Sunday, February 27, 2011

RG09... Isteri solehah

Bagi yang kurang mengikuti perkembangan politik tanah air, daripada aspek fizikal, di Kerdau sekali imbas seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang bertanding di DUN tersebut.

NONESelain dibanjiri warna biru dan hijau bendera parti berbanding – BN dan PAS – kebanyakan poster yang menunjukkan wajah Najib dan calon Pakatan Rakyat Hassanuddin Salim sahaja ditampal di sekitar kawasan seluas 273.27 km persegi itu.

Tinjaun Malaysiakini di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur – hari ini mendapati amat sedikit gambar calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad ditampal.

Perkara ini menimbulkan persoalan sama ada benar pandangan sesetengah pihak yang melihat keputusan dalam pilihan raya Kerdau sebagai referendum kepada pemerintahan Najib – anak jati negeri Datuk Bahaman itu?

najib visit kerdau 270211 02Atau ia sekadar bermaksud BN perlu bergantung sepenuhnya kepada Najib untuk mengekalkan penguasaan di DUN itu yang dimenangi secara turun-temurun.

Tetapi, sejauh mana kepentingan Kerdau kepada Najib sendiri? Menilai tindakan presiden Umno itu, Najib kelihatan lebih berhati-hati kali ini berbanding sebelumnya pengalaman sebelumnya di 14 pilihan raya kecil selepas Mac 2008.

Rosmah naik helikopter

Kali ini, walaupun kempen baru masuk hari kedua, Najib dilihat memecut awal dan mahu memenangi hati 8,999 penduduk di kawasan itu apabila bertungkus-lumus menghadiri pelbagai program dan lawatan di DUN itu - yang dibaca sebagai kempen pilihan raya – sejak daripada awal pagi.

rosmah mansor singingMalah isterinya Rosmah Mansor yang jarang-jarang turun berkempen juga mengiringinya ke kawasan 3+1 yang secara tradisinya merupakan sebagai kubu kuat BN.

Rosmah juga mengakui, oleh kerana Pahang merupakan negeri perdana menteri, beliau terpaksa turun ke kawasan itu walaupun penat dan berpeluh-peluh baru pulang daripada menemai Najib menghadiri program di Labuan jam dua pagi tadi.

"Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.'

najib visit kerdau 270211 04"Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini," kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi tadi.

Hari ini sahaja, sejak 9.30 pagi tadi hingga enam jam sesudahnya, Najib menghabiskan masa di enam kawasan, termasuklah Jengka 23, Jengka 22, Kampung Baru Sarwar, Jengka 25 dan daerah mengundi Kerdau.

Selain bertemu pengundi di tiga lubuk BN di Felda, beliau turut membawa khabar gembira, antaranya mengumumkan bahawa Felda memberikan pertimbangan khas kepada 7,800 peneroka berhubung "bayaran CESS" dan bayaran balik tanaman semula dari getah kepada kelapa sawit.

Hanya keajaiban mampu menangkan PAS

Manakala beliau juga merasmikan pemnbinaan kemudahan kepada rakyat – yang dikritik pembangkang sebagai "projek memancing undi" - seperti dewan jalur lebar dan gelanggang futsal di kawasan dengan 3,031 pengundi atau satu pertiga daripada keseluruhan yang layak memilih.

NONEJusteru selain pertembungan bagi menilai sokongan Melayu sama ada terus setia kepada BN, ia juga menjadi seakan persaingan peribadi Najib bagi memastikan dirinya tidak dilukai di rumah sendiri.

Pemerhati politik berpendapat, kecuali keajaiban, PAS tetap akan tewas di DUN tersebut. Bagaimanapun, dilihat daripada nada parti Islam itu, termasuk dari mulut calonnya sendiri, mengurangkan jumlah majoriti BN sudah boleh dikira sebagai kejayaan yang besar.

"Sebenarnya kita berhasrat mengambil alih Kerdau. Tetapi berdasarkan mood rakyat dan penggunaan jentera kerajaan yang keterlaluan, saya kira perkara ini agak sukar dilakukan.

NONE"(Justeru) paling tidak, saya kata kita nak kurangkan majoriti Umno, kita yakin kalau ini berlalu akan memberikan signal (tanda) bahawa dalam pilihan raya kecil ke-13, Pakatan akan mengambil alih pemerintahan Pahang," kata Hassanuddin kepada Malaysiakini semalam.

Mungkin menyedari siapa lawannya, tidak hairanlah PAS dalam ceramahnya malam tadi banyak memainkan isu nasional – seperti janji bersama Pakatan dalam Buku Jingga – daripada menyentuh banyak isu-isu tempatan.

Dalam pilihan raya umum lalu, Hassanuddin tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kasim dengan majoriti 1,616 undi – peningkatan hampir seribu undi daripada pilihan raya empat tahun sebelumnya.
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli




No comments:

Post a Comment