Sunday, April 10, 2011

RG09... Demokrasi bukan dari Tuhan, bukan dari Islam

 

 Ideologi (atau fahaman) demokrasi ciptaan barat bukan datang dari langit.Maka dia bukan ajaran Islam.Ulama sepakat mengatakan apa jua ideologi atau fahaman bikinan manusia, termasuk sistem demokrasi  adalah terkeluar dari Islam.Ideologi, selain dari fahaman Islam, boleh menggugat akidah.Sesiapa yang lebih mempercayai ideologi, mengamal, dan membelakangkan "instruction manual" yang di turunkan dari langit - iaitu  wahyu Allah,Al Quran dan Hadis , maka dia terdedah kepada bahaya jatuh murtad.


Di antara ideologi (fahaman) ciptaan manusia selain dari ideologi demokrasi termasuk lah yang kita kenali yaitu komunisme, capitalisme, sosialisme, nasionalisme dan liberisme.Banyak lagi ideologi yang mungkin kita belum pernah dengar saperti darwinisme,artartukisme,maoisme,ghandhisme,saintisme dan macam macam lagi.


Ada pun kita lihat di zaman ini ada jemaah jemaah Islamiah yang terlibat dengan ideologi (fahaman) taghut ini.Samada terlibat dalam pengamalan politik atau pentdbiran atau kedua duanya.Ini bukan bererti ideologi ideologi tersebut sudah di halalkan.Ianya tetap haram Tetapi ulama ulama fiqh zaman ini terutama ulama yang terlibat dengan politik ideologi , telah mengharuskan nya melalui kaedah usul Fiqh."Hukum harus" di putuskan atas dasar "dharurah".


Kerana mereka berpendapat fahaman sistem demokrasi pilihanraya taghut sudah menguasai dunia hari ini dan melanda saperti tsunami yang tidak dapat di bendung.Kalau umat Islam tidak terlibat maka Islam akan hancur di telan tsunami.Bagi saya mereka buat keputusan " if you cannot fight them, you join them" tetapi berpandukan fiqh al Aulawiyyat.


Ulama tauhid, ulama tasauf,ulama pondok di Malaysia dan ulama pesantren di Indonesia rata rata berpendapat umat Islam yang terlibat dalam apa jua ideologi (fahaman) bikinan manusia terdedah kepada bahaya akhirat.Mereka ibarat sedang bermain main di pinggir neraka.Terlalu bahaya.Silap sikit tentu akan jatuh dan terjerumus kedalam api neraka.Ini jelas terbukti apabila kita lihat ramai orang politik beragama Islam,bahkan ulama yang berpolitik sendiri terlibat dengan politik kotor saperti memfitnah, mengaibkan lawan,mengumpat, memaki hamun,konspirasi,memperalatkan agama dan politik menghalalkan cara dan macam macam lagi politik kotor .Ini semua akan menjerumus kepada pelakunya ke dalam apa neraka jahanam.


Kesimpulan nya  dalam bab ini anda bebas buat pilihan nak ikut yang mana satu,kerana terdapat perselisahan pendapat ulama.


TEPUK DADA TANYA ILMU DAN IMAN.


Dipetik dari blog: Hembusan Amal4u






Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com

 






To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
From: royhann_aiye@yahoo.com
Date: Thu, 7 Apr 2011 14:14:14 -0700
Subject: Re: [sim] PENDAPAT : Demokrasi bukan dari Tuhan, bukan dari Islam

 


 ideologi demokras
Assalam...wbt. 
Tulah...klu yg cakap ulama' pun dah xnak ikut...nak ikut cakap sapa. sedangkn Nabi saw ada bsabda 'ulama2 itu ada lah pewarisku'...x dnafikn ulama2 tu ada wat silap, tp diaorg adalh manusia2 pilihan ALLAH utk mjaga agamaNYA. Sampai kt kita...kita tolak plak...sedangkn keje ulama2 ni 24 jam pikir pasal agama & nak ajak ummat kearah agama. Utk dpt redho ALLAH, baik dunia~seterusnya....
Bagi aku ada 3 cara jer nak tegakkn Islam :
1. Berdakwah...TGNA pernah bceramah gtau, selama dia jadi ust berceramah dekat 20 thn, (sblm d angkat mnjadi MB) mngatakn pd pendudud negeri dia...'judi itu haram dsisi agama'...tp rakyat dia bjudi gaks,..ermm, 20 thn beb, klu ada anak kecik, dah dewasa dah bleh d kawinkn pun.
2. Berperang...tp klu ikut fiqh jihad...sblm perang, dakwah kene masuk dulu...mean kene bagi ceramah / penerangan ttg Islam kpd ketua2 kaum / rakyat penduduk yg nak dserang. Peluk Islam, x masuk Islam bayar jizyah atau...perang. Ni org kita sanggup ke...ermm, setakat kuar 3 hari pun susah...x yah citer pasal jihad / peranglh...buang masa.
3. Pilihanraya cara demokrasi....so far pengerusi ulama' sedunia : As-syeikh Yusof Qaradawi mngatakn harus....tiba2 kita plak yg x faqeh ttg Islam, kata x bleh (haram) ermmm....mana hujah / dalil dari Quran / Hadis yg qat'e mngatakn pilihanraya ni haram terus.
Bagi aku yg dok kt kelas / kuliah subuh kitab siasah Islamiah di masjid meru minggu ke-3, memahamkn aku bahawa...dlm 3 perkara tu bgantung pd keadaan setempat. Klu d palestin cara 1 & 3 tu xleh pakai...so kene bperang melawan yahudi zionist / puak2 munafik yg terang2 bsekongkol dgn zionist. Sama cam iraq & Afghan...undi & dakwah xleh jalan...kene perang. Kt Malaysia aman damai, cuma segelintir org yg ada kuasa mnyalah gunakn kuasa....so kita kene tukar cara pilihanraya. Koz diaorg ni dpt kuasa dari undi pilihanraya. So tukar, kpd org yg betul2 nak jalankn Islam. 
Koz tu TGNA cakap sapa undi PAS dpt pahala demi meraih ganjaran syurga, koz dari undi tu, diorg bleh tukar sistem yg toghut kepada Islam. Contoh : haramkn riba, haramkn judi & arak, masjid mjadi pusat sumber ilmu & pnyucian jiwa rakyat (dari fahaman sekular & ism2 yg bcanggah dgn Islam). Ni semua xdpt pahala ke??? asbab dari tukar org yg x suka Islam kpd org yg nak laksanakn Islam ikut kemampuannya. Sapa yg naikkn / undi pemimpin / YB yg nak jalankn syiar Islam ni?  Bukan kita yg undi diaorg?...anyway thx Dr.Fauziah for support my past articles....

From: Dr Fauziah Mohd Noor <fauziahuia@yahoo.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Fri, April 8, 2011 12:00:57 AM
Subject: Re: [sim] PENDAPAT : Demokrasi bukan dari Tuhan, bukan dari Islam

 
assalamualaikum, 
abg is qaseh jue..apa yg ustaz harundin cakap tu memang betul. legal maxim yg berbunyi" Ma Laa yutimmul wajib illa bihi fahuwa wajib." sesuatu kewajiban yg tidak sempurna tanpanya adalah menjadi wajib."  solat itu wajib, tapi tanpa wudhu solat tidak akan sempurna. jadi wuduk itu sendiri menjadi perkara wajib.

kalau kita percaya bahawa negara islam itu wajib ditubuhkan, maka apa saja mekanisme yg ada pada hari ini termasuk pilihan raya adalah menjadi sesuatu yg wajib.kita tak boleh kata pulaukan pilihanraya kerana pemimpin tak islamik atau sebagainya. kita wajib mengundi, kerana dengan undian saja



boleh mngubah pemerintah negara. (kalau nak ubah lah). atau kalau nak maintain pemimpin yg sedia ada pun wajib juga mengundi. itulah maksud kata-kata ustaz haron din.

as a matter of fact, kalau abg is samakan wudhu dgn mencuri pakaian utk sembahyang memang tak betul analogi tu. pilihanraya memang tak ada dalam islam. tapi konsep syura itu sendiri bersifat subjektif. dalam konteks negara hari ini susah sikit nak buat syura macam di zaman pemerintah Nabi Muhammad dan zaman khalifah.mekanisme yg ada cuma pilihanraya, jadi kita gunakanlah apa yg ada. tak tongkat, rotan pun jadilah.

Wassalam

Dr fauziah

 On Thu, 4/7/11, ishak saleh <abang_is2222@yahoo.com> wrote:

From: ishak saleh <abang_is2222@yahoo.com>
Subject: Re: [sim] PENDAPAT : Demokrasi bukan dari Tuhan, bukan dari Islam
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Thursday, April 7, 2011, 6:02 PM

 
kena ada limit dlm qiyas spt itu, dek . kalau tidak sy pun nak buat analogi spt ini. solat itu wajib..jadi sy nak curi pakaian2 baju melayu dan jubah d gedung jaya jusco utk nak tegakkan solat?

jadi dlm berqiyas ..kena establish parameters dan limits dlm givens and assumptions made, spt jugak dlm mathematics.

--- On Wed, 4/6/11, royhann aiye <royhann_aiye@yahoo.com> wrote:

From: royhann aiye <royhann_aiye@yahoo.com>
Subject: Re: [sim] PENDAPAT : Demokrasi bukan dari Tuhan, bukan dari Islam
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Wednesday, April 6, 2011, 8:32 PM

 


Assalam..wbt.
Nak gtau sikit, maaf byk2...
Teringat satu ceramah Dato' Dr. Harun Din, beliau ada mngeluarkn satu istilah usul fiqh 'apa2 perkara yg bleh mnyampaikn kepada perkara wajib, maka ia pun menjadi wajib'.....
Mmg x dnafikn demokrasi bukan dari Islam, ia adalah fahaman dari bawaan dari kaum yahudi / kristian, & Islam pun x pernah mngi'tiraf demokrasi ni sebagai satu cara nak tegakkn Islam...tp berpandukn pd istilah fiqh tu....Dato' Dr Haron Din...ada kuarkn, dan beliau kata...demi nak laksanakn undang2 Islam (wajib), dimana perlu kepada sebuah negara Islam...maka dengan secara automatik...demokrasi adalah salah satu jalan utk melaksanakan tuntutan kewajiban tersebut. Itu pendapat aku, yg aku dengar dari ceramah Tuan guru Dr. Harun Din.


From: harun taat <haruntaat@yahoo.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Tue, April 5, 2011 1:15:49 PM
Subject: [sim] PENDAPAT : Demokrasi bukan dari Tuhan, bukan dari Islam

 




salam.
sori mencelah dan maaf banyak2 kalau anti klimik. Kebenaran itu satu sahaja. firman Allah: الحق من ربك . Kebenaran bukan ada pada bilangan yg ramai. Demokrasi mengatakan yang ramai itu benar. Demokrasi bukan dari Tuhan, bukan dari Islam. Islam mewajibkan hidup berjemaah, ada pemimpin. Parti bukan jemaah. Pemimpin jemaah orang yang diterima oleh hati-hati manusia. Allah jadikan semua hati suka dan cenderung padanya walaupun dia tak mahu jadi pemimpin. Pemimpin demokrasi adalah pilihan rakyat, menunaikan kehendak rakyat. Pemimpin Islam sebenarnya adalah dari Allah, menunaikan kehendak Tuhannya. sangat bimbang tentang nasib rakyatnya di hadapan Tuhannya. Bagaimana aqidahnya? imannya? sembahyangnya, tunaikan atau tak, berjemaah atau tak, lurus saf atau tak, khusyuk atau tak. Bagaimana puasanya, zakatnya, hajinya, fardhu ainnya, tauhidnya, feqahnya, tasawufnya, toharahnya, bagaimana mendidik anak, bagaimana mendidik isteri, bagaimana pendidikan anak2nya. bagaimana makan minumnya halal ke? bagaimana hiburannya, bersyariat atau tak. kalau yg di ceritakan pemimpin politik, tak banyak bezanya cuma satu mengaku memperjuangkan Islam, adalah nampak ciri-ciri zahir Islam, satu lagi juga mengaku Islam, tetapi jelas nampak banyak pelanggaran syariat. Tetapi bila bertembung, hilang ciri-ciri Islam pada kedua pihak sedangkan Islam perlu diamalkan disemua masa dan keadaan. perang dan aman. dimana maaf bermaafan? di mana tolak ansur? di mana mengalah? sedangkan semua nabi mengalah dahulu kpd kaumnya, hingga Allah memenangkan mereka. Adakah Allah akn memenangkan kita jika tiada beza ibadah, akhlak, pergaulan, pendidikan, hiburan, sukan, dlll kita dgn musuh perjuangan kita. hanyaa berbeza nama, hakikatnya satu... Harun, Damascus, Syria.

 


From: ahmad khariri al-hadi md yusop <khariri_alhadi@yahoo.com.my>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Tue, April 5, 2011 4:50:16 AM
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Kenapa Kami tinggalkan PAS

 

salam..
sekadar mencelah..
tidak salah apabila ada yg xnk sokong PAS atau tidak suke kpd pimpinan PAS ttp sy amat kesal dgn saudara/saudari yg berkata seolah-olah PAS terlalu teruk/buruk/kejam/hina dll berbanding UMNO/BN/ n sekutunya..
apa rasionalnya saudara/saudari brkata sedemikian? supaya jgn ikut kebaikan yg PAS bawa? atau jgn terlalu taksub dgn pimpinan PAS?
sedarlah saudara/saudari semua.. sy tau tidak semua yg PAS bawa baik dan tidak semua baik ttp komen dr saudara/saudari seolah-olah PAS terlalu teruk.. ambik la yg baik baung la yg xbaik..xkn itu pun perlu diberitahu..
sy tidak mahu mmbndingkn dgn UMNO dan PAS ttp sy juga ada akal fikiran dan masih blh mmbezakan yg buruk dan yg baik..

1. Pimpinan siapa yg lbh menjurus kpd arah keIslaman?
2. Apa dosanya / salahnya bersahabat dgn non-Muslim?
3. Siapa yg lbh menekan khpdn rakyat kini?
4. Siapa yg lbh menjana kekayaaan dgn jwtn yg ada?
5. Pimpinan siapa yg suka menghina sunah Rasulullah?
6. Isteri pimpinan mana yg hdp mewah atas kekayaan suami masing2?

mungkin itu sebahagian yg dpt sy tuliskan..
Pesanan sy kpd saudara/saudari yg melihat keburukan PAS atau kebaikan UMNO..tlg list down jwpn kpd soalan sy di atas..
Wallahualam..

-bkn DR.. bkn pljr Oversea.. bkn Prof.. ttp sekadar INSAN-
 



From: athool ath <athool5@gmail.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Cc: Syed Zainal Abidin Al Attas <syedalattas@yahoo.com.my>
Sent: Tuesday, 5 April 2011 1:58:26
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Kenapa Kami tinggalkan PAS

 
kekadang yang menentang habis-habisan itu apabila telah mendapat hidayah, mereka pula yang akan memperjuangkannya habis-habisan. sebagai contoh Saiyidina Ali Abu Talib r.a. apa pun fitnah Dajal sudah membuka tirainya. cuma orang yang masih hubuddunia tidak menyedarinya. manusia terlalu banyak bermaksiat pada Allah. maka rahmat Allah tidak mereka rasainya. mereka terus terbiar tanpa perlindungan Allah. bila sudah tiada perlindungan, maka terlalu mudah rasukan, bisikan dan hasutan syaitan masuk ke dalam benak mereka. sesungguhnya dajal L.A sekutu iblis berkemungkinan sudah menghampiri kerak bumi. bila-bila masa akan membawa mereka yang sesat dan akan disesatkan lagi.. kuatkan iman dan penuhi benak dengan perisai ilmu Islam yang sejati.


Pada 5 April 2011 12:59 AM, Syed Zainal Abidin Al Attas <syedalattas@yahoo.com.my> menulis:
 



askm..
 
saya amat menyokong pendapat dr fauziah....
ni lah orang kita..baca tak habis tapi nak hentam..ayat pertama ialah Iqra' bukan Hentam...tapi dah perangai orang kita ni emosi tak tentu pasal....
 
saja nak bagitau..dalam kubur nanti tak de  nya soalan kita parti mana....bagi penuntut yang dah sedar tu, Alhamdulillah lah...bagi yg kaki hentam n emosi, kau punya pasal lah...
 
be professional..saya respect dr fauziah...
 
nak cari ilmu kebenaran ..carilah dari sanad yang benar..ibarat permata , jatuh kemana pun tetap bersinar..merekalah yang telah, sedang dan akan menaikkan semula Islam pada tempatnya..mereka adalah sanad sirah ahlul bait yang tak campur dalam politik yang tak tentu hala...tetapi aras doa mereka negara ini masih tenang...yang tak tenang adalah org yg emosi ..lebih teruk lagi emosi atas dasar terlalu percaya pada kepercayaan yang mereka sendiri iktiraf sebagi betul...malangnya bab bab sirah, sanad dsb tak penah dikaji....
 
sorry lah bro bro diluar...aku kasi pandangan ni sebab aku sendiri dah terjebak perkara yng sama .. pro PAS..sampai sanggup bawak bendera, lawan bangsa dan heran lak terkini PAS boleh sekongkol dgn org yang menyatakan OVER MY DEAD BODY pada agamaku, Islam....
 
entahlah bero...muka si LKT, KS, DSAI ker mahupun TGNA...aku bukan tan respect..tapi setelah sedar nie..aku LANGSUNG TAK RESPECT....
 
salam

From: Mr Otaikot <apakrimau@yahoo.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, April 5, 2011 0:19:58

Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Kenapa Kami tinggalkan PAS

 

yang penting adalah hati yang bersih...susah nak bersihkan hati kita....
kalo hati dah bersih, InsyaAllah penilaian kita, perlakuan kita, tindakan kita jua akan mencerminkan kebersihan hati kita..

 


From: Dr Fauziah Mohd Noor <fauziahuia@yahoo.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Mon, 4 April, 2011 22:13:49
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Kenapa Kami tinggalkan PAS

 



astaghfirullah..kenapa yang saudara marah2kan saudara Limbat? Saudara Limbat kata, apa-apa kebaikan yg ada di dalam PAS, apa-apa kebaikan di dalam UMNO aku sokong. apa-apa yang menyalahi syariat sama ada di dalam PAS atau UMNO aku akan benci.

ini lah masalah kebanyakan warga SIM, terlalu cepat membuat kesimpulan.. terlalu cepat menghukum orang. kenapa jadi begini? sebab kita membaca dengan perasaan buruk sangka kepada org lain. 

Dalam email yg lain, saya dituduh mengatakan PAS parti yg memaki hamun.. Padahal dalam tulisan saya tidak ada perkataan memaki hamun.yang ada ialah menghentam.

saya sendiri tidak kata PAS tidak betul...tetapi saya tidak mampu mengikut rentak mereka. Jadi biarlah saya berjuang mengikut cara saya. Saya pernah dijemput memberikan ceramah mengenai undang2 oleh Muslimat PAS  tiga tahun lepas, saya pergi. Saya dijemput oleh Kementerian Kesihatan untuk menolong mereka menulis buku tentang masalah sosial remaja di malaysia saya pergi juga. Dijemput oleh Persatuan bekas Komando di Melaka tentang undang-undang keluarga dalam Islam pun saya pergi. (harap faham bukan semua tugas memberikan ceramah ini dibayar). 

Saya berjuang bukan untuk PAS, tetapi utk ISLAM. Bila orang faham apa itu Islam...org akan memilih parti yang paling dekat dengan Islam. Sekali lagi saya minta jangan suka menuduh melulu atau menghukum org sesuka hati kita. 
 Bacalah dua atau tiga kali sebelum menjawab email memberi apa-apa komen kepada org lain.

wassalam


--- On Mon, 4/4/11, royhann aiye <royhann_aiye@yahoo.com> wrote:

From: royhann aiye <royhann_aiye@yahoo.com>
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Kenapa Kami tinggalkan PAS
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Monday, April 4, 2011, 5:43 PM

 



Assalam...wbt.
Aku bukan nak jadi hero dalam hal ni...tp aku nak bagi kefahaman mngikut kefahaman masing2 dlm hal ni...dlm isu yg dlontarkn / dkeluarkn, aku kene jawap ikut ilmu yg aku dah pelajari....klu x sok, ALLAH akan kekang mulut aku dgn kekangan api neraka...Nauzubillah....
1. Apa kebaikkn sokong PAS?....nak tanya dlm PAS tu sapa yg duduk dlm pucuk pimpinan? Org biasa cam ko ke...org2 tu mmg kejenya 24 jam pikir sal Islam tau....ko ingat Islam tu cuma rukun Islam yg-5 jerr ke? Abis hal riba', hal sosial cam rumah urut, pelacuran, pub...or else..tu camne? tu keje ko ke nak ubah, benda2 tu....harapkn UMNO / BN...so far x nampak nak clearkn...ko tgk kelantan yg dah 20 thn dperintah oleh org2 dlm PAS...camne, ke ko suka benda2 ni dteruskn?
2. Ko x sokong UMNO tu baguslh...koz jiwa ko x suka pd benda2 yg dah dwat oleh puak2 tu,...aku mmg x suka dgn perangai diorg...tp aku x benci diaorg, yg aku benci perangai / attitude yg salah dari ajaran Islam. Ada kuasa utk kepentingan peribadi & kroni2 nya...ko bleh tgk sendirikn...malas aku nak bukak pekung org....
3. Aku nak betulkn fakta tuuu,...ko benci kerana saudara mara...ni ada sifat assobiyah, ia perkauman. Islam dtg ajar, wat sesuatu @ benci kerana Islam...bukan pasal sedara-mara / kawan2...benci kerana Islam, ko dpt pahala, benci kerana sedara-mara...ko tanyalh ust / ulama'2 yg ko kenal...so far yg aku blaja kt kuliah2...tu lh bendanya. Benci & suka kerana Islam...dpt pahala,....koz Islam tu dah sempurna, x perlu rujuk pd benda2 / fahaman lain.


From: Limbat <limbat@yahoo.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Mon, April 4, 2011 11:20:11 AM
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Kenapa Kami tinggalkan PAS

 


Salam sahabat2 SIM,

Saya setuju dgn tulisan Dr Fauziah. Ramai saudara2 kita yang seagama (mungkin sebangsa) dgn kita tidak melihat sesuatu dari perspektif islam itu sendiri. Sepatutnya setelah kita keluar dari satu kelompok islam yang kita join dulu, tidak sepatutnya kita menanamkan sifat benci dan permusuhan. Pengalaman kita sepatutnya lebih mematangkan kita agar melihat sesuatu dengan lebih objektif. Seburuk mana pun orang2 dalam PAS (dan UMNO), selagi mereka menzahirkan islam mereka, mereka tetap saudara kita. Yang penting jangan taksub... Boleh tak kita ubah sedikit pendekatan kita dalam menyokong/membenci sesuatu;

1. Apa2 kebaikan yang ada dalam PAS, aku sokong
2. Apa2 kebaikan yang ada dalam UMNO, aku juga sokong.
3. Apa2 yang buruk/menyalahi syariat sama dalam PAS atau UMNO, aku benci perkara tersebut, tapi aku tak benci orang2 yang buat perkara tersebut sebab mereka masih saudara aku yang memerlukan nasihat aku..

 

New kid on the blog;
http://abuamama.blogspot.com/

--- On Mon, 4/4/11, Dr Fauziah Mohd Noor <fauziahuia@yahoo.com> wrote:

From: Dr Fauziah Mohd Noor <fauziahuia@yahoo.com>
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Kenapa Kami tinggalkan PAS
To: "SIM" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Monday, April 4, 2011, 1:31 AM





assalamualaikum, abg Is Qaseh Jue..terima kasih di atas komen di bawah .saya bersetuju seratus peratus. Hari ini saya ingin ingin memberitahu saya adalah pelajar Akademi Islam yg grad tahun 1991. saya aktif di dalam persatuan PMIUM dan PMAIUM. saya masih sempat belajar bahasa mandarin walaupun cuma sekejab. Saya juga pernah mengikut tamrin-tamrin anjuran PAS..tapi saya tak pernah rasa di dera. saya pernah menulis, saya tidak mendaftar menjadi mana-mana parti politik sehingga hari ini kerana saya tidak mahu menjadi manusia yang taasub kepada satu parti. Hak mengundi adalah hak saya sama ada utk pilih warna hijau biru atau merah.tapi seperti yg saya pernah cakap dulu, saya akan pilih pemimpin yg paling dekat dengan cara Rasulullah. yang berakhlak baik.

saya anak orng UMNO, tapi dididik oleh pemimpin2 PAS tapi saya lebih suka mengikut cara ABIM yg mendidik insan dgn pndidikan dan kasih sayang. saya tidak mampu ikut cara PAS kerana saya jenis yang tidak suka menghentam kawan atau lawan. Tapi bila saya perlu bangun mempertahankan  agama, saya akan pertahankan dengan cara saya.

Buat junior saya dari fakulti sains apa saya pun tak pasti, kalau anda masuk usrah dan gagal dalam exam, itu bukan salah PAS atau Akademi Islam. itu adalah salah anda sendiri. saya bernikah pada usia 23 ketika di tahun akhir pengajian, saya tetap lulus walaupun cuma mendapat kelas dua Atas. Saya selalu berkata, saya tidak akan masuk parti politik kerana saya melihat setiap parti itu ada kebaikan dan kekurangan. saya tidak tergamak nak menghina saudara seagama dengan saya. dan tidak akan menghina penganut agama lain..

kalau anda kecewa kerana tidak mendapat gadis cantik sebagai isteri, anggaplah itu suratan takhdir. saya sendiri menolak bila ada pelajar yg kuat menyokong PAS ingin melamar saya sebgai isteri. Tahu kenapa? saya tak boleh terima pejuang2 Islam yang anti saya belajar bahasa mandarin. yang anti saya belajar bahasa inggeris kerana bahasa inggeris itu bahasa penjajah. syukurlah saya memilih seorang lelaki biasa yang tidak aktif berjuang tetapi sentiasa berada di belakang kejayaan dan perjuangan saya hari ini. (kalau dianggap berjaya dan berjuang).

Sikap anda benar2 seperti seorang ustaz saya di Nilam Puri dulu..ketika semangat berjuang utk PAS, semua org UMNO dimakinya. diludahnya. Tetapi bila tidak puas dan tidak dapat apa yg diinginkan, dia keluar PAS..mencaci PAS. bagi saya, orang seperti awak dan ustaz saya tu adalah manusia yg tidak tahu erti sebenar perjuangan. anda berjuang kerana semangat, bukan kerana Allah dn Rasul. orang2 seperti awaklah yang akan hancurkan parti. Elok sangatlah awak keluar parti. kalau tak mahu masuk umno atau pkr, buatlah satu parti lagi.

tak cukup lagikah melihat org melayu islam berpecah belah atas nama politik? tak cukup lagikah melihat bangsa melayu memalukan bangsa kita sendiri hanya kerana politik?tak cukup lagikah melihat bangsa lain ketawa atas kerakusan politik bangsa melayu?tidak adakah rasa sayang kepada bangsa sendiri hingga sanggup memijak2 maruah saudara sendiri atas nama politik?

Bagi saya sekarang, saya makin bimbang melihat semua ini. rasanya bila bala Allah sampai nanti, kita akan sama2 mati. Tapi doa saya cuma satu, "Ya Allah, janganlah KAU hukum kami kerana kemurkaanMu ya Allah. Berikan kami peluang bertaubat. Tunjukkanlah yg benar itu benar ya Allah. dan tunjukkanlah yg batil itu batil. Kami hamba2Mu yg lemah ya Allah, bantulah kami menegakkan kebenaran. Jangan KAU biarkan kami tanpa petunjukMu ya Allah. Hidupkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman kepadaMu ya Allah." Amin ya Rabbal 'Alamin

wassalam
Dr Fauziah Mohd Noor

--- On Sun, 4/3/11, ishak saleh <abang_is2222@yahoo.com> wrote:

From: ishak saleh <abang_is2222@yahoo.com>
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Kenapa Kami tinggalkan PAS
To: "SIM" <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>
Date: Sunday, April 3, 2011, 11:19 PM

 



Bagi saya ini lah konklusi yg paling bengap yg dapat d ucap ole seorg konon nya seorg intelek ex science student yakni:

 " Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO..."

bukti nya simple beb. Umno mnykong dan melaksana sistem demokrasi ala westminster yg d hadiah ole seorg kafer bernama lord reid. Lain la jika perlembagaan  M'sia itu di asas ole ulamak2 berteraskn alQuran dan asSunnah !  Motto demokrasi d ambil dari yunani  ialah " veni ..vedi..veci" yakni  "dari rakyat utk rakyat  krna rakyat" .Sdgkn motto /tema  daulah islamiyyah ia lah " dari Allah utk Allah krna Allah ". Too advanced ke for your  grey matter to absorb , bro!

Provision clause 3 tntg islam sbgai agama rasmi tidak mnghilangkn dasar sekularisme dlm perlembagaan. Bermakna islam yg dpt d jalankn hanya berkisar sekitar religious routines spt sistem solat/masjid, sistem zakat, sistem kehakiman syariah tetap tertakluk kpd payung perlembagaan sekular. Sebab itu  bekas Hakim Negara Tan Sri Salleh Abbas d singkir kerana cuba go beyond dasar sekular perlembagaan d dlm sebuah kes murtad. Cukup la contoh2 ini d beri. Pergi ngaji  dgn Dr Aziz Bari tntg m'sian constitution utk mngmas kini ilmu anda.

Konklusinya  negara kita adalah negara sekular ala islam sikit. Masuk la sikit ciri2 islam sesuku. Jadi anda jauh terbabas dgn mngatakn negara kini d dukung ole pemerintah islam. Ini hanya artikal gimmick sbgai bahan pre election campaingn utk pru 13...ini la akibat belajar tamrin tak habis..jadi gendang kosong.

Tntg latihan mental dan spirtual yg kamu lalui itu ..komen sy ialah u havent seen nothin' yet bro. Cuba ko masuk pasukan kader pemuda tahan lasak umno atau komando green beret..baru kau tahu langit tinggi rendah. Latihan tersebut telah mngeluarkn ciri2 kamu sebnar yg tidak tahan lasak. Perangai kamu jenis "kiss n tell " ini amat memuakkan dan sy berani bertauh angkatan pemuda umno pun akn takut nak ambik anda sebgai unit gerak pasukan gempur mereka..tapi anda hanaya layak d guna sebgai anjing2 penyalak utk buat recky mncari tempat musuh. ngat tu bole la..yg selebihnya bole belah. They dont need sissy whistle blowers within their fratenity but consistent hard core change drivers and leaders!
wassalam



Tntg

--- On Sat, 4/2/11, hbk7879 <hbk7879@gmail.com> wrote:

From: hbk7879 <hbk7879@gmail.com>
Subject: [sim] ARTIKEL : Kenapa Kami tinggalkan PAS
To: "SIM" <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>
Date: Saturday, April 2, 2011, 8:05 PM

 



Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS

AS;HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai
perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus.. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS.. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus.Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba' dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan 'ulamak' seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak adapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat.. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS)mengiktiraf bahawa system khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah
-Rahman Kadir-
Garapan Anak Seberang at Thursday, March 31, 2011






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment