Tuesday, April 5, 2011

Re: RG09... MCA mahu Kelantan kembali ke era jahiliah

 

Haaaaa tu dia ................ kemana perginya para pecacai Umno yang
kononnya mempertahankan Agama , ni ha sampai geng sekapal Umno dah
menghina Islam ko orang dok tunggu apa lagi ........ kalau PAS hampa kata
bersekongkol dengan kafir ...ni hampa Umno bersekongkol@bersekodeng dengan
apa yeeeeee ...............,,, siannn UMnoooooo tunggul reputt ...........



\\\\////
/ \
I \\ // I
( (.) (.) )
- -o00o- - (_)- -o00o- - - - -^^^^
Thank and best regards
Othman Mat ALi
Manufacturing Department
- -ooo0- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
( ) 0ooo
\ ( ( )
\_ ) ) /
(_ /



From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>

To: respeks_group@yahoogroups.com, mahligai@yahoogroups.com, melayucyber@yahoogroups.com,
melayu-trade@yahoogroups.com, hidayahnet@yahoogroups.com, tipah@yahoogroups.com,
uitm-melaka@yahoogroups.com

Date: 04/05/2011 10:13 AM

Subject: RG09... MCA mahu Kelantan kembali ke era jahiliah

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com









MCA mahu Kelantan kembali ke era jahiliah

Harakahdaily

KOTA BHARU, 4 April: Kehidupan rakyat Kelantan akan kembali ke zaman jahiliah sekiranya MCA berjaya dalam kes
saman berhubung larangan menjual tiket loteri di negeri ini.


"Apa kata sekiranya MCA berjaya dalam kes di atas, kemungkinan besar mereka juga boleh membangkit isu hak rakyat
untuk berhibur seperti kelab malam, disko, rumah urut dan pelbagai pusat hiburan seperti di bandar-bandar besar
di pantai barat.


"Ini bermakna kita membenarkan pelbagai kegiatan haram dan aktiviti gejala sosial dibolehkan," kata anggota Exco
kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.


Media hari ini melaporkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bercadang membawa isu larangan menjual tiket
loteri ke mahkamah selepas kerajaan Kelantan tetap mengharamnya.


Sebelum ini Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang Negeri
mengkaji kemungkinan wujud percanggahan dengan perlembagaan ekoran larangan kerajaan Kelantan terhadap penjualan
tiket loteri.


Selepas kajian dibuat, kerajaan negeri minggu lepas mengumumkan tidak berlaku percanggahan dengan perlembagaan
persekutuan terhadap larangan tersebut.


Sejak 1990 Kelantan melarang semua kegiatan perjuadian memandangkan ia mendatang kesan negetif kepada kehidupan
rakyat.


Anuar yang juga Adun Kota Lama berkata, rakyat Kelantan harus berwaspada dengan senario kemungkinan kes tersebut
dimenangi MCA.


"Maka pelbagai perjudian seperti TOTO, 4 Digit, Big Sweeps dan sebagainya akan tumbuh secara berleluasa di
Kelantan seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.


"Ini kerana undang-undang Persekutuan meluluskan lesen perjudian tersebut dan kerajaan negeri tiada hak
menghalang aktiviti judi di kalangan rakyatnya," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.


Sedangkan, kata beliau rakyat Kelantan berbilang kaum sejak 1990 hidup dalam suasana harmonis dan mempunyai
nilai-nilai moral tinggi.


"Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyekat kegiatan ada unsur-unsur negatif yang boleh meracuni anak cucu
kita.


"Saya menyeru kepada alim ulama mengadakan solat hajat perdana bagi memohon pertolongan Allah SWT memberi
kemenangan kepada kerajaan Kelantan dalam mempertahankan pengharaman judi," katanya.


Beliau juga meminta tokoh-tokoh agama lain memberi sokongan moral kerana semua agama mengharamkan kegiatan
perjudian.






--
Kedai Online : Halawah Shop
Laman web : Susu kambing hi goat
Berminat untuk jadi ahli : Sila ke web : Daftar ahli



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment