Wednesday, September 28, 2011

Re: RG2011... senarai mkn yg mengandungi lemak babi

 


as-salam. berikut disertakan penerangan tentang "E-Kod" in response with the email yang telah dihantar oleh seorang
saudara kita (mohd fauzi GE). sila baca. harap maaf jika terkasar bahasa. email ini (penerangan tentang E-Kod) juga
telah diberikan oleh seorang forumers.

- Rizla -

E-Kod Untuk Emulsifier Lemak Babi - Email kali ke 2...Rizal baca dan perasan org lain delete kot

 

السلام عليكم ورحمة الله

 

Bila nak buat keputusan tanya kepada yang arif dan mengetahui jangan kita anto email dan membuat habis sedunia menjadi was-was dan membuat orang menjadi kelam kabut. Betul mencari yang HALAL itu fardhu tapi jangan plak sebb kita mengirim email yang tiada punca sahih dan endorsement dari pihak berkenaan maka kita telah menyebarkan berita palsu dan membuat semua org jadi x menentu….dan menyusahkan semua orang…macam macam email pasal E-Code ini diterima ada dari pusat penyelidikan university ada dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan macam-macam lagi….

 

Sila baca jawapan dari org yang tahu dan lebih arif semoga selepas ini jangan ada yang main anto jer tanpa ada rasa tanggungjawab…..lepas baca email dibawah rasa kita ni masih kurang ilmu rupanya…..

 

Salam….

 

MSA.KSA.Yansab.SABIC

 

 

From: Md Yusoff,Othman,PETALING JAYA,Regulatory Affairs

Sent: Tuesday, June 16, 2009 4:18 PM

To: Ahmad Termazi,Shaiful Bahrin,BUKIT RAJA,NDC Distribution

Subject: RE: E-Kod Untuk Emulsifier Lemak Babi

 

Salam Shaiful,

 

Seperti yang saya terangkan terdahulu kekeliruan ini adalah disebabkan kurang pengetahuan. E-numbering di ujudkan bagi pengkelasan bahan-bahan.

Tiada satu e-number pun yang merujuk kepada babi ataupun satu satu unsur binatang. Umpamanya E471 yang terlalu banyak dikaitkan dengan babi. E 471 adalah kumpulan bagi emulsifiers yang mengandungi mono & diglycerides of fatty acid. Halal atau haramnya E-471 terletak pada unsur fatty acid tersebut. Sekiranya unsur fatty acid itu dari minyak sayuran kenapa pula tak halal. Saya bagi contoh kalau kita buat produk halal menggunakan emulsifier halal dari minyak kelapa sawit, produk ini akan disahkan halal. Sekiranya produk ini hendak dieksport ke Europe, label nya mesti diletakkan e-numbering dan e-number disini untuk emulsifier dari minyak kelapa sawit pun ialah E-471. Perkara yang penting disini ialah dengan melihat samada produk itu telah disahkan halal atau tidak. Jika terdapat pengesahan halal janganlah dirisaukan tentang e-number kerana tiada spesifik e-number yang merujuk kepada babi. Sekiranya tiada halal logo dan ada e-number yang mencurigakan barulah timbul was-was pada hati kita.

 

Berkenaan e-mail saudara dibawah ini saya rasa dia sangat tidak faham tentang pensijilan halal dan juga penggunaan serta pengklasan e-number. Contoh nya E-100 ialah kunyit, E140 adalah chlorophyll yang biasanya diekstrak dari sayuran hijau, E-160 adalah pewarna seperti carotene  dari carrot dan juga paprika.

 

Didalam pensijilan halal setiap satu ingredient akan diselidik secara terperinci. Sekiranya satu ingredient pun yang mencurigakan, sijil halal tidak akan diberi.

 

Didalam kes produk yang mempunyai e-numbers yang mencurigakan dan tidak mempunyai pengesahan halal sebaiknya kita tinggalkan. Sekiranya pensijilan halal telah diberikan, gunalah tanpa was-was kerana setiap badan halal mempunyai pegawai syariah dan juga food technologist yang akan menyelidik secara terperinci sebelum sijil halal dikeluarkan.

 

Harap dapat manfaat tentang penjelasan ini.

 

Othman




RG2011... senarai mkn yg mengandungi lemak babi

mohd fauzi ge to: respeks_group@yahoogroups.com
09/15/2011 02:40 PM

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com

Please respond to respeks_group







 

Senarai Kod Produk Makanan yang mengandungi Lemak Babi


Ditulis pada March 28, 2010 – 8:30 am | Oleh nuaeman

Share
" Ko beli Jajan apa? " tanya aku pada seorang staf
" Ntah apa kenama niha.. makanan jepun.. macam mamee jee rasanya.. Kenapa Mad? " dia membalas..


" Tidaklaa.. saja tanya.. sebab ada laporan keropok Rota yang biasa kita makan tu.. ada kandungan lemak babi berdasarkan kod E110 yang tertulis dibelakang plastik " aku cuba jelaskan..
" Eh! betul ke? aku dah makan jajan tu dari kecil lagi.. takkan Jakim sampai sekarang tak perasan.."


" Bukan ko aje.. aku pun sama.. aku sendiri pelik dengan Jakim ni.., setakat ni hal tu masih dalam siasatan Jakim disebabkan syarikat pengeluar produk tu tiada dalam senarai pemegang sijil halal Jakim.. walaupun belum jelas kesahihannya.. kod E110 tu memang tersenarai antara kod yang mengandungi lemak babi.. kalau dah wujud was-was baik tak payah makan.."
" Kalau macam tu Jajan yang kita makan ni pun tak selamat lah yek..?  tapi ini ada logo halal? " soalnya
" Logo Halal? heh.. benda tu boleh print je bang.. bukan susah pun.. percaya atau tidak.. yang sijil halal pun sekarang ni.. dah jadi barang dagangan.. dah boleh dibeli.. tapi bukan dari Jakim lah.. dan sebenarnya bukan jajan saja tapi banyak lagi makanan yang dijual kat kedai tu masih diragui kehalalannya.. emm ko pernah makan produk sotong kering yang bergula, aku lupa nama produk tu.. nanti aku tunjuk gambar.."
" Err.. rasanya aku tau.. suka jugak aku makan.. kenapa..?"
"Emm.. itu aku memang tak suka makan.. dan baru-baru ni ada laporan dibuat yang mana sotong tu sebelum di sira dengan gula.. diorang bersihkan guna bulu babi..  dan syarikat tu dah diambil tindakan pun.. Jabatan agama dah kesana untuk samak,, tapi produk yang ada kat pasaran masih dijual aku tengok.. tak silap kat Mersing kampung aku.. banyak dijual sotong kering bergula tu.." ulas aku
"Adeh… berapa banyak sumber babi daa kita dah termakan ni..?"
" Sebab tulah agaknya perangai manusia kat Malaysia ni dah makin teruk.. itu belum lagi aku cerita kat ko pasal bihun cap masjid tu orang bukan islam yang uruskan.. dengan anjing sana sini..  haha.." jawab aku..
dia terlopong..
Topik tentang halalan thoyibah menjadi isu utama majalah Milenia Muslim bulan march dan kebanyakkan apa yang aku sebut  adalah bersumber dari majalah tu. Di dalam majalah itu juga ada paparan mengenai salah satu kilang membuat rempah yang diserbu dimana tahi anjing kelihatan bersepah di lantai.
Ada juga dibangkitkan tentang isu kandungan babi di dalam produk makanan. Di bawah ini aku kongsikan senarai kod makanan yang mengandungi lemak babi.
1.E100, 2. E110, 3. E120,  4. E 140, 5. E141, 6. E153, 7. E160, 8. E161, 9. E210,
10. E213, 11. E214, 12. E216, 13. E234, 14. E252, 15. E270, 16. E280, 17. 300,
18. E301, 19 E325, 20. E326, 21. E327, 22. E334, 23. E335, 24. E336, 25. E337,
26. E422, 27. E430, 28. E431, 29. E432, 30. E433, 31. E434, 32. E435,
33. E436, 34. E440, 35. E441, 36, E470, 37. E471,  38, E472, 39. E473,
40. E474, 41. E475, 42. E476, 43. E477, 44. E478,  45. E481, 46. E482,
47. E483, 48. E491, 49.E492, 50. E493, 51. E494, 52. E495, 53. E542,
55. E570, 56. E572, 57. E631, 58. E635, 59. E904.
Kita memang tak sedar bila bahan-bahan ni dah dicampurkan kemudian ada pulak logo Halal pada bungkusannya kan? lainlah kalau dijual sebagaimana HJ Naguib kat bawah ni…


Anda mungkin juga meminati:


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment