Wednesday, April 13, 2011

RG09... Misi Sinar Harapan: Misi Bantuan&Ziarah ke Perkampungan Miskin, Baling, Kedah

 

Dari blog Sanggar Suri http://eksekutifsuri.blogspot.com/
(Jemput ziarah blog untuk maklumat lanjut&gambar)
 
 
 

TARIKH: 5-6 MAC (Sabtu-Ahad)
TEMPAT ZIARAH:
Kg Memali, Kg Bogor, Kg Becah Sawa, Kg Charok Putih Baling Kedah.



Laporan daripada blog sahabat seperjuangan, Pn Siti: Al-Jauhar

Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah SWT dengan izin-Nya kami telah dapat menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk miskin sekitar Baling, Kedah (nama-nama kampung sila lihat artikel sebelum ini).
 










Seramai 50 keluarga telah dipilih bagi menerima sumbangan berupa makanan harian seperti beras, gula, susu, tepung dll. Peruntukan RM100/keluarga. Antara penduduk yang menerima bantuan 34 terdiri dari keluarga miskin dan 16 terdiri dari ibu tunggal.
 







 

Majlis penyampaian diadakan di Kg Becah Sawa pada 5 Mac 2011 jam 4.00ptg. Pada petang tersebut seramai 42 keluarga menerima bantuan, manakala 8 keluarga lagi sumbangan mereka di hantar terus ke rumah-rumah.

Syukur kepada Allah SWT yang telah membuka hati para dermawan walau dimana jua mereka berada di dalam dan luar negara. Antara mereka dan kami yang menjalankan amanah ini tidak ada yang mengenali antara satu sama lain tetapi dengan kuasa-Nya Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah kami dapat mengumpul sedikit dana bagi tujuan misi bantuan ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua dermawan, semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNya dengan amal jariah yang kalian buat selama ini. Kami mendoakan agar kalian sentiasa diberkati dan dirahmati. 
 

Sedikit rentetan perjalanan kami : -

Rombongan kami seramai 18 orang termasuk kanak-kanak. Barang-barang dibawa dengan kenderaan pacuan 4x4 (2 Triton & 1 Hilux). Tunku Maziah dan Puan Win serta 3 anak-anak beliau telah menyertai misi ini dengan membawa buku-buku dan baju.

Sebuah lagi kereta, iaitu Puan Elly dan suami serta anak-anak, yang membawa cup cakes untuk diagihkan kepada penduduk.

Perjalanan kami dari KL bermula seawal 7.30am sampai di Kuala Kangsar jam 10.30am. Di Kuala Kangsar kami singgah di kilang IMP (industri produk Islam) untuk membeli Hot Chocolate(minuman saperti Milo) dan biskut untuk penduduk miskin.


Bertolak ke Baling jam 11.30am berhenti rehat (lunch) di Pengkalan Hulu dan tiba di Baling jam 2.00ptg.

Selepas solat kami terus ke tempat majlis diadakan di Kg Becah Sawa tidak jauh dari tempat penginapan kami (about 5 mins drive from Leggong Hot Spring Resort).


Setelah selesai kami dijamu dengan minuman petang, kami terus menghantar barang ke 2 buah rumah sekitar Kg Becah Sawa kemudian kami terus ke Sik (perjalanan 30 min) juga menghantar barang kepada seorang ibu tunggal bersama 3 orang anaknya yang menumpang dengan bapanya setelah kematian suami dalam kemalangan jalan raya 2 bulan yang lalu.


Keesokan hari kami telah melawat dan menghantar barang ke 4 buah rumah penduduk kampung daif 2 daripadanya warga emas tinggal bersendirian. Lagi gambar-gambar sila buka post Aljauhar: Misi Baling 2.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Elly  012-3614014       

Eksekutifsuri Bakery

 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment