Wednesday, April 13, 2011

RG09... KAMI TAK JUAL COKE DI SINI

 

KAMI TAK JUAL COKE DI SINI

March 25th, 2011 | 10:43 am | Isu Semasa | 6 responses

Hakimsa (kanan) dan pembantunya pelawa anda cari Coke dalam peti sejuk di restorannya

Duduk dan order satu Coke. Besar kemungkinan anda akan terperanjat sakan. Tidak pernah anda memasuki mana-mana restoran mamak dan tidak dihidangkan minuman lazim anda. Tidak pernah.

"Kami tak jual Coke di sini. Maaf," kata pelayan beruniform di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam Worldwide. "Tetapi kenapa?," anda bertanya agak kecewa dan juga hairan. "Oh, sebabnya Coke salah satu produk yang secara terang-terangan membantu Israel. Si Zionist tu?," dia menjawab, anda pula termalu kerana dididik kepada siapa anda patut berpihak.

Menurut ampunya Restoran Hakim, Haji Hakimsa Shah, dia telah memboikot Coke daripada menghampiri peti sejuknya sejak serangan berdarah tanpa berhati perut oleh Israel ke atas Gaza pada tahun 2008. Baginya, kerakusan dan kezaliman rejim apartheid gila zionist Israel itu cukup untuk dijadikan alasan membantutkan mana-mana pendana yang menyalurkan wang kepada negara haram itu. Walaupun hanya pada kadar 1 sen bagi setiap tin Coke.

Hakimsa memiliki dua buah restoran 24 jam di Seksyen 7, yang pertama di Worldwide berhampiran Universiti Industri Selangor dan sebuah lagi di jalan menghala ke kawasan perindustrian Bukit Raja. Dalam usahanya yang kerdil, Hakimsa yakin dia mampu menyebarkan mesej bahawa sesiapapun jangan memberikan sambutan kepada negara seperti Israel yang sedang mewah dengan hasil jualan produk-produk pengeluar yang sememangnya mendanakan rejim ganas zionist itu. Dia memaklumkan Biro HALUAN Palestin bahawa jualan kasarnya tidak terjejas sejak memboikot Coke, malahan bertambah pula rezekinya.

Suatu petanda kepada peruncit dan pengusaha restoran bahawa tidak ada alasan untuk menolak jenama-jenama yang memboncengkan Israel. Tahniah kepada Restoran Hakim. Kami yakin beliau akan muncul di kaca TV selepas berita ini tersebar. Namun, kami masih perlu meyakinkan beliau untuk terus memboikot kesemua 6 jenama yang dikenalpasti Biro HALUAN Palestin. Ianya seperti logo-logo di bawah. Sila klik di atas logo berkenaan untuk mengetahui kenapa anda perlu memboikotnya.

     




--




Re-Entry "Ticket to the Moon" is the first space tourism music video in the world!
Samuel Coniglio, Vice President, Space Tourism Society, US.

Achievement
Represents STS-MC to 4th IAASS Conference, Huntsville, US.
Awarded as world 1st music video for space tourism by Space Tourism Society, US. 
Participate in MISTI (Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor) with STS-MC
"Ticket to the Moon" as an opening video for MISTI ceremony.
  
Incoming Event
Space Tourism 2011, Profiting from the Emerging Space Experience Economy.
April 27, 28 and 29, 2011 in West Los Angeles
Representing Malaysia in the presentation of Re Entry Animated.
 
Re Entry consultant and contents provider : Prof Dr. Patrick Collins


Supported by:

Recognized as world 1st animated movie concept for space tourism by:
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment