Monday, April 11, 2011

Re: RG09... Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

 

adus, mahalnya...nasib baik I tak terkena macam tu....
Yang kena bayar tu....memang ada bawak duit banyak tu ke ...atau bayar pakai Kredit kad....


From: "amirjb33@gmail.com" <amirjb33@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 11 April 2011 19:19:33
Subject: Re: RG09... Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

 

Ini makan ikan patin ke makan emas sampai macam tu sekali harganya...patut di siasat lebih lanjut, kalaulah yg datang pelancong ke, mahu buruk nama malaysia di sbb ada peniaga yang mengambil kesempatan sebegini. Nak untung pun biarlah beragak2 sikit sampai. Kesian peniaga2 yg lain tentu kene tempiasnya nanti...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: hasaini_1702@yahoo.com
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 11 Apr 2011 10:47:33 +0000
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

 

Mahalnyer...biar betul 13000. Makan hotel yang ada masak ikan patin pun tak mahal macam ni.

Sent via BlackBerry from Maxis


From: dsj <dsjkamarul@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 11 Apr 2011 20:00:03 +1000
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

 

 
slluurpppppppppppp..memang best...tapi janganlah sampai potong 28 beb...sila siasat towkey nie ada berapa banyak banglo dan kete mewah....dan samada ada bayor income tax ker....
 
Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000
Apr 11, 11 4:42pm
Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.
    
NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
    
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
    
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

NONEBernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
    
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
    
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
    
Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.


--
Warmets regards
dsjkamarul
….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
 
(\__/)
(='.'=)
(")_(")
Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian dimaklumkan
dsjkamarul
November 26th 2010

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment