sobije, hasil pendapatan dari tempat mandi umum di Manisa berdekatan Istana Sultan Suleyman, 3 buah kampung di Manisa, kilang di bandar Korele dan sebuah hutan berdekatan Manisa.
Osman Nuri Ergin, penulis terpelajar, menulis tentang kuliyye yang merangkumi masjid, tempat pengajian, hospital, restoran, rumah tetamu, makam, istana dan juga menara masjid yang juga dipanggil dapur umum. Sebagai satu contoh terbaik, ialah satu darinya yang dibina dan diserahkan oleh Mihirishah Valide Sultan, isteri kepada Sultan Mustafa III dan ibu kepada Sultan Selim III di dalam bandar Ayyub Sultan dalam daerah Istanbul. Dapur umum ini dan kuliyye telah digunakan pada tahun 1208/1793 dan masih berterusan berkhidmat untuk rakyat.
Apabila pesuruh Allah (saw), berhijrah ke Madinah al-Munawwara, baginda adalah tetamu kepada Abu Ayyub Khalid ibnu Zayd Al-Ansari (ra). Abu Ayyub menyertai peperangan pada 50H/670M ke Konstantinapole (Istanbul), dimana beliau telah mati syahid dan dikebumikan di luar tembok kota. Para Orientalis memanggil beliau sebagai askar arab. Pada orang Turki, beliau adalah Eyub (Ayyub dalam bahasa Turki) seorang Sultan. Apabila Sultan Osmanli Sultan Fatih Mehemmed membuka kota Konstantinapole (Istanbul) kepada Islam, baginda sultan telah meminta ketua rohani Akshemseddin (ra) menentukan tapak pengkebumian tersebut pada tahun 857H/1453M, dan telah ditentukan di kawasan perjalanan mukishefe. Tapak perkuburan dan sebuah masjid telah dibina dan dinamakan sempena Abu Ayyub oleh Fatih, dan daerah tersebut dinamakan 'Eyup'. Tapak perkuburan ini dilawati oleh Sultan Osmanli yang baru dilantik dan upacara pemasyuran (julus merasimi) dilaksanakan di sana, penganugerahan pedang Islam di hadapan para sahabat dan mujahid. Sultan, perdana menteri atau menteri, yang keluar atas nama jihad (tentera diraja), akan pertamanya menziarahi kuburan Abu Ayyub. Sehingga kini, kanak-kanak yang akan berkhatan, dan pasangan yang baru berkahwin akan datang menziarahi kubur beliau
Permaisuri yang dermawan ini telah membina dapur umum di kawasan Eyup Sultanini.
6. Wakaf Haramayn:Hasil pendapatan dari jenis wakaf ini disalurkan kepada orang miskin di kedua kota suci Makkah al-Mukarrama dan Madinah al-Munawwara, kepada mereka yang terkandas dalam perjalanan ke atau dari urusan Haji, dan untuk memberikan minuman pada para haji dan sherbet (minuman manis tanpa alkohol). Difahamkan jenis wakaf ini adalah suatu perkara biasa pada era Osmanli. Mari kita nyatakan 2 darinya di sini:
- Ketika dikepung oleh pasukan musuh di Kanitza pada tahun 1601, Tiryaki Hasan Pasha menaikkan semangat tentera-tenteranya dengan menyatakan "Kanije dan seluruh tanah sekelilingnya adalah tanah wakaf untuk Madinah al-Munawwara, jadi Allah tidak akan membenarkannya jatuh ke tangan kafir." Kanitza merupakan kawasan yang terletak di tengah-tengah Eropah, ini bermakna, Osmanli juga telah membuat wakaf di sana, bahkan di mana saja mereka berkuasa.
- Oleh kerana Fatih telah merobohkan empayar Rom Timur (Byzantine), baginda tidak pernah dimaafkan oleh para orientalis apatah lagi dijadikan tajuk kajian penyelidikan mereka. Tetapi menjadi sesuatu yang lebih besar dari umur kebijaksanaannya (baginda mengetahui 6 jenis bahasa dan merupakan seorang penyajak yang bijak dan terpelajar), para orientalis kadang kala menyandarkan kepada beliau, dengan berpura-pura mengatakan ibunya beragama Kristian bernama Mara, Stella atau sebagainya. Sebaliknya, ibu baginda merupakan dari keturunan Jandaroglu Beglik dari wilayah Kastamonu di Anatolia, dan nama ibunya adalah Halime Huma Hatun. Halime anak kepada Ibrahim Bey. Apabila ibunya berkahwin dengan bapanya, Murad ke-2 dalam tahun 1424, dia telah menggunakan hamam (tempat mandi awam) dalam perjalanannya ke rumah suaminya. Hamam ini dinamakan gelin hamami (Hamam Pengantin) terletak di kampung Chayirjik berdekatan pekan Devrekani, dalam daerah kota Kastamonu. Pada setiap bulan May, orang ramai akan meraikan peristiwa ini.
Hasil dari hamam ini disalurkan kepada wakaf Haramayn. Orang ramai menggunakannya berabad-abad, dan wang yang dibayar pergi ke tempat yang disalurkan.
...........................
Pendek kata, seperti yang dinyatakan oleh Ibrahim Hakki, "Orang Muslim Turki telah menyerahkan wakaf dalam segala bentuk untuk keperluan manusia; ia mengambil masa yang lama untuk menceritakan setiap persatunya dan akan mengambil berbuku-buku untuk menerangkannya."
Mereka memperuntukkan wakaf untuk para janda, gadis-gadis miskin untuk membeli pakaian pengantin, untuk para musafir, untuk upacara pengkebumian para miskin dan orang tanpa waris, untuk para hamba, untuk memberi makan burung di musim sejuk dimana ia tidak dapat mencari makanan di dalam salji, memperuntukkan pengasuh untuk kanak-kanak bagi ibu yang bekerja, menjaga para miskin dan anak-anak yatim, juga untuk pelajaran mereka, memberi gantian bagi balang yang dipecahkan oleh anak-anak atau pembantu, dan melitupi lendir di atas jalan dengan debu-debu. Lelaki dibayar oleh kul vakfi (wakaf abu) untuk menjaga jalan, jalan raya dan lorong di dalam bandar dan pekan, mengikut ketetapan tugas yang diberikan. Apabila mereka melihat orang meludah air liur atau kahak, tanpa mengatakan sesuatu kepada orang tersebut, mereka akan melitupinya dengan abu yang dibawa di dalam beg sandang yang digantung di atas bahu mereka yang diambil menggunakan penyodok kayu.
Waqif akan membina sesuatu yang indah untuk burung-burung di tembok-tembok masjid dan bangunan-bagunan lain. Murseli Aga yang tertentu telah memperuntukkan wakaf di Odemish, barat Anatolia, kepada burung-burung bangau yang tertinggal kawanannya akibat sakit dan sebagainya. Dia memperuntukkan hasil wakaf ini untuk memberi makan burung di hati, paru-paru dan babatnya. Setengah wakif memperuntukkan hasil wakaf mereka kepada burung yang datang ke pekan atau bandar ketika musim sejuk untuk mencari makan. Ramai yang meletakkan bekas kecil di atas kubur mereka untuk memberi minum kepada burung-burung.
Bagi menutup topik ini, mari kita menyentuh tentang sadaka tashlari (batu/tiang untuk si-miskin). Sadaka tasi adalah merupakan batu atau tiang setinggi satu setengah meter dengan permukaan licin atau berpahat di atasnya. Untuk bersedekah, orang ramai akan meletakkan wang atau barang sedekah di atasnya. Selepas waktu Isha, ketika semua orang pulang ke rumah masing-masing, sesiapa yang memerlukan boleh datang dan mengambil wang sedekah tersebut tanpa perlu risau tentang maruah dirinya, tanpa perlu bersama mengambilnya dan tanpa perlu diketahui oleh orang lain. Sesetengah sadaqa tasi mempunyai penutup atau bumbung untuk tidak memperlihatkan siapa yang meletakkan wang atau mengambilnya.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment