Monday, April 11, 2011

Re: RG09... Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM13,000

 

ni KISAH 2006 LA ... dah closed case dah ... hahahahahahahahahhahaahha

2011/4/11 abu hassan <hassanisma5485@yahoo.com>
 

Melampau ni. Memang spesis penipu punya pekedai.
 
--- On Mon, 4/11/11, rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg> wrote:

From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
Subject: RG09... Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM13,000
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, April 11, 2011, 3:12 AM

 
 
 
 
Saya selalu sangat dengar kes macam ni berlaku di Temerloh.
Tak habis2 kisah patin ni.. Suatu masa dulu pada tahun 2006
jualan ikan patin terjejas teruk sebab kecoh ikan patin diberi
makan babi rebus. Ni penjual makanan buat hal pulak...
Takde tanda harga ke?
 
 

BERNAMA.COM

utama » berita

 

11 April, 2011 17:15 PM

Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM13,000

TEMERLOH, 11 April (Bernama) -- Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260. "Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah

Temerloh. Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya. Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

 

-- BERNAMA

 
 
HARIAN METRO 17 Januari 2006

Edisi Nasional : Sungai di Pahang 'samak' patin babi rebus
Oleh Manan Samad dan Mazlan Hasan

BATU GAJAH: Sebahagian ikan air tawar, termasuk patin, tilapia dan keli Afrika yang diternak dengan memberi makan daging babi rebus dan najis haiwan di beberapa lombong di negeri ini dihantar ke Pahang untuk proses `mencuci' di sungai bagi menghilangkan baunya. Ikan itu diternak di sungai mengikut tempoh tertentu sebelum dipasarkan ke restoran ikan sungai di negeri itu.

Maklumat terbaru itu diperoleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Jamry Sury, selepas beliau melawat tiga kawasan kolam ternakan ikan yang dikenal pasti terbabit dengan kegiatan `ikan babi rebus' itu, di sini, Tronoh dan Papan, semalam.Turut serta dalam lawatan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, Datuk Lee Kon Yin; wakil Jabatan Perikanan Negeri; Pejabat Tanah dan Galian Kinta, polis serta wartawan.

Menurut Jamry, ada pengusaha berkenaan mengakui ikan air tawar itu turut dihantar ke Pahang selain beberapa negeri dan Kuala Lumpur kerana harganya tinggi. "Taktik yang mereka gunakan ialah mengurung ikan ini di sungai bagi tujuan menghilangkan bau sebelum dipasarkan ke restoran ikan sungai atau pengunjung ke negeri ini," katanya.

Beliau berkata, ikan air tawar berkenaan diberi makan daging babi rebus serta najis haiwan, termasuk tahi ayam bagi mempercepatkan proses pembesarannya. Katanya, dengan memberi makanan seperti itu, semua ikan terbabit yang sepatutnya boleh dipasarkan dalam tempoh enam bulan hingga setahun, hanya mengambil kira-kira tiga bulan untuk dipasarkan.

Justeru, kata Jamry, umat Islam hendaklah menghindar daripada membeli atau memakan ikan yang diternak menggunakan kaedah itu. "Ini berikutan hukum syarak menyatakan bahawa ikan yang diberi makan bahan najis (daging babi dan najis haiwan) secara sengaja dan berterusan adalah haram untuk dimakan," kata Jamry.

Beliau mengatakan pengusaha kolam ternakan terbabit tidak dapat dikenakan tindakan kerana tidak ada peruntukan undang-undang berhubung perkara berkenaan ketika ini. Pihak berkuasa, termasuk Jaip hanya boleh memeriksa serta mengeluarkan nasihat kepada orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak membeli atau memakan ikan yang dihasilkan daripada kolam ternakan itu.

"Siasatan juga mendapati ada sebahagian kolam ternakan ikan di bekas lombong itu diusahakan secara haram di tanah kerajaan dan perkara itu akan diambil tindakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kinta Selatan," katanya yang mengesahkan Jaip sudah memaklumkan kepada Jabatan Perikanan dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan selanjutnya.

Lee, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata, orang bukan Islam juga tidak digalakkan membeli dan memakan ikan yang diternak seperti itu kerana mungkin boleh menjejaskan kesihatan. Ini disebabkan daging babi mempunyai sejenis kuman yang boleh berpindah ke dalam ikan dan berkemungkinan besar kepada orang yang memakannya. "Saya meminta pengusaha kolam ternakan terbabit memahami sensitiviti masyarakat Islam berhubung daging babi," katanya.

Sementara itu, tinjauan di kawasan kolam ternakan itu mendapati ada longgokan tulang serta bulu babi di tepi kolam dan berhampiran beberapa periuk besar untuk merebus usus dan organ dalaman babi. Sekitar kawasan itu juga berbau busuk dan hanyir.

Beberapa pekerja kolam, termasuk warga Indonesia yang mengaku beragama Islam yang ditemui mengatakan mereka diarahkan untuk merebus daging babi oleh pemilik kolam untuk dijadikan makanan ikan yang dipelihara di situ.

"Daging babi mampu membantu proses pembesaran ikan dalam tempoh yang singkat, sekali gus mengurangkan kos berbanding menggunakan bahan lain. "Selain itu, ia mudah diperolehi kerana banyak babi hutan di kawasan hutan berhampiran atau dijual oleh pihak tertentu pada harga yang murah," katanya yang enggan namanya disiarkan.


 



--
Uncle-Lann

      

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment