Tuesday, April 5, 2011

RG09... Yayasan Felda tubuh institut Hafazan al-Quran

 

Yayasan Felda tubuh Institut Hafazan al-Quran

 
       Yayasan Felda akan menubuhkan Institut Hafazan al-Quran bagi memenuhi keperluan masyarakat yang mahu mempelajari dan mendalami kitab suci itu.

Pengerusinya berkata, institut tersebut akan dibangunkan di Sungai Kelah, Perak dan dijangka siap serta boleh memulakan operasi pada 2012.

"Ketika ini, fasa pertama pembinaan institut tersebut berjalan lancar. Ia perlu melalui beberapa fasa pembinaan lagi sebelum boleh memulakan operasi dan kita jangkakan menjelang 2012 institut tersebut sudah boleh dibuka untuk pendaftaran.

"Pada peringkat permulaan, kami akan mengambil 20 orang penuntut sahaja daripada pelbagai peringkat usia. Kami membuka tawaran kepada sesiapa sahaja yang berminat mempelajari serta mendalami al-Quran dan tidak terhad kepada warga Felda sahaja," katanya pada majlis penyerahan sumbangan oleh Tradewinds (M) Bhd. (Tradewinds) kepada Yayasan Felda di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi Tradewinds, Datuk Syed Abdul Jabbar Syed Hassan menyerahkan cek bernilai RM2.5 juta kepada Mohd. Yusof untuk disalurkan ke dalam dana Yayasan Felda.

Menurut Mohd. Yusof, selain pembinaan Institut Hafazan al-Quran, yayasan itu juga terlibat dalam projek pembinaan rumah penjagaan warga emas di lokasi yang sama.

Katanya, projek yang diberi nama 'Green Home' itu merupakan pusat penjagaan warga tua yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dalam persekitaran kampung yang mendamaikan.

"Kami faham pada masa kini anak-anak sentiasa sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk menjaga orang tua mereka. Jadi, kami menawarkan bantuan untuk menjaga orang tua mereka supaya tidak diabaikan.

"Green Home dijangka memulakan operasi pada tahun ini dan 15 warga emas yang paling awal mendaftar akan diambil pada peringkat permulaan ini," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment