Tuesday, April 19, 2011

Re: RG09... Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam

 

tak kena selera diorang jadi wahabi la.......

2011/4/20 izwanum abdulwahid <pedu_00@yahoo.com>
 

saya tak berapa faham statement begini,
jika orangnya dikatakan sesat dan tak betul,
kenapa pulak statement yang dia buat dikatakan betul?
kita kena tegas dalam hal salah atau tidak salah ni



From: DrIsmail Kassim <drismailkassim@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, April 19, 2011 6:16:59 PM
Subject: Re: RG09... Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam

 

Hadis-hadis di bawah semua adalah Ok, Tapi yang tukang mengajarnya adalah Kuncu Wahabi Yang Kuat di Malaysia.

Mereka ini akan menghancurkan Aqeedah Umat Malaysia, Saya pernah berjumpa dengan beberapa Alim Ulama JAKIM - JAIS - MAIWP mereka mengatakan - Penangkapan Dr Asri dahulu banyak berkaitan dia mengutuk Sunnah dan Qasidah Mawlid Nabi SAW - Dan ketahuilah Wahabi adalah didikan Syaitan dan Orang Wahabi yang mengatakan Insan Agung Nabi Muhamad (SAW) - adalah orang yang Biasa , Nabi SAW Yang telah di beri peluang melihat Allah SWT dalam perjalanan ISraa dan Miraaj di perkecilkan.
Bahaya wahabi- sila layar You Tube dan perhati BAHAYA WAHABI di Malaysia dan Seluruh Dunia.

2011/4/18 Mohammad zahid <mzahid.ag@gmail.com>
 

Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam

Disiarkan pada Apr 11, 2011 dalam kategori Komen & Pendapat |

AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AJARAN ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

 

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang 'berlebihan'dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

 

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)

"Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..".

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.

berkabung2.jpg

- Gambar Hiasan

2. Hadis Nabi s.a.w:

"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

"Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: "Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari".

3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, 'Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal 'Umar bin 'Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi'in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!




--
Dr Ismail Bin Hj Kassim 





--
Ahmad Alkashah Bin Kamis
enterprise team
celcom contact center
mc site.

Salam bahagia
have Fun..
______________________________________________________________________________________________________________________________


DISCLAIMER

Contents are specifically for enjoyment and materials come from various sources, none of which I claim as my property. If any belongs to you, please consider it an honor that the content was worthy enough to be shared. Any resemblance to real persons, living or dead is purely coincidental. This is not an offer to sell securities. Sealed for your protection, do not read if safety seal is broken. Read only with proper ventilation. Smoking this article could be hazardous to your health. Disclaimer does not cover misuse, accident, lightning, flood, tornado, tsunami, volcanic eruption, earthquake, hurricanes and other Acts of God, neglect, damage from improper reading, incorrect line voltage, improper or unauthorized reading, broken antenna or marred cabinet, missing or altered serial numbers, electromagnetic radiation from nuclear blasts, sonic boom vibrations, customer adjustments that are not covered in this list, and incidents owing to an airplane crash, ship sinking or taking on water, motor vehicle crashing, dropping the item, falling rocks, leaky roof, broken glass, mud slides, forest fire, or projectile (which can include, but not be limited to, arrows, bullets, shot, BB's, shrapnel, lasers, napalm, torpedoes, or emissions of X-rays, Alpha, Beta and Gamma rays, knives, stones, etc.). Other restrictions may apply.No copyright infringement intended!. If any material is not appealing to you, do *DELETE* immediately.

This supersedes all previous notices.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment