Monday, April 18, 2011

RG09... Berfikirlah??

 






Berfikirlah??

Di dalam Al-Quran dan hadis, akal ditempatkan di kedudukan yang
tinggi dan didorong manusia agar menggunakankannya sebaik mungkin.

Sesungguhnya berfikir merupakan aktiviti hati yang cukup hebat,
lantaran itu Allah s.w.t memerintahkan kepada kita menggunakan akal
kita untuk berfikir dan merenung segala perkara di dalam hidup ini.
Manusia seperti ini dipuji oleh Allah s.w.t

Orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri dan duduk
serta dalam keadaan berbaring,mereka memikirkan tentang penciptaan
langit dan bumi (seraya berkata): `Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia'" ( Ali `Imran : 191).

Atha Ibnu Abu Rabah telah menceritakan bahawa pada suatu hari beliau
bersamaUbaid Ibnu`Umair mengunjungi Aisyah r.a.

Ibnu `Umair berkata: "Ceritakanlah kepada kami sesuatu yang paling
menakjubkan yang pernah engkau lihat dari Rasulullah s.a.w mendengar
pertanyaan seperti itu, Aisyah menangis lalu menceritakan bahawa
setiap urusan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w semuanya
adalahmenakjubkan.

Pada malam giliranku baginda datang lalu bersabda: `Biarkanlah aku
mengabdikan kepada Tuhanku.' Baginda s.a.w. pun bangkit mengambil
bekas air untuk berwuduk, kemudian mendirikan solat dalam keadaan
menangis sehingga air matanya membasahi janggutnya, lalu bersujud
hingga air matanya membasahi tanah. Sesudah itu baginda berbaring
sampai Bilal datang kepadanya untuk mengumandangkan azan subuh. Bilal
berkata: `wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan engkau menangis,
padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang terdahulu dan yang
terkemudian?' Rasulullah
s.aw menjawab: `Sesungguhnya malam tadi
telah diturunkan kepadaku beberapa buah ayat, celakalah bagi orang
yang membacanya, lalu dia tidak merenungkan maknanya,' lalu baginda
membaca firman Allah s.w.t
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih-bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal."
(. Ali `Imran : 190)

Ketika Abu Syuraih sedang berjalan tiba-tiba dia duduk dan menutup
muka dengan kain jubahnya lalu menangis. Ketika ditanyakan tentang
sikapnya: "Apakah yang membuatmu menangis?" ia menjawab : "Aku
memikirkan keadaan diriku, ternyata usiaku terus bertambah, sedang
amalku masih kurang , sementara ajalku semakin dekat.

Abu Sulaiman telah menyebut "Biasakanlah matamu untuk menangis dan
hatimu untuk bertafakkur."

Apabila kita berfikir tentang kebaikan ianya akan momotivasi diri
untuk mengamalkannya dan menyesali keburukan akan mendorong diri
untuk meninggalkannya. Aktiviti fikir dan zikir mampu menjernihkan
fitrah kita dari dosa yang menutupi cahaya kehidupan.

Ada satu kisah yang menarik tentang kehidupan seorang sufi yang
bernama Daud At-Tha-iy , suatu ketika beliau berada di atas rumahnya
di bawah sinaran bulan purnama, beliau tatkala itu memikirkan tentang
kerajaan langit dan bumi sambil memandang ke arah langit dan
menangis, sehingga tanpa disedarinya tubuhnya terjatuh dari atas
rumah ke halaman rumah tetangganya, jiran sebelahnya bangkit dari
tidurnya dengan membawa pedang kerana dia meyangka pencuri yang
hendak memasuki rumahnya. Ketika jirannya melihat bahawa yang
terjatuh adalah Daud Ath-Tha-iy, dia bertanya apakah yang telah
berlaku, Daud menjawab: "Entah, aku sendiri tidak menyedari mengapa
diriku sampai terjatuh."

Jelas sekali bagaimana perlu diterapkan budaya berfikir dalam aspek
membina hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Kesimpulannya, berfikir yang diasaskan kepada keimanan kepada Allah
mampu menjernihkan fitrah dan mampu membangkitkan potensi diri bagi
meraih kecemerlangan hidup dunia dan akhirat.

Wassalam

Ikhlas dari



 
.




--

dance dance dance
Warmest regards,
♥ஜ♥..dsjkamarul♥ஜ♥..
….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
"You are not responsible for what people think about you.
But you are responsible for what you give them to think about you"
 
Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian dimaklumkan
Pengirim article

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment