Friday, April 15, 2011

RG09... BERITA SEMASA: PASTIKAN PELAKON WANITA ADA PERMIT

 

Video: Pastikan pelakon wanita ada permit pelacur
Harakahdaily   
KUCHING, 16 April: Kenyataan polis mengenai perjumpaan kad pendaftaran jam omega dan pelacur dari negeri China menyerlahkan lagi agenda politik dalam pendedahan dan penyebaran isu klip video seks yang memaparkan seorang individu yang mempunyai mirip rupa seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelmarin, media tradisional milik Umno Barisan Nasional (BN) melaporkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa identiti lelaki dalam video seks telahpun dikenalpasti.

Beliau turut dilaporkan sebagai berkata polis telah mengambil kenyataan daripada watak wanita dalam video tersebut dipercayai seorang pelacur daripada China dalam video seks tersebut.

Terdahulu, media tradisional Umno BN turut melaporkan bahawa Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan bahawa polis telah menjumpai dan menyerahkan kad pendaftaran jam Omega yang didakwa dijumpai Datuk T dalam bilik adegan seks video itu dirakamkan kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

Sebagai respons kepada permainan media tradisional BN ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan laporan mengenai pelacur China dan kad pendaftaran jam Omega menyerlahkan lagi konspirasi politik dan pembohongan BN dalam isu ini untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap keperitan rakyat Sarawak menjelang pilihanraya negeri ke 10.

"Pembohongan terus berlaku dan semakin hari semakin jelas agenda BN dalam isu ini.

"Dalam suasana pilihanraya negeri yang rakyat hangat berbincang mengenai soal masa depan negeri Sarawak, dan nasib jutaan rakyat yang terbiar dalam kemiskinan dan kedaifan, media tradisional BN masih mencari jalan bagaimana untuk mengesahkan identiti dlm klip video itu adalah pemimpin pembangkang," selar Tuan Ibrahim.

Setelah pihak polis 'berjaya' mendapatkan kad pembeli jam Omega yang didakwa, Tuan Ibrahim berkata 'mustahil dibawa oleh pemakai jam ke mana-mana', polis tetiba dapat mencari wanita yang didakwa sebagai pelacur daripda China untuk diambil keterangan menyerlahkan lagi bahawa isu video seks ini hanya satu plot yang telah dirancang rapi.

"Kita harap juga polis dan jabatan Imigresen dapat pastikan "pelancong" tersebut ada permit untuk bekerja sebagai  pelacur selepas ini, nanti kalau gagal untuk membuktikannya, takut rakyat akan nampak lebih jelas agenda busuk ini," sindirnya.



--

dance dance dance
Warmest regards,
♥ஜ♥..dsjkamarul♥ஜ♥..
….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
"You are not responsible for what people think about you.
But you are responsible for what you give them to think about you"
 
Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian dimaklumkan
Pengirim article

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment