Tuesday, April 19, 2011

RG09... Majlis Makan Malam Amal rumah anak yatim/miskin/8 asnaf/ berpenyakit kronik

 

Membangunkan Insaniah

PUSAT JAGAAN SUCI ROHANI
109, Jln BU 7/1, Bandar Utama, P.Jaya, Selangor; Tel: 019-5527528; emel: sucirohani2010@yahoo.com; web: http://www.rumahamalsucirohani.com/
_______________________________________________________
19 April 2011

Pusat Jagaan Suci Rohani (PJSR) iaitu rumah anak yatim/miskin/8 asnaf/berpenyakit kronik yang saya sedang uruskan sekarang akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam Amal seperti berikut:
Tempat : DEWAN PERDANA IKHWAN,
A-1-1, Jalan PJU 6, Pelangi Square
Persiaran Surian, Kota Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor DE.
Tarikh : 29 April 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam – 10.30 malam

2. Dengan rendah hati dan penuh harapan, saya menjemput anda sekeluarga serta rakan taulan ke majlis tersebut.

3. Meja (dengan 10 kerusi) yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Meja VIP : RM 3,000.00
Meja Perdana : RM 1,500.00
Meja Mutiara : RM 750.00

4. Majlis ini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan konsert muzikal Islam oleh kumpulan nasyid Generasi Harapan serta anak-anak PJSR sendiri.

5. Sekiranya anda tidak dapat hadir, anda masih boleh menaja meja untuk dihadiri oleh golongan yang diraikan seperti anak yatim dan miskin, ibu tunggal, OKU, warga mas dll.

6. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek atas nama:
PERKHIDMATAN SUCI ROHANI (CIMB 12290000765103)

7. Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya Ismaiza @ Nadia bt Ismail di talian 019-5527528 .

8. Mohon sahkan kehadiran sebelum 25hb April ini. Segala kerjasama dan sumbangan yang dihulurkan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Yang menjalankan amanah,

Nadia Ismail
(Penyelaras Program)

"Barangsiapa yang mengikutsertakan seorang anak yatim di antara dua orang tua yang Muslim, dalam makan minumnya sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk Syurga". - hadis riwayat Abu Ya'la dan Thobrani, sahih At-Targhib.

Nota: Resit LHDN akan diberikan atas permintaan untuk sumbangan/belian RM500 ke atas.
______________________________________________________
KERATAN JAWAPAN (sila copy dan isikan kemudian mesej semula kepada saya).

1. Saya _______________________________________________ ingin menempah _________ meja seperti berikut: (sila tandakan di bawah)
Meja VIP (RM3,000.00) (jika kerusi nyatakan bilangan)
Meja Perdana (RM1,500.00) (jika kerusi nyatakan bilangan)
Meja Mutiara (RM 750.00) (jika kerusi nyatakan bilangan)

2. Saya membuat bayaran untuk meja yang ditempah dalam bentuk (bank in/transfer) wang tunai atau cek seperti berikut:
Tarikh:
Masa:
No rujukan:
No cek (jika berkenaan):
Jumlah: RM ________.

3. Saya akan hadir/tidak dapat hadir ke majlis ini seramai _______ orang.

(Sekiranya tidak dapat hadir, meja anda akan diisikan dengan golongan yang diraikan seperti anak yatim/miskin, ibu tunggal, wargamas dan lain-lain).


Yang benar,



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment