Sunday, April 10, 2011

RG2011... Replika kereta lumba jadi tukun rekreasi

 

Replika kereta lumba jadi tukun rekreasi

09/04/2011 7:55pm

BESUT – Replika kereta lumba F1, kereta kebal dan pelbagai objek menarik bakal dilabuhkan di pulau-pulau tumpuan pelancong sebagai "tukun rekreasi" untuk menarik penyelam.

Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia (JLTM), Dr Sukarno Wagiman berkata, pihaknya mendapatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta dan individu yang berminat menyumbang aset yang bersesuaian untuk dijadikan tukun rekreasi.

"Kita sedang cuba dapatkan kerjasama dengan agensi yang ingin lupuskan aset untuk dijadikan tukun rekreasi, contohnya kereta kebal milik Kementerian Pertahanan.

"Pihak Petrosains juga telah memberi komitmen menyerahkan bahan pameran iaitu replika kereta lumba F1 kepada kami," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan Program Khidmat Sosial Korporat Bank Rakyat melabuhkan tiga tukun mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) dan melakukan pembersihan pantai di Taman Laut Pulau Perhentian, di sini. – Bernama
 
 
p/s : Ingat nak suruh letak sekali kapal selam ngan jet yang takde enjin tu sekali.... haa baru dasat ikon perlancongan kita....

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment