Tuesday, April 19, 2011

Re: RG09... Fw: Keputusan penuh p'raya negeri Sarawak [AX-1303176275210]

 

Saya hanya sekadar memberikan contoh bagaimana perjuang kaum itu akan kemana-mana, ini pernah berlaku di Sabah bila PBS memperjuangkan kaum Kadazan-Dusun tapi akhirnya menjadi harimau tanpa taring dan kuku akibatnya nasib bangsa kadazan dusun menjadi sinonim dengan lagu "anak kecil main api". Saya juga setuju dengan pandangan shahir berhubung dengan kesesuai strategi dan keperluan sesuatu kaum yang harus menjadi agenda pemimpin bukannya kepentingan peribadi. Tapi amat sukar untuk mencari pemimpin yang dimaksudkan lantaran fitnah dan isu perkaum sering dijadikan rentak tari dalam politik.

 

 


From: "shahir74@yahoo.com" <shahir74@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 19 April 2011 20:32:55
Subject: Re: RG09... Fw: Keputusan penuh p'raya negeri Sarawak [AX-1303176275210]

 

Bangsa Arab yg tumbang bukan pasal politik memperjuangkan bangsa, tapi pasal campurtangan kuasa luar seperti US dan Britain. Negara2 lain selain Arab pun mengamalkan politik yang sama, tapi ok je.
Lagipun situasi Malaysia yg pelbagai kaum ialah unik dan tak terdapat di negara2 lain di dunia ni. So, perbandingan yg dibuat adalah tak sesuai.
Pemimpin yang baik sepatutnya boleh baca apa yg perlu dibuat. Kita dah 53 tahun merdeka. Tapi nampaknya masing2 tak boleh nak guna approach yg sesuai. Mungkin masing2 ada kepentingan dgn strategi yg digunakan sekarang, yg mana kelihatan lebih kepada kepentingan peribadi berbanding dgn kepentingan rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 19 Apr 2011 19:19:40 +0800 (SGT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Fw: Keputusan penuh p'raya negeri Sarawak [AX-1303176275210]

 

Hujah kamu berkenaan menipisnya sokongan Melayu kepada PAS memang ada benarnya, jika dibandingkan orang Melayu Islam yang benar-benar menghayati Islam jumlahnya mungkin hanya 1 daripada 70 orang. Keadaan ini jelas jika dilihat sekeliling kita tak perlu pergi jauh-jauh sampai kat Sarawak. Atas sebab itulah sokongan terhadap PAS dari orang Melayu memang kurang. Bagaimanapun hujah kamu terhadap sokongan orang cina kepada DAP agak keterlaluan dan tiada asas yang kukuh untuk menyokongnya. Selama ini masyarakat cina memberikan sokongan kepada MCA dan kini beralih arah kepada DAP yang sebenarnya bukanlah 110% parti cina hanya kebetulan majoritinya cina. Jika dilihat pada nama DAP tiada langsung perkataan cina berbanding MCA, Melayu pada UMNO, dan India pada MIC. Perjuangan untuk bangsa tidak akan kemana dan sudah banyak terbukti bagaimana sesuatu bangsa itu tidak akan kekal melainkan hanya dendam kepada bangsa yang akan terus membara.
 
Bangsa Arab, Palestine, dan banyak lagi bangsa di dunia arab satu persatu tumbang kerana sikap memartabatkan bangsa berbanding agama Islam itu sendiri. Jika bangsa-bangsa arab bersatu atas nama Islam sudah lama Yahudi dan Israel dihalau dari semenanjung Gaza.


From: Megat <megat@meinhardt.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 19 April 2011 14:44:48
Subject: Re: RG09... Fw: Keputusan penuh p'raya negeri Sarawak [AX-1303176275210]

 

Orang macam kamu nilah yang membuat DAP menang dgn selesa nya dan orang macam kamu ini jugalah membuat kan parti PAS kalah teruk lagi. Melalui sokongan kamu yang membuta tuli terhadap DAP dan kata2 kamu yang membacking DAP maka makin ramai lagi lah orang islam menjauhi PAS am nya..
ingat!!! zaman kemuncak tsunami politik Sarawak baru saja berlalu. Namun BN masih menang lebih 2/3!
Manakala zaman kemuncak tsunami politik di semenanjung sudah lama berlalu. keputusan Sokongan rakyat terhadap PR pada tsunami politik pru ke-12 dulu  kini sudah mula berubah sedikit.
Yang dilihat sekarang di semenanjung dimana sebilangan rakyat yang dulunya menyokong PR kini sebilangannya sudah berubah arah. Maka untuk merampas kerajaan dari BN untuk PRU ke -13 nanti memang sukar untuk PR. Jika kita lihat sekarang walaupun hampir majoriti kaum cina menyokong PKR dan DAP namun sebahagian besar orang islam semakin menyisih dari PAS, PKR dan DAP. Yang ada cuma segelintir sahaja seperti encik mohd Yusof ini.
Yang paling ketara sokongan rakyat terhadap PKR dan PAS sudah mula menipis. yang bertambah hanya sokongan terhadap DAP. ini kerana orang cina melihat didalam PR bahawa DAP lah leader nya. Bukan PAS dan bukan PKR. PAS tidak mempunyai taring langsung dalam PR. Malah PAS hanya digunakan untuk cita2 kemenangan kuasa DAP sahaja dan itu yang dilihat oleh kaum cina. Bagi orang cina melalui PR sahaja mereka berjaya merubah malaysia menjadi lebih sekular. senang cerita melalui PR sahaja mereka boleh membentuk malaysia bukan menjadi negara islam. Senang cerita mereka hendak jadi sejibik seperti di Singapura. Bukan contoh dari segi ekonomi singapura tetapi hak2 sudah tidak wujud lagi untuk kaum tertentu dan agama tertentu. Senang cerita lagi tiada lagi kelebihan untuk islam dan melayu.
 
 
 
 
----- Original Message -----
From: Mohd Yusof
Sent: Tuesday, April 19, 2011 12:39 PM
Subject: Re: RG09... Fw: Keputusan penuh p'raya negeri Sarawak [AX-1303176275210]

 

Assalamu'alaikum warga Respeks

                       Suka ke kalau DAP ngan MCA memerintah...tengok apa jadi nanti?
                       Ckp senang tapi kalau dah rasa baru tau..~ Ishak Tasman


Perbetulkan dulu satement anda sebelum mengajak orang berbicara soal politik -- anda sebenarnya telah hilang fokus terhadap realiti semasa. 

                        DAP dah berjaya memperbodohkan pengundi dan pemimpin PAS. ~ Megat

Komposisi kaum bumiputra di Sarawak adalah jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan penduduk di Semenanjung. Maka sudah pasti isu para pengundi Islam dan kaum Cina bukan faktor utama menyebabkan kemenangan DAP di sana.

Ironinya jika statistik yang serupa terhadap faktor kemenangan PKR juga diambilkira, maka akan tergambar di sini bahawa para pengundi dan pemimpin BN pula yang diperbodohkan oleh PKR!

Oleh itu jangan bersedih lagi, Encik Megat! Tunggulah pada PRU 13 yang diramalkan dalam bulan Jun 2011... Maka akan terbayanglah nanti, bahawa anda bakal menjadi raja lawak pertama membuat saya ketawa terbahak-bahak dan melompat kegirangan! BN sapu bersih semua kerusi -- sebab DAP gagal memperbodohkan pengundi dan pemimpin PAS...

PS. Saya merasa hairan bin ajaib bila pemimpin PAS diperbodohkan oleh DAP? Siapakah agaknya (pemimpin PAS) yang telah merugikan penganut Islam dan bangsa Melayu? Saya rasa anda ini sedang mengigau di siang hari?

From: Megat <megat@meinhardt.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, April 19, 2011 9:46:17 AM
Subject: Re: RG09... Fw: Keputusan penuh p'raya negeri Sarawak [AX-1303176275210]

 

Yang menang bergaya adalah parti yang menolak betul2 islam yang penuh dgn sikap kecinaannya.

Itupun masih lgi orang islam dalam pembangkang berbangga dan gembira dgn kemenangan DAP.
alangkah sedihnya.. alahai..
DAP dah berjaya memperbodohkan pengundi dan pemimpin PAS.
Nampak gayanya sejarah permusuhan kaum akan berulang kembali seperti dulu.
Dah ketara sgt sekarang ni. Berhati2lah penganut agama islamku dan dan berjaga2 lah bangsa melayuku..
jangan terpedaya dgn hasutan agama dan kaum lain semata2 ingin menjatuhkan kerajaan sekarang.
Awas!! kelak kita yang menyesal..
 
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, April 19, 2011 8:34 AM
Subject: Re: RG09... Fw: Keputusan penuh p'raya negeri Sarawak [AX-1303176275210]

 Suka ke kalau DAP ngan MCA memerintah...tengok apa jadi nanti?

Ckp senang tapi kalau dah rasa baru tau..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment