Wednesday, April 13, 2011

RG09... ~~~Ombak Itu~~~

 


Semalam aku mengintai ombak
yang berselendangkan resah
namun tenang di dada laut
tersenyum menyapa langit
perlahan menyapu lembut pantai

Semalam aku dengar ombak beristifar
gemersik lembut meredah senja
tenang dalam dakapan lembayung jingga
wajah bersih disapu air keramat
tatkala melambai senja nan indah

Semalam aku lihat ombak bersedih
air mata menbuak sepi
gagah meleraikan kepingan rindu
ikatan genggam tangan berkasih
perlahan meninggalkan percikkan sayang
berlalu bersama kelam malam

Semalam aku lihat ombak bertafakkur
Menarik tali-tali buih doa
tanda syukur pada Pencipta
adakah esok dapat menyapa
kembali dengan deruan rindu
selagi Ilahi memberi ruang
ombak tetap bertemankan pantai

           Nukilan rasa:
~~~Shania@Meirong~~~

-- 


Baby mosquito came back after 1st time flying.

His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, 
Everyone was clapping for me!"
Now thats a Positive Attitude.

♪♫•*¨*•.¸¸♥♥¸¸.•*¨*•♪


28v830l

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment