Friday, April 22, 2011

Re: RG09... Tugas YB BN tidak semudah YB pembangkang

 

ASMKM,
 
Org yg berpendidikan bekerja di luar tu kan perkara biasa, saya org Johor tp sy telah bekerja di Sabah, Perak dan di Johor pun dah pindah byk tempat kerana mencari pengalaman dlm khidupan, bukan sebab YB.
Setahu saya, di Kelantan, kalau ikut perjawatan, di klinik2 kesihatan, perjawatan mereka lebih banyak berbanding dgn perjawatan di klinik2 kesihatan di negeri Johor. Bukan sahaja Kem Kesihatan tp juga Kementerian Pelajaran juga pos di kelantan byk, semua penuh hingga di kawasan sempadan spt Gerik, Gua Musang, T'ganu pun penuh.
 
Saya sesekali jalan2 ke kelantan, di sana brg pun murah, org suka kja di sana, org luar yg kja di sana, tak nak keluar, org kelantan yg kerja di luar semua nak balik ke kelantan, sbb tu org sana kena kerja di luar kelantan
 
Di Johor, jawatan byk, tp pengisian jawtan, cth Doktor, pos byk kosong, kena dtg Johor ada yg jumpa mteri lah utk tidak kerja di Johor, ada juga Dr yg sanggup berhenti dari kena kerja di Johor
 
YB bukan faktor profesional kerja di luar kawasan.  Rakyat Msia yg berada diluar negara, yg handal1 smua tak nak balik tu sebab apa? Itu lagi susah kerana hujan emas di negeri orang... mcm2 cara disuruh balik, ada yg balik dan ramai yg x ambik kesah pun sbb apa pulak tu??? CUBA KITA FIKIR LUAS SIKIT, GLOBAL.... Apa masalahnya kan
 
sesuatu perkara tu byk faktor penyebabnya


--- On Fri, 4/22/11, engku noraini <quany56@yahoo.com> wrote:

From: engku noraini <quany56@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Tugas YB BN tidak semudah YB pembangkang
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, April 22, 2011, 11:19 PM

 
Bukan  orang disebelah pantai timur je yang keluar dari negeri sendiri, orang negeri2 lain pun sama jugak, cuba buat bancian, tengok ada ke orang2  yang tinggal di KL ni semuanya orang pantai timur....???????????


From: KAJANG SEL <kipptdoc@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 22 April 2011 21:12:46
Subject: Re: RG09... Tugas YB BN tidak semudah YB pembangkang

 
Ada bukti ke tuduh mcm tu ?


From: zamriN <zamrinawi@yahoo.com>
To: Respeks Groups <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 22 April 2011 0:48:32
Subject: Re: RG09... Tugas YB BN tidak semudah YB pembangkang

 
Betul ke..kalau tak ada YB BN tidak la hilang duit negara yg begitu banyak..hi hi..

Sent from my BlackBerry®

From: ahmad badri abdullah <badri_krc@hotmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 22 Apr 2011 18:52:49 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RE: RG09... Tugas YB BN tidak semudah YB pembangkang

 
Setuju, kalau takda YB BN, alamat jadi macam bangla la kita, tengok di sebelah pantai timur sana, kebanyakan rakyatnya yang berpendidikan terpaksa keluar dari negeri sendiri untuk mencari peluang pekerjaan. Bukan bermaksud BN tu perfect, tapi setakat hari ni, BN adalah yang terbaik untuk mentadbir negara kerana tahu macamana nak memaju dan memakmurkan ekonomi negara, bukan setakat membangkang tanpa memberi buah fikiran yang sepatutnya. Pakata Rakyat tu terbentuk hanyalah kerana ada seseorang yang kecewa kerana telah terlepas peluang untuk menjadi orang paling berkuasa di Malaysia, bukan kerana BN tu tak bagus.
 

To: respeks_group@yahoogroups.com
From: juraiza@gmail.com
Date: Fri, 22 Apr 2011 16:34:30 +0800
Subject: Re: RG09... Tugas YB BN tidak semudah YB pembangkang

 
Kalau YB BN bagus..tak adalah Pakatan Rakyat..:-)

2011/4/22 Zamzahidi Wan <w.zamzahidi.dpem@gmail.com>
 

YB BN jer yang bagus....sebab tu diorang beriktikad kalau takder BN tak maju Malaysia ni....cuba tengok Bangladesh, Ethopia, Sudan sana tu apa sebab negara mereka tak maju ? Sebab mereka takder BN la tu..... Kalau ada BN dah lama diorang maju oooo......
 


 
2011/4/22 Mohd Shukri <shuk277@yahoo.com>
 

Mudahnya buat kesimpulan..mcm la YB BN perfect sangat... YB Bebas pun sama juga...

"9. Yang pastinya sebagai YB yang cukup bertanggungjawab banyak masa dihabiskan untuk rakyat tetapi bagi YB pembangkang tidak perlu bersusah payah melawat kampung, dngan hanya berjanji dan berbohong. semuanya akan selesai."
 


From: junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com>
To: Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; SahabatInteraktif@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com
Sent: Fri, April 22, 2011 10:48:25 AM
Subject: RG09... Tugas YB BN tidak semudah YB pembangkang

 

Tugas YB BN tidak semudah YB Pembangkang

Mari kita sama-sama teliti lirik dari nyanyian dari ND Lala Selamat Pagi YB

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah

Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan

Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan

Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri/ suami sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

"Assalamualaikum YB.."




Hari ini Sungai Rapat Online sekali lagi mengikuti rombongan YB Dato' Hamidah Osman melawat ke kampung-kampung demi menjaga masyarakat yang inginkan pembelaan dari wakil rakyat mereka. Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang ahli politik bergelar YB (Yang Berhormat). Sebelum anda menjadi ahli politik, cermin diri anda dahulu.
Mampukah anda untuk meninjau permasalahan rakyat?
Semak dimana kekuatan diri anda. Paling mudah ialah cara anda menjaga dan mengambil kira kebajikan keluarga, anak-anak, adik beradik, saudara mara begitu juga dengan jiran terdekat anda. Itulah menjadi satu panduan permulaan anda untuk menjadi orang yang patut dicontohi. Ramai dikalangan pemimpin politik cukup beriya-iya untuk menjadi YB, apakah mereka sudah bersedia meluangkan sepenuh masa untuk rakyat atau sekadar hendak bergelar YB sahaja.

Bukan mudah untuk menjadi yang berhormat (YB) kerana:

1.  Masa yang diperuntukkan untuk keluarga semakin berkurangan kerana kerja anda senantiasa sibuk. Disamping itu anda juga diperlukan untuk sama-sama berkempen bagi memenangi piliharaya. Contohnya, sibuk menghadiri majlis kebumian dan perkahwinan. Ini adalah satu kemestian untuk menunjukkan kemesraan anda kecuali ada tugas yang lebih penting lagi.


2.  Sebagai YB, anda sudah dianggap sebagai satu platform untuk tempat mengadu masalah. Dari masalah rumah sehingga keadaan semasa.

3.  Anda dijadikan sebagai "Superman" untuk menyiapkan projek yang terbengkalai.

Rasmi rumah Bina Baharu
4.  Sentiasa menghadiri mesyuarat. Dalam sehari anda akan menghadirkan mesyuarat sebanyak 10 kali.

5.  Makanan yang sedap-sedap, kalau tidak pandai control makan..ada yang pengsan semasa makan. Keadaan blood pressure pun turun naik. Badan pun jadi gemuk. 

6.  Mabuk kereta/kapalterbang kerana terlalu kerap menggunakan pengangkutan kapal terbang dan juga kereta. Sekejap di Sarawak, sekejap lagi di Sabah dan Semenanjung.

7.  Nak makan kat kopitiam, gerai ataupun warung pun susah juga kerana semua orang akan menyerbu anda lebih-lebih lagi di kawasan anda.
Sanggupkah anda meluangkan masa bagi menyelesaikan masalah
8.  DUIT jangan ceritala kadang-kadang ada YB yang tidak berduit. Mana-mana saja perlu belanja. Bagus juga kalau ada kontraktor yang nak belanja. Kalau kontraktor yang kedekut, memang YB yang akan bayar.

Sanggupkah anda berjumpa dengan semua penduduk?
9. Yang pastinya sebagai YB yang cukup bertanggungjawab banyak masa dihabiskan untuk rakyat tetapi bagi YB pembangkang tidak perlu bersusah payah melawat kampung, dngan hanya berjanji dan berbohong. semuanya akan selesai.

Mampukah anda menyelesaikan masalah rakyat
Itulah tugas seorang YB  seperti Adun Sungai Rapat YB Dato Hamidah Osman bukanlah mudah hampir stiap hari jumaat. Sabtu, Ahad dan Isnin pagi beliau akan meluangkan masa untuk bersama penduduk di Daerah yang diwakilinya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang saban hari semakin bertambah. Apa yang hendak diketengahkan hari ini adalah tugas seorang YB bukan seperti menjaga syarikat atau pertubuhan biasa tetapi perlu komitmen sepenuhnya.


Kepada yang ingin jadi YB cerminkanlah diri anda dahulu,

Layakkah anda menjadi seorang YB?
Mampukah anda melakukan tugas-tugas seorang YB?
Mampukah anda meluangkan sepenuh masa untuk rakyat?

 







--
Juraiza aka Nomie

Ada

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment