Friday, April 8, 2011

Re: RG09... Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar

 

Pandangan saja...
 
1. Kemungkinan ianya satu kemalangan kerana menyangka yang ditumbuk adalah pelajar yang menyerangnya. Lain kali kalau nak lerai sembur dengan air dari jauh atau guna galah panjang bedal kaki diorang.
 
2. Cikgu sekarang pun tak macam cikgu dulu-dulu yang memang nampak krediblity keguruannya kerana memang memilih kerjaya guru untuk mendidik anak bangsa. Bukan semua tetapi ramai sekarang jadi guru sebab dah tak der kerja lain bukan betul-betul minat nak mendidik anak bangsa. Ramai guru tak menunjukkan peribadi guru / pendidik.
 
3. Cikgu sekarang terlalu banyak beban tugas. Tak sempat nak beri perhatian pada murid-murid begitu juga murid-murid pun tension dengan sistem pelajaran sekarang. Akibatnya dua: Diorang ponteng sebab tak dapat mengikuti sistem pelajaran atau ponteng kerana nakal / anasir jahat sekarang.
 
4. Sekarang macam-macam 'jalan berhutang' yang dibukakan oleh kerajaan dan swasta. Ada cikgu yang dah mencukupi 'take home pay'nya lalu buka tuisyen atau joint syarikat tusyen atau tbuh syarikat tusyen. Kat sekolah pun asyik nak menghabiskan kerja-kerja berkaitan tuisyen sebab dapat tambahan pendapatan.
 
5. Sepatutnya Doktor dan Guru diberi kenaikan pangkat dengan tidak perlu menduduki PTK supaya diorang dapat concentrate mengajar bukan sibuk belajar sebab nak ambil PTK. Diorang dah ada degree dah...atau setidak-tidaknya permudahkan PTK diorang. Ni nak suruh belajar G.O. tu kerja PTD dan yang seangkatan...
 


From: ISMAIL MOHD YUSOF <salimbest83@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 8 April 2011 7:42:50
Subject: Re: RG09... Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar

 

bdk2 la byk dah yg dh terlebih ajar..
mmg xder rsa nak hormat langsung kat cikgu2..




From: SYuN <syamsyun@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, April 7, 2011 10:18:58 PM
Subject: RG09... Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar

 

 Guru retak hidung ditumbuk murid tingkatan dua sebuah sekolah di Kangar

KANGAR 7 April - Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia Online


KORANG RASA, 
APA TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL KEPADA PELAJAR SAMSENG NI ?
KES SEBELUM NI, CIKGU PUKUL PELAJAR SAMPAI MATI, 
TERBARU NI PLAK, PELAJAR TUMBUK CIKGU SAMPAI PATAH HIDUNG !! 
APA NAK JADI DUNIA LA NI....


--
Posted By SYuN to SYAMSYUN84 at 4/07/2011 10:18:00 PM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment