Tuesday, September 27, 2011

[WARNING - NOT VIRUS SCANNED] RE: Fw: Re: Fw: Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?

Tanda-tanda akhir zaman- Apabila pandangan ulamak tidak ditongsampahkan...

________________________________

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Khairul Izwan
Sent: Monday, September 26, 2011 6:38 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: Fw: Re: Fw: Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?


Salam,

Kita nak baca al-quran kuat2 tak boleh...Orang cina buat konsert untuk hantu lapar melalak sampai tgh malam takda orang repot pun? Umah aku dekat ngan tokong cina..nak tido pun susah da! dengaq orang dok menyanyi melalak! adoiiiiiiiii

*Orang islam negara kita nie mungkin hati sangattttttttttttt baik! orang buat apa pun takpa..silakan....tapi time kita plak, bangsa mereka menentang kata menganggu la..apa la!


Regards,
Khairul
Email : izwan.im@facebook.com
Twitter : http://twitter.com/izwansc
Money Online : http://tinyurl.com/kuntao


2011/9/23 zam zainal <zamzainal2000@yahoo.com.sg>



mohon komen ustaz Mad yang di hormati..


Isu azan ini jangan dipandang kerdil,...esok lusa, bila Pulau Pinang dah memulakan maka

suku sakat mereka akan mencuba sedaya upaya.. tak dapat ikut MCA diorg masuk ikut DAP... yang rugi nya siapa?


--- On Mon, 22/8/11, zam zainal <zamzainal2000@yahoo.com.sg> wrote:

From: zam zainal <zamzainal2000@yahoo.com.sg>
Subject: Re: Fw: Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, 22 August, 2011, 12:26 PM


Subject: Larangan Menyiarkan Bacaan Al Qur'an Menerusi Speaker

My simple comment on this, pls vet tru witk hikmah.....


Terima kasih sekali lagi kepada kerajaan KEADILAN, selepas pengharaman arak yang cuba dilakukan oleh Dr Hasan Ali dibatalkan oleh DAP, rakan kongsi keadilan, kini giliran bacaan quran pula dilarang menguatkan 'bunyi' nye.


HARAPKAN PAGAR..PAGAR MAKAN PADI! ingatkan KEADILAN mampu memberi kan keadilan yang saksama,... tapi nampaknya lebih teruk daripada "ORANG SEBELUM NYA"....


Remember the Bangsar incident? The MCA guys complaining the azan too loud for his ears and disturbing his comfort sleep after a double dose.. yet we nod! .. YES SIR!!! I "LL LOWER MY BILAL'S SOPRANOS'..


Rememer the lina joy case....?


Remember the converted family in subang?...


Remember the ...............

WHAT HAPPENING TO US?


Or.. is it after this, if there is a restriction of even used a malay word or simply stated bangsa melayu is banned? ( which i believe a folo tru Lina Joy case)..

we just nodded and say.. "TAK PA LAH.. or simply BIAQ PI LAH"


HOW COULD WE DO THIS?


I THINK MOST OF MALAY HERE IS THE MOST STUPENDOUS IDIOCRICY HUMAN BEING EVER LIVED ON PLANET. .EVEN SUCH A SIMPLE ACT BY OTHERS TO DIMINISHED MALAY AND ISLAM COULDNT EVEN BE BOTHERED BY SOME! SUCH AS THIS FELLA--> mboru84@yahoo.com.


How could we so stupid that even we cant define between orders and diminished act? How could islam be a stronghold of Malay, if some of ulama ALWAYS FIND A WAY to 'halal'lised all the lies. How could this ulama paid all their due diligence on such act " larangan menyiarkan bacaan Al Quran melalui speaker"..


CANT WE SEE IT?

ARE WE BLIND ENOUGH TO SEE THE TRU COLOR?

and... how could we compromised on this issue.. its our 'human' rights!


OUR HUMAN RIGHTS, COMPLIANCE TO UN MANDATE:


1: Rights to practise his own religion

2: Rights to practise his own culture

3: Rights to practise his own mother tounge

HOW COULD THIS SURAH BE USED AS AN ARGUMENT?


> "…… Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.". Surah Al Muzammil (73) : ayat 4

>

> Yang dimaksudkan dengan ayat dia atas adalah "bacalah Al Qur'an dengan tartil (perlahan) sebab hal itu akan membantu dalam memahami, menghayati dan merenung...


.bacalah dengan perlahan2.. meaning tartil or tertaur bukan kelam kabut.. ITS GOT NOTHING TO DO WITH BACA KUAT KUAT?

How could a simple argument blinded us all... ulama KEADILAN?


Sometime, even if some said Tun Mahathir is cruel, yet we feel safe under his administration.. call me liars, call me moron... but both u and i do have a same opinion that we agreed!


--- On Sun, 21/8/11, Judge <hairulndt@gmail.com> wrote:

From: Judge <hairulndt@gmail.com>
Subject: Re: Fw: Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, 21 August, 2011, 8:11 PM


Arab Saudi dah lama keluar fatwa yg sama, mereka dah lari dari amalan biasa ke?

On Aug 21, 2011 7:03 PM, "alazizia" <zamora_2662@yahoo.com> wrote:
> apa pulak komen cik/puan kartina selepas membaca huraian panjang lebar spti di bawah ni..agaknya dah tak terkata lagi.."piiiiiiraaaahhhhh"....
>
> --- On Sun, 21/8/11, Izana Hani <izanahani@yahoo.com> wrote:
>
>
> From: Izana Hani <izanahani@yahoo.com>
> Subject: Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?
> To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
> Date: Sunday, 21 August, 2011, 5:57 AM
>
>
>
>
>
>
>
>
> ----- Forwarded Message -----
> From: boru hassan mrboru84@yahoo.com
> To: edd zahir edd_zahir@yahoo.com
> Sent: Saturday, August 13, 2011 9:17 AM
> Subject: Larangan Menyiarkan Bacaan Al Qur'an Menerusi Speaker
>
> Salam sejahtera untuk Ustaz Mad, moga dapat menjalankan Ramadhan dengan baik dan dipenuhi berkah.
>
> Ini juga satu lagi kes terbaru yang menimbulkan berbagai polemik dalam masyarakat. Keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri Pulau Pinang ini amat pelik daripada amalan biasa turun temurun di negara kita ini. Ia telah menimbulkan pertelagahan di kalangan masyarakat Islam sendiri. Macam-macam pro dan kontra sedang berlaku.
>
> Adalah dipohon Ustaz Mad memberi ulasan sedikit dalam hal ini. Dengan kadar segera adalah lebih baik, bagi tujuan ilmiah dan kefahaman bersama dalam memahami isu ini. InsyaAllah.
>
> Wassalam.
>
>
> Maklumbalas
>
> بسم الله الرحمن الرحيم
> السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
> وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
>
> Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
>
> Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menjalani puasa kepada semua rakan jamaah serta para pembaca dan mendoakan agar Allah Swt. menerima semua amalan kita. Permintaan saya terima menerusi email, ada yang meminta secara langsung selepas kuliah dan ada yang membuat panggilan, juga berpesan supaya membuat sedikit maklumbalas. Kerana itu saya pun menulis artikel maklumbalas ini bagi "memenuhi permintaan". Sekadar itulah hasrat saya. Buat kesekian kali saya sebutkan lagi, saya kurang gemar memberikan ulasan ke atas isu-isu semasa kerana tidak mahu terlibat dengan sensasi, kontroversi dan kekecohan. Amat memeningkan apabila terlibat dengannya.
>
> Apa yang saya perhatikan, terlalu banyak hal yang kita-kita ini terlebih emosional dari rasional serta, lebih perasaan dari fikiran. Tambah-tambah lagi dalam hal politik dan agama. Kita-kita ini lebih suka mengikut "lubang biawak' masing-masing berbanding mencari yang Haq yaitu Kitabullah dan as sunnah rasulNya sebagai "sebaik-baik penghuraian". Saya sendiri pun banyak terkena tempiasnya, bermacam tuduhan, kata-kata kesat dan celaan apabila berkata sesuatu yang melawan arus. Dalam banyak hal, fakta, hujjah dan dalil tak dianggap penting rupanya, sebaliknya kata-kata ataupun pendapat orang itu ini dianggap lebih betul melepasi kebenaran yang ditunjukkan oleh Al Qur'an dan as sunnah nabiNya sekalipun. Apalah nak di kata, begitulah rupa paras agama suci Islam ini, yang difahami sebahagian besar kita-kita ini.
>
> Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, maklumbalas saya adalah begini : Saya menyokong penuh pendirian dan keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang. Justifikasi pendirian saya adalah berdasarkan sebab-sebab seperti berikut :-
>
> Membaca Dan Mendengar Bacaan Al Qur'an ul Kariim Mesti dengan Adab
>
> Hal adab dalam membaca Al Qur'an ini telah dijelaskan oleh Allah Swt. menerusi firmanNya di dalam beberapa ayat Al Qur'an ul Majiid :
>
> "…… Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.". Surah Al Muzammil (73) : ayat 4
>
> Yang dimaksudkan dengan ayat dia atas adalah "bacalah Al Qur'an dengan tartil (perlahan) sebab hal itu akan membantu dalam memahami, menghayati dan merenunginya. Disunnahkan membaca Al Qur'an dengan tartil (perlahan) dan dengan suara yang merdu".
> Imam Al Hafiz Abul Fida Imaduddin Ismail bin Umar bin Katsir Al Qurashi Ad Dimasyqi (700H-774H). Tafsir Qur'an Al Adzim Li Ibni Katsir (Tafsir Ibnu Katsir), Jilid 10, halaman 126
>
> "Dikatakan kepada pembaca Al Qur'an, bacalah, maka darjat kalian akan naik, Dan membacalah dengan tartil seperti bacaanmu di dunia. Sesungguhnya kedudukanmu sesuai dengan akhir ayat yang kamu baca. Membaca satu juz Al Qur'an dengan tartil adalah lebih baik daripada membaca 2 juz dengan waktu yang sama dengan tanpa tartil. Tujuan kesunnahan untuk membaca dengan tartil adalah untuk merenungi. Dan kerana itu adalah lebih dekat kepada pengagungan dan penghormatan dan lebih berpengaruh ke dalam hati. Kerana itulah juga disunnahkan tartil bagi orang asing yang tidak memahami maknanya".
> Imam Al Hafiz Abul Fadhl Jalaluddin Abdur Rahman bin Kamaluddin bin Abu Bakar bin Muhammad bin Sabiquddin al Suyuthi (849H-911H) : Al Itqan Fi Ulumil Qur'an, Jilid 1, halaman 581
>
> Disunnahkan untuk membaca dengan merenungi, menghayati dan memahami (tadabbur). Yakni memperhatikan sungguh akan janji baik dan janji buruk (wa'ad dan wa'id), harapan-harapan dan ancaman-ancaman (targhib dan tarhieb,) hikmah-hikmah yang terkandung di dalam Al Qur'an, hukum-hukumnya serta mengambil pelajaran dan nasihat daripadanya. Inilah tujuan utama dan perintah yang paling penting. Dengannya hati akan menjadi lapang dan menjadi bersinar. Allah Swt. berfirman :
>
> "Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka merenungkan (memperhati) ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran". Surah Sad (38) : ayat 29
>
> "Maka apakah mereka tidak merenungkan (memperhati) Al Qur'an? Kalau kiranya Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya".
> Surah An Nisaa' (4) : ayat 82. Ayat yang sama di dalam Surah Muhammad (47) : ayat 24
>
> "Maka apakah mereka tidak merenungkan (memperhati) Al Qur'an ataukah hati mereka terkunci".
> Surah Muhammad (47) : ayat 24
>
> Caranya adalah dengan membuat hati sibuk memikirkan maknanya terhadap apa yang diucapkan, sehingga dia mengetahui makna setiap ayat, memperhatikan perintah-perintah dan larangan-larangan dan meyakini akan menerima hal itu. Jika dia berasa telah membuat kekurangan pada masa lalu, maka dia meminta ampun dan beristighfar. Jika melewati ayat tentang rahmat, maka dia merasa gembira dan memohon, atau melewati ayat tentang siksa, maka dia merasa sedih dan meminta perlindungan atau melewati ayat tentang kesucian Allah, maka dia mensucikanNya atau ayat tentang doa, maka dia merendahkan diri dan memohon.
> Imam Al Hafiz Jalaluddin Abdur Rahman al Suyuthi : Al Itqan Fi Ulumil Qur'an, Jilid 1, halaman 582
>
> Apabila seseorang mula membaca Al Qur'an, sikap dan keadaannya hendaklah khusyuk dan tadabbur. Yakni dengan merenung dan memikirkan apa yang dibacanya. Inilah sebenarnya matlamat yang dituju. Dengan cara begini, hati dan dada akan menjadi lapang untuk menerima ajaran agama. Dengan cara inilah juga, hati akan mendapat nur kalamullah. Ada dalam kalangan salaf yang semalaman suntuk hanya membaca dan merenungkan secara berulang kali sesuatu ayat Al Qur'an sahaja sehingga waktu Subuh. Antara mereka ada yang menemui ajal sewaktu membaca Al Qur'an kerana takut akan Allah.
> Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Sharaf bin Murri bin Hassan bin Husain bin Muhammad An Nawawi (631H-676H) : At Tibyan Fi Adab Hamalatil Qur'an, halaman 45
>
> Terdapat beberapa ayat lagi yang Allah Swt. menyatakan tentang sikap, adab dan etika kepada para pembaca dan orang yang diperdengarkan bacaan Al Qur'an ul Hakiim kepada mereka.
>
> "Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur'an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur'an dan kenabian Muhammad Saw.)
> Surah Al Maaidah (5) : ayat 83
>
> "Katakanlah, berimanlah kamu kepadaNya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud. Dan mereka berkata: "Maha suci Tuhan kami ; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk".
> Surah Al Israa' (17) : ayat 107, 108 dan 109
>
> "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat".
> Surah Al A'raaf (7) : ayat 204
>
> Setelah Allah Swt. menyebutkan Al Qur'an itu merupakan bukti yang nyata, petunjuk dan rahmat bagi ummat manusia, Allah memerintahkan supaya diam ketika dibacakan Al Qur'an. Sebagai suatu pengagungan dan penghormatan kepadanya, tidak seperti apa yang dilakukan oleh orang kafir Quraisy dalam ucapan mereka :
>
> "Dan orang-orang yang kafir berkata : janganlah kamu mendengar dengan bersungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka)".
> Surah Al Fussilat (41) : ayat 26
>
> Ayat di atas bermaksud, jika dibacakan Al Qur'an kita diwajibkan mendengar dan memperhatikan (tadabbur) sambil berdiam diri baik di dalam solat atau diluar solat. Bahkan itu ditekankan lagi dalam solat wajib jika imam membaca ayat Al Qur'an secara jahar (jelas/keras).
> Imam Al Hafiz Ismail bin Umar Ibnu Katsir : Tafsir Qur'an Al Adzim Li Ibni Katsir (Tafsir Ibnu Katsir), Jilid 3, halaman 514
>
> Demikianlah perintah Allah Swt. ke atas orang yang membaca dan mendengar Al Qur'an yang dibacakan. Ini adalah perintah adab, sikap dan etika yang tidak pernah terbatal oleh apa keadaan pun. Maka itu, apalah akan terjadi ke atas ayat-ayat Allah ini sekiranya dibaca atau didengari bukan secara tadabbur. Ini merupakan suatu penghinaan sepertimana perbuatan orang-orang kafir. Kalam suci Allah ini bukannya lagu-lagu yang merdunya suara serta glamernya penyanyi yang diambilkira. Mana mungkin dibaca atau diperdengarkan Al Qur'an itu dalam keadan tiada siapa pun yang ambil pusing, tak faham apa satu, sibuk dengan aktiviti masing malah lebih-lebih lagi sekarang ini orang lebih sibuk dengan "sedapnya qari ni, bagusnya taranum ni". Ini bukanlah tadabbur Al Qur'an, akan tetapi menjadikan kalam-kalam suci ini setaraf pertandingan lagu sahaja.
>
> Nabi Saw. bersabda :
>
> "Celakalah orang yang membaca Al Qur'an, padahal ia tidak memperhatikan maknanya".
> Hadis riwayat imam Ibnu Hibban rohimahullah
>
> Nota : rujukan dan bacaan lain
> Lajnah Daimah Lil Buhuth AlIimiyah, Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi : Bida'u an Nas Fil Qur'an
> Syeikh Al Adiib Bakr bin Abdullah Abu Zayd : Bida' ul Quraa
>
> Larangan Mengeraskan Suara Membaca Al Qur'an
>
> Allah Swt. melarang membaca Al Qur'an dengan keras dalam solat kecuali dengan bersederhana dan didengari oleh telinga pembaca sendiri.
>
> "Katakanlah : serulah Allah atau katakanlah Ar Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara keduanya".
> Surah Al Israa' (17) : ayat 110
>
> Di dalam satu hadis, Rasulullah Saw. menyuruh supaya bacaan Al Qur'an diperbuat secara sederhana selaras dengan makna ayat Al Qur'an di atas.
>
> Dari Abu Qatadah rhu. bahawa Nabi Saw. bersabda kepada Amirul Mukminin Abu Bakar rhu. : Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu merendahkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku hanya memperdengarkan kepada Siapa yang aku bermunajat kepada-Nya. Balas Baginda: Angkatlah sedikit (suaramu). Dan Baginda juga bersabda kepada Amirul Mukminin Umar Al Khattab rhu. : Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu mengangkatkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku ingin membangkitkan orang yang mengantuk dan mengusir syaitan. Balas Baginda: Rendahkan sedikit (suaramu). Dalam riwayat lain : "Wahai Abu Bakar, angkatlah suaramu sedikit, dan Baginda bersabda kepada Umar: Rendahkanlah suaramu sedikit".
> Hadis riwayat imam Tarmizi rh. dan imam Abu Daud rh. dengan sanad yang sahih
>
> Sebenarnya, Nabi Muhammad Saw. sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan Al Qur'an dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam sebuah hadis, hal ini diperjelaskan.
>
> Dari Abi Sa'id Al Khudri rhu. dia berkata : "Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), Baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (Al Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah Baginda. Lalu Baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat".
> Hadis riwayat imam Abu Daud rh. dengan sanad yang sahih
>
> Bacaan Al Qur'an mestilah dengan tadabbur serta dilakukan untuk amalan sendiri dengan penuh khusyuk dan tawadhu'. Bukan dengan suara keras dan dan kuat untuk ditunjuk kepada orang. Dalam sebuah hadis hal ini disentuh.
>
> Dari 'Uqbah bin Amir rhu. dia berkata : Aku mendengar Rasulullah Saw. bersabda, "Orang yang membaca Al Qur'an dengan suara keras seperti orang yang bersedekah secara terang-terangan dan orang yang membaca Al Qur'an secara perlahan seperti orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi".
> Hadis riwwayat imam Abu Daud dan imam Tarmizi dan imam Nasa'ie rh. Imam Tarmizi berkata: Hadis ini hasan
>
> Sesungguhnya, Allah Swt. dan rasulNya telah pun menetapkan adab, sikap dan etika membaca dan mendengar bacaan Al Qur'an. Begitu juga bersederhana (bagaimana perlahan dan kerasnya suara membaca) itu telah pun ditetapkan meliputi di dalam atau di luar solat, juga di dalam atau di luar masjid. Begitulah cara yang sebaiknya untuk Al Qur'an dibacakan dan telah jelas juga adab dan etika bagi orang yang mendengar bacaan Al Qur'an. Maka itu, mendengarkan bacaan Al Qur'an untuk seluruh kawasan yang luas, dengan tiada pasti siapa yang ambil tahu dan bertadabbur serta boleh pula menggugat ketenteraman, bukanlah sesuatu yang patut diperlakukan.
>
> Al Qur'an bukanlah seumpama syair, gurindam dan nyanyian lagu-lagu yang boleh didendangkan dan diperdengarkan tanpa batasan, tanpa kira waktu, tanpa ada pula adab-adab tertentu, malah diperbuat pula untuk tujuan seronok-seronok, komersial dan bertanding, melainkan ia adalah Kalam Suci Allah yang membaca dan mendengar bacaannya tertakluk kepada adab dan etika yang termaktub ditetapkan oleh Yang Maha Esa dan rasulNya. Moga kita semua dijauhi Allah Swt. dari bercakap dan berhukum dalam hal bacaan Al Qur'an ini sesedap rasa dan mengikut logic akal sahaja, dan semoga Allah Swt. mengampuni sesiapa diantara kita yang telah tersilap.
>
> والله اعلم
>
> Setakat inilah yang mampu saya nukilkan. Moga saya telah membantu. Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
>
> سكيان
> والسلام
>
>
>
>
>
>
> From: insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com>
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Sent: Saturday, August 20, 2011 8:12 PM
> Subject: Re: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?
>
>
>
>
> Ya benar tetapi fatwa PP tu bukan baru perlis dah lama buat..dan fatwa PP ikut fatwa yg dah ada di saudi dan beberapa negara teluk yg umat islamnya hampir 100% adakah makcik tina pandai hukum hakam dari ulama arab dan PP...sekarang makciklah piraaaaaaahhhhh..
>
>
> 2011/8/20 Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
>
>
>
>
>
>
> Yang rasulullah larang tu bila orang dah ada dalam masjid beribadah, kita tak boleh baca quran kuat2 kerana mengganggu. Yang p.pinang larang tu orang tengah sedap tidur. Kat masjid tak ada orang lagi. Jangan cakap nak implement seluruh quran. Nak baca kuat pun dah tak boleh. Orang utara kata Piiiiiiiraaaaaahhhhh.
>
>
>
>
>
> 2011/8/17 Judge <hairulndt@gmail.com>
>
>
>
>
>
>
> Adakah negara Islam dalam konsep yg kecil sahaja.....10-15 minit bacaan Quran, kenapa tak ambil seluruh Quran dan implement...
> kita masih lagi terkongkong dgn Islam setakat bacaan sahaja.....tanpa faham makna dan pelaksanaan...
>
> RasulAllah pernah tegur kerana ada ahli masjid yg baca Quran dengan kuat ....adakah RasulAllah tentang Islam?
>
>
>
>
>
> 2011/8/16 Herry Potter <wiraab@yahoo.com.my>
>
>
>
>
>
>
>
>
> maaf tumpang mencelah..pada saya la, apa guna jadi negara agama rasminy-adalah Islam... kalau stakt dgr ayat-ayat suci 10 15 minit pun kena komplen... aduhhhh....
>
> Best Regards
> -Pokciks-
>
>
>
>
>
> From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
> To: nizam penang <nizam_bgchik@yahoo.com>
> Sent: Monday, 15 August 2011 11:34 PM
> Subject: RG2011... Laungan azan: Mengapa saya X sokong mufti Pulau Pinang?
>
>
>
>
>
>
>
> bagaimana dgn bacaan ketika sembahyang? contoh sembahyang terawikh? adakah nanti akan lenyap dari pendengara umat Islam jika hanya azan sahaja diutamakan? Bagaimana pula dgn perayaan kaum2 lain? contohnya kaum cina? dengan wayang cina 2 3 hari tak habis2? adakah mereka tidak menggunakan pembesar suara? adakah larangan juga dikenakan terhadap mereka? Yang pasti sayang sekali kerana kita tidak menggunakan kelebihan kita sendiri kerana kita sendiri yang tidak mahukannya...
>
>
> 2011/8/15 nizam penang <nizam_bgchik@yahoo.com>
>
>
>
>
>
> Isu Pembesar Suara
>
>
> Isunya adalah tentang bacaan-bacaan - selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai, yang kononnya telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan. Objektif penulisnya barangkali ialah untuk menjaga hati orang bukan Islam dan agar agama Islam tidak dipandang serong oleh mereka. Namun huraian, penghujahan dan konklusi yang diketengahkan olehnya memerlukan kepada sedikit penilaian semula. Alat pembesar suara sudah tentu tidak wujud pada zaman Nabi SAW, namun apa yang ditinggalkan oleh baginda kepada kita ialah hukum mengangkat dan merendahkan suara, yang akan dibincangkan dalam artikel ini.
>
>
> Antara 'penyakit' sesetengah ahli ilmu ialah terburu-buru dalam mengeluarkan hukum atau fatwa tanpa melihat terlebih dahulu dengan teliti dan mendalam terhadap masalah yang dibahaskan. Hanya mengguna pakai sebuah dalil sahaja tanpa melihat dalil-dalil yang lain atau meninggalkan dalil-dalil yang lain, maka terus diputuskan hukum atau fatwa darinya. Kebelakangan, perkara sebegini semakin kerap berlaku baik di kaca tv, radio, akhbar, internet, masjid, dan lain-lain.
>
>
> Dalil-Dalil Larangan dan Ulasannya
>
>
> Saya tidak akan mengupas atau mengulas satu persatu isi kandungan artikel tersebut kerana ia akan mengambil ruang yang panjang. Apa yang akan kita bincangkan di sini ialah dari sudut pendalilan yang diguna pakai iaitu tentang kadar suara dalam melaksanakan ibadah, seumpama solat, membaca al-Quran, zikir, doa, azan dan sebagainya.
>
>
> Antara hujah yang dibangkitkan oleh mereka yang melarang dari mengangkat suara dalam beribadah ialah hadis sahih riwayat Abu Dawud dalam Sunannya (no. 1135):
>
>
>
>
> Quote
> عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري قَالَ: اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ: أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ: فِي الصَّلَاةِ. وفي مسند أحمد (رقم 11461) ومصنف عبد الرزاق (رقم 4216): وَهُوَ فِي قُبَّةٍ لَهُ فَكَشَفَ السُّتُورَ.
>
> Terjemahan:
>
> Dari Abu Sa'id al-Khudri katanya: "Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: "Ketahui sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat". Dalam riwayat Musnad Ahmad dan Musannaf 'Abd al-Razzaq ditambah: "Sedangkan ketika itu baginda berada di qubbah (tempat ibadah) baginda, lalu baginda pun menyingkap tirai-tirai...".
>
>
>
> Hadis ini perlu diteliti dari pelbagai aspek. Selain tekstual hadis perlu juga dilihat dari sudut kontekstual hadis. Perlu juga ditinjau dengan membuat komparatif dengan nas-nas lain, serta situasi 'urf. Demikian kaedah yang perlu dipraktikkan bagi mengeluarkan sebuah hukum atau fatwa, tidak semata-mata berpegang kepada sebuah teks yang terhad. Adakalanya teks yang terhad hanya mampu menghasilkan pedoman dan panduan semata-mata, tetapi belum dapat membentuk sebuah hukum yang releven dan fatwa yang autentik.
>
>
> Tanda-tanda pada zahir hadis tersebut seperti sedang beriktikaf, bermunajat, dan kadar suara yang mengganggu menunjukkan bahawa situasi pada masa itu ialah waktu malam yang bersuasana sunyi dan hening. Penulis berpendapat, agak jauh untuk dikatakan hadis tersebut diucapkan pada waktu siang kerana suasananya agak berlainan dan kadar suara biasanya tidak begitu mengganggu. Siang adalah masa berkerja dan malam adalah masa beristirehat, maka amat sesuailah pada masa itu dielakkan sebarang gangguan dan amat tepatlah teguran Nabi SAW kepada para sahabatnya itu. Justeru menggunakan hadis ini bagi mengeluarkan hukum umum tanpa ada sebarang pengecualian atau perbezaan perlulah diteliti semula.
>
>
> Realiti yang berlaku pasa masa kini, penggunaan pembesar suara biasanya selesai pada atau selepas waktu isyak, atau lebih sedikit jika ada penceramah yang melanjutkan celotehnya, dan bermula semula pada waktu pagi sebelum atau pada waktu fajar. Justeru, tidak berlaku sebarang gangguan pembesar suara antara waktu isyak sehingga subuh. Bagaimana situasi sedemikian dapat dikiaskan dengan hadis di atas yang barangkali ditujukan pada waktu dua pertiga malam, atau separuh malam ataupun sepertiga malam.
>
>
> Manakala hadis yang berbunyi:
>
>
>
> Quote
> عن أَبِي مُوسى الأَشْعَرِيِّ رضي الله عنه، قَالَ: لَمَّا غَزَا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم خَيْبَرَ، أَوْ قَالَ: لَمَّا تَوَجَّهَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، أَشْرَفَ النَّاسُ عَلَى وَادٍ فَرَفَعُوا أَصْوَاتَهُمْ بِالتَّكْبِيرِ: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ لاَ إِله إِلاَّ اللهُ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لاَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا، وَهُوَ مَعَكُمْ... (أخرجه البخاري ومسلم)
>
> Terjemahan:
> Dari Abu Musa al-Asy'ari RA katanya: Ketika Rasulullah SAW memerangi Khaybar, atau katanya: Ketika Rasulullah SAW menuju kepadanya, orang-orang telah melihat sebuah wadi, lalu mereka mengangkat suara mereka bertakbir; Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha illa Allah… Maka sabda Rasulullah SAW: Kasihanilah diri kamu sekalian, sesungguhnya kamu tidak menyeru yang tuli mahupun yang ghaib, sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu sekalian...".
>
>
>
> Zahir hadis ini menunjukkan bahawa teguran tersebut adalah disebabkan kadar suara yang berlebih-lebihan dan melampaui had dalam mengeras dan meninggikannya. Nabi SAW sentiasa membimbing umatnya kepada sikap bersederhana, maka amat wajar baginda memberi teguran tersebut.
>
>
> Kata Imam al-Nawawi:
>
> Quote
> Maknanya ialah kasihanilah diri kamu dan rendahkanlah suara kamu. Perbuatan mengangkat suara biasanya dilakukan orang kerana jauhnya orang yang diajak bicara agar ia mendengarnya, sedangkan kamu menyeru Allah Taala dan Dia bukanlah pekak mahupun ghaib, bahkan Dia Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu dengan ilmu dan liputan pengetahuan-Nya. Maka pada hadis ini terdapat galakan agar merendahkan suara ketika berzikir jika keperluan tidak mendesak untuk mengangkatnya. Sekiranya suara direndahkan, itu lebih beradab dalam memuliakan dan mengagungkan-Nya. Manakala jika keperluan perlu untuk mengangkatnya, barulah diangkat sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis (seperti talbiah dan sebagainya).
>
>
>
> Dalam hadis yang lain:
>
>
>
> Quote
> عن عقبة بن عامر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الجاهر بالقرآن كالجاهر بالصدقة. والمسر بالقرآن كالمسر بالصدقة)). رواه الترمذي، وأبوداود، والنسائي. وقال الترمذي: هذا حديث حسن غريب.
>
> Terjemahan:
>
> Dari 'Uqbah bin 'Amir katanya: Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang membaca kuat dengan al-Quran seperti orang yang berterang-terangan dalam bersedekah. Dan orang yang membaca perlahan dengan al-Quran pula seperti orang yang bersembunyi-sembunyi dalam bersedekah".
>
>
>
> Makna hadis ini menunjukkan kepada keutamaan (keafdalan) dalam membaca al-Quran dan bukannya menunjukkan kepada larangan meninggikan suara. Sedangkan Nabi SAW pernah memerintahkan Abu Bakar al-Siddiq RA agar meninggikan suara:
>
>
>
>
> Quote
> عن أبي قتادة - رضي الله عنه - أن النبيَّ -صلى الله عليه وسلم- قال لأبي بكر : «مررتُ بك وأنت تقرأُ، وأنت تخفض من صوتك؟» فقال : إني أسمعتُ من ناجيتُ ، قال : ارْفعْ قليلا ، وقال لعمر : مررت بك وأنت تقرأُ ، وأنت ترفع من صوتك؟ قال : «إني أُوقِظُ الوَسنان ، وأطردُ الشيطان، قال : اخفِض قليلا». وفي رواية: «يا أبا بكر ، ارْفع من صوتك شيئا ، وقال لعمر : اخفِضْ من صوتك شيئا». رواه الترمذي وأبو داود بإسناد صحيح.
>
> Terjemahan:
>
> Dari Abu Qatadah RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu merendahkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku hanya memperdengarkan kepada Siapa yang aku bermunajat kepada-Nya. Balas baginda: Angkatlah sedikit (suaramu). Dan baginda juga bersabda kepada 'Umar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu mengangkatkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku ingin membangkitkan orang yang mengantuk dan mengusir syaitan. Balas baginda: Rendahkan sedikit (suaramu). Dalam riwayat lain: "Wahai Abu Bakar, angkatlah suaramu sedikit, dan baginda bersabda kepada 'Umar: Rendahkanlah suaramu sedikit".
>
>
>
> Di sini, Nabi SAW menyuruh mengangkat suara jika ianya terlalu perlahan atau tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain, dan melarang mengangkatkan suara jika ianya melebihi had, atau kerana ia dapat menimbulkan sifat riyak dan ujub yang ditegah oleh syarak. Secara mafhumnya, baginda mengajarkan bahawa bersederhana itulah yang lebih utama.
>
>
> Selain hadis Abu Bakar RA tersebut terdapat beberapa hadis lain yang membenarkan mengangkat suara seperti;
>
>
>
> Quote
> حديث أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: لَمْ يَأْذَنِ اللهُ لِشَيْءٍ مَا أَذِنَ لِلنَّبِيِّ أَنْ يَتَغَنَّى بِالْقُرَآنِ يَجْهَرُ بِهِ. (رواه البخاري ومسلم وغيرهما)
>
> Terjemahan:
>
> Dari Abu Hurairah RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: Allah tidak mengizinkan (meredhai) bagi sesuatu, apa yang telah diizinkan kepada Nabi agar berlagu dengan al-Quran, serta mengangkat suara dengannya".
>
>
>
> Kata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar berkenaan dalil-dalil yang zahirnya saling bercanggahan ini: Pengharmonian antara kedua-duanya ialah bahawa suara perlahan itu lebih jauh dari sifat riyak, dan ianya adalah afdal bagi orang yang takutkan demikian. Jika tidak takut riyak pula, maka suara kuat itu lebih afdal dengan syarat tidak menyakiti orang lain seperti orang yang bersolat, tidur dan sebagainya. Maksudnya suara perlahan itu lebih afdal jika takutkan riyak atau menyakiti orang yang bersolat atau tidur dengan suara kuatnya. Suara kuat pula afdal dalam hal yang selain itu kerana amalan tersebut lebih besar, dan manfaatnya dapat dikongsi oleh orang lain sama ada dengan mendengar (dan banyak dalil menunjukkan ianya sebagai ibadah), belajar, mengikut, insaf atau ianya sebagai syiar agama. Ia juga dapat mengetuk hati si-pembaca, menumpukan perhatiannya untuk berfikir dan memfokuskan pendengarannya sendiri. Ia juga dapat menghalang rasa mengantuk,
> menambah rasa cergas, membangunkan orang lain yang tidur dan lalai serta menyegarkannya. Maka bila hadir salah satu niat-niat ini, maka suara kuat itu adalah lebih afdal.
>
>
> Ada diriwayatkan oleh al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus dari Ibn 'Umar secara marfu':
>
>
> Quote
> السر أفضل من العلانية والعلانية أفضل لمن أراد الإقتداء به
>
> Terjemahan: "Cara sembunyi itu lebih afdal dari cara terang-terangan, dan cara terang-terangan pula lebih afdal bagi orang yang mahu agar dicontohi".
>
>
>
> Maka kesimpulannya, tinggi atau rendah suara itu semua adalah bergantung kepada situasi, suasana, tuntutan dan juga keadaan. Selain perlu menitikberatkan kesederhanaan dalam semua aspek.
>
>
> Sila rujuk dengan lebih lanjut tentang mengangkat suara dalam ibadah kepada kitab Sibahah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam 'Abd al-Hayy al-Laknawi (w. 1304H), tahkik Syeikh 'Abd al-Fattah Abu Ghuddah, dan kitab Natijah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam al-Suyuti (w. 911H). Namun menurut Syeikh Abu Ghuddah, kitab Imam al-Laknawi lebih detail dan lengkap perbahasannya.
>
>
> Menangani Isu Sebenar
>
>
> Isu sebenarnya bukan masalah penyalahgunaan pembesar suara, atau benarkan hanya azan sahaja di pembesar suara, tetapi adalah masalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau) terhadap situasi yang mereka duduki. Kita ada pelbagai situasi, ada masjid yang jauh dari kawasan perumahan dan ada yang dekat, malah sebahagiannya berhimpit-himpit dengan rumah orang atau kedai. Ada masjid yang berdekatan dengan pusat maksiat. Ada masjid yang berdekatan dengan hospital. Ada masjid yang berada di kawasan yang majoritinya bukan Islam. Ada masjid bandar, dan ada masjid kampung. Ada masjid yang penduduk sekitarnya bersatu hati, dan ada masjid yang penduduk sekitarnya berbalah sesama sendiri. Suasana bandar yang sibuk pastinya berbeza dengan suasana kampung yang lebih tenang.
>
>
> Peralatan pembesar suara juga perlu diambil kira. Ada pembesar suara yang mahal dan mengeluarkan suara yang enak dan merdu. Ada pembesar suara yang murah dan mengeluarkan suara yang 'serak' dan berdesing sekali-sekala. Begitu juga hal dengan tugas bilal, ada bilal yang bersuara merdu dan sedap didengar, dan ada bilal yang bersuara kurang lemak merdu. Ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan, dan ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir pada waktu tertentu sahaja sebelum azan seperti waktu subuh dan maghrib misalnya. Dan sebagainya lagi.
>
>
> Bayangkan sekiranya masjid tersebut terletak di kawasan yang majoritinya bukan Islam, atau sangat berhampiran dengan hospital, dan alat pembesar suaranya pula sering 'terbatuk-batuk', dipasang pula alunan bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan dan bilalnya pula bersuara 'serak-serak basah'. Apakah agaknya reaksi dan pendapat anda, jika dibandingkan dengan masjid yang terletak di kampung yang penduduknya sekitarnya bersatu hati dan sudah biasa dengan alunan bacaan al-Quran atau zikir pada waktu sebelum subuh dan maghrib, manakala bilalnya pula bersuara lemak merdu. Apakah sama situasinya?
>
>
> Bagaimana pula sekiranya masjid tersebut berhampiran dengan pusat maksiat yang pengunjungnya tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid. Apakah tidak rugi jika semua ceramah-ceramah yang dijalankan di masjid itu hanya untuk orang di dalam masjid sahaja dan suara tidak keluar melebihi pintunya? Semuanya ini perlu diambil kira, bukannya mengeluarkan hukum secara pukul rata.
>
>
> Iktibar Dengan Situasi
>
>
> Abu Dawud meriwayatkan dalam Sunannya dari Ghudhaif bin al-Harith, beliau pernah bertanya kepada 'A'isyah RA antaranya:
>
>
>
>
> Quote
> أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ بِالْقُرْآنِ أَمْ يَخْفُتُ بِهِ؟ قَالَتْ: رُبَّمَا جَهَرَ بِهِ وَرُبَّمَا خَفَتَ. قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً. رواه أبو داود بإسناد صحيح.
>
> Terjemahan:
>
> Adakah puan pernah melihat Rasulullah SAW mengangkat suara dengan al-Quran ataupun memperlahankannya? Jawab beliau: Adakalanya baginda mengangkat suara dengannya dan adakalanya baginda memperlahankannya. Aku berkata: Allahu akbar, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan.
>
>
>
> Kata al-'Allamah Badr al-Din al-'Aini (w. 855H) mengulas hadis di atas:
>
> Quote
> Sabit pilihan bagi si-pembaca (al-Quran atau zikir) sama ada antara mengangkat suara dengannya dan juga memperlahankannya. Diperkatakan, mengangkat suara lebih afdal. Juga diperkatakan, memperlahankan suara lebih afdal. Namun yang benar ialah; ianya terikat menurut iktibar dari segi masa si-pembaca, kedudukannya dan juga situasinya. Maka hendaklah dipelihara mengangkat suara dan memperlahankan suara berdasarkan iktibar tersebut.
>
>
>
> Kata-kata Ghudhaif bin al-Harith RA:
>
> Quote
> "Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan",
> wajar direnung dan diambil iktibar. Perbezaan 'urf dan situasi kerana peredaran zaman perlu juga diambil kira. Apa yang penting, bukan hukum menggunakan pembesar suara yang sudah menjadi 'urf pada masa kini, tetapi adalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau serta para pengunjung masjid/surau juga) terhadap situasi yang mereka duduki. Dan perbincangan ini secara umum meliputi situasi dalam dan juga luar masjid. Persoalannya, bagaimanakah harus mereka mengendalikannya? Jika penulis artikel tersebut menyemak semula masalah ini dan memikirkan semua faktor-faktor yang dijelaskan, pasti dia akan memperbetulkan semula kenyataannya atau menambah apa-apa kenyataan yang wajar dan lebih diterima. Mengeluarkan sesuatu kenyataan atau hukum secara terburu-buru bukanlah suatu tindakan yang bijak.
>
>
>
>
> ZamR
>
>
>
>
>
> From: ust <ustmdcd@gmail.com>
> To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com
> Sent: Monday, August 15, 2011 2:37 PM
> Subject: Re: [chainz_of_frenz] Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?
>
>
>
>
>
>
>
> Antara laungan Azan, Solawat Tarhim dan Ceramah Agama
>
> (FAKTA : Hidup berbilang kaum seperti di dalam negara kita Malaysia ini harus didukung dengan sikap toleransi, saling hormat menghormati antara satu sama lain )
> LAPORAN akhbar mengenai pelbagai kritikan terhadap laungan azan sedikit sebanyak menggemparkan suasana keharmonian negara.
>
> Wujud suasana yang agak tegang dalam isu ini pada awalnya tetapi akhirnya membuahkan hasil yang baik lanjutan daripada perbincangan dan penerangan dari pihak yang berkenaan.
>
>
> Saya ingin membicarakan isu berkaitan masjid dalam dua perkara. Pertama mengenai isu laungan solawat Tarhim dan azan subuh dan kedua, mengenai isu bacaan al-Qur'an dan ceramah agama.
> Dalam hal ini, segenap lapisan masyarakat hendaklah insaf, tahu dan ambil peduli mengenai syiar agama masing-masing. Bagi masyarakat Muslim, Azan adalah syiar agama. Azan adalah kalimah Allah yang dilaungkan dengan suara tinggi bertujuan memberitahu mengenai masuknya waktu solat. Ia satu seruan untuk masyarakat Muslim kembali mengingati Tuhannya.
> Malah dalam sahih al-Bukhari, ada suatu bab berkaitan Azan dan meninggikan suara ketika Azan. Dalam riwayat tersebut, ada gesaan agar dinyaringkan suara ketika azan. Ketika zaman itu, teknologi pembesar suara belum lagi wujud. Namun, dengan bersandarkan teknologi terkini, suara yang perlahan pun sudah memadai untuk menjadi nyaring dengan menggunakan kemudahan alat tersebut.
> Apa yang kita harapkan, penghormatan kepada syiar agama adalah mustahak dan penting. Agama Islam ada syiarnya , antaranya azan. Justeru azan seharusnya dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
> Ini seperti syiar agama dan amalan perayaan lain. Dalam perayaan Tahun Baru Cina misalnya, bunyi mercun berkumandang dan bunga api pula bergemerlapan yang sedikit sebanyak mengganggu kehidupan masyarakat.
> Begitu juga sambutan perayaan Thaipusam yang seperti dilaporkan Wikipedia, turut diadakan upacara tertentu bagi memohon keampunan dosa. Ada yang mencucuk panah besi pada lidah. Ada pula yang mencucuk belakang badan dengan puluhan mata pancing. Bagi masyarakat bukan beragama Hindu, mereka mungkin tidak bersetuju dengan amalan itu.
>
> Tetapi, asasnya adalah penghormatan kepada amalan dan syiar kepercayaan agama masing-masing hendaklah tersemat teguh dalam diri kita. Maka masyarakat Muslim wajib menghormatinya demi keharmonian hidup walaupun berlainan iktikad.
>
> Selain laungan azan Subuh, ada solawat Tarhim kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu solat Subuh di mana selepasnya ada aktiviti ceramah agama di masjid atau di surau. Ada juga bacaan zikir selepas solat berjemaah. Pada sesetengah tempat, ia juga dibuat dengan menggunakan pembesar suara yang kuat seperti azan hingga ke luar masjid.
> Dalam hal ini, azan adalah syiar agama dan wajar dilaungkan dengan kuat. Namun, tidak sama dengan bacaan al-Qur'an, ceramah agama dan sebagainya.
>
> Sewajarnya, bacaan al-Qur'an , ceramah agama hanya dihadkan untuk pendengaran jemaah dalam masjid saja. Kalau ia dibuat dalam dewan kuliah di masjid, maka ia terhad kepada dewan kuliah saja. Kalau dibuat di ruangan solat terbuka, sepatutnya ia hanya sekadar ruangan solat saja. Maka tiada kewajaran untuk dibuka nada suara dengan suara yang kuat.
> Ceramah agama tidak sama dengan azan kerana azan adalah alunan suara keramat yang datang dengan lafaz yang terhad. Kekuatan azan ini dinyatakan dalam satu riwayat hadis bahawa syaitan akan lari keluar daripada masjid apabila azan dilaungkan. Dalam riwayat hadis yang lain, makhluk yang mendengar azan akan menjadi saksi kepada si tukang azan.
> Suara kuat yang boleh mengganggu dalam masjid hendaklah dihindari. Sebagai contoh, ada riwayat hadis bagaimana Nabi Muhammad SAW menegur seseorang yang membaca al-Quran dengan suara yang kuat di dalam masjid. Tidakkah membaca al-Quran itu satu perkara yang baik? Ya, benar bahawa bacaan al-Quran adalah baik. Namun, ketika itu bacaan al-Quran yang kuat itu mengganggu orang lain yang sedang solat. Maka ditegur oleh Nabi SAW agar diperlahankan suaranya.
> Cuba kita fikirkan secara logik pedoman yang diajar oleh Nabi SAW kepada kita. Hari ini, kita mempunyai pembesar suara dan dengannya nada suara yang perlahan akan dapat didengari dalam jarak yang jauh.
> Bagi azan, kita menerima ia sebagai satu syiar agama. Tempoh azan pun tidak lama mungkin sekadar tiga atau empat minit saja.
> Namun, ada masanya sesetengah masjid dan surau menggunakan pembesar suara secara berterusan. Contohnya zikir selepas solat yang dibuat secara berjemaah.
> Tidakkah ada di sana golongan yang masih lagi bersolat kerana tertinggal beberapa rakaat? Tidakkah ada di sana golongan yang baru sampai dan ingin memulakan solat? Tidakkah ada di sana golongan yang ingin melaksanakan solat sunat selepas solat fardu? Maka adalah amat wajar jika alunan zikir selepas solat dibuat dengan suara yang lebih perlahan.
> Bagi kalangan imam, jauhkan sedikit pembesar suara dan sebutlah sekadar awal-awal ayat untuk zikir saja. Ini supaya tidak mengganggu orang ramai dalam masjid. Dikhuatiri alunan suara akan mengganggu orang lain yang bersolat.
> Dalam nas kitab fikah klasik Fath al-Muin dengan syarahnya Qurrat al-Ain disebutkan maksudnya : Guru kami menjelaskan bahawa berlebihan dalam menyaringkan suara dalam zikir dan doa di masjid hingga berlaku gangguan kepada orang yang bersolat, maka sewajarnya ia menjadi haram.
> Kemudian ditambah pula dengan ceramah agama yang mungkin sekitar satu jam. Suaranya keluar daripada masjid. Ada masanya pula ceramah itu mengandungi kejian kepada orang tertentu dan sebagainya. Ada pula ceramah yang mengutuk golongan tertentu. Ada pula ceramah yang melaga-lagakan umat Islam.
> Mungkin ada di kalangan kita yang pernah menghadapi suasana sebegitu, namun khuatir untuk menegur. Kehidupan kita terganggu kerana nada suara ceramah yang mengganggu. Mungkin kita ingin berehat, membaca buku dan sebagainya.
> Kesimpulannya, azan dan solawat Tarhim Subuh dengan penggunaan pembesar suara adalah baik dan telah lama diterima pakai perlaksanaannya di dalam pemerintahan negara kita tanpa sebarang masalah.
>
> Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat laporan media bahawa Pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh pembangkang ulil amri iaitu DAP telah menghalang seruan azan di seluruh masjid dan surau di sana supaya tidak menggunakan pembesar suara.
>
> Surah al-Taubah Ayat 17 - " Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal dalam neraka ".
>
> Surah al-Taubah Ayat 18 – " Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk ".
> Sepatutnya bagi aktiviti selain azan seperti zikir selepas solat, membudayakan al Qur'an, ceramah agama dan sebagainya, ia perlu kepada kawalan suara yang sesuai dengan situasi disekitarnya.
>
> Sekian dulu.Wallhualam.
>
>
>
> 2011/8/13 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Dr Mohd Asri Zainul Abidin
>
>
>
> Kongsi Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.
>
> Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;
>
> 1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
>
> 2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
>
> 3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
>
> 4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.
>
> Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
>
> Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.
>
> Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: "Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
> "Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.
>
> Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
> Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
>
> 5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.
> Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: "Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.
> "Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
>
> Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
>
> Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.
>
>
>
>
>
> --
> More story log on to
> http://www.bazookapenaka.com
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Reply to sender <mailto:izwansc@gmail.com?subject=Re%3A%20Fw%3A%20Re%3A%20Fw%3A%20Re%3A%20RG2011%2E%2E%2E%20Laungan%20azan%3A%20Mengapa%20saya%20X%20sokong%20mufti%20Pulau%20Pinang%3F> | Reply to group <mailto:respeks_group@yahoogroups.com?subject=Re%3A%20Fw%3A%20Re%3A%20Fw%3A%20Re%3A%20RG2011%2E%2E%2E%20Laungan%20azan%3A%20Mengapa%20saya%20X%20sokong%20mufti%20Pulau%20Pinang%3F> | Reply via web post <http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/post;_ylc=X3oDMTJzNGZ0c201BF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzIzNDk0NDE4BGdycHNwSWQDMTcwNTE0MzI1OARtc2dJZAMxMjc1MjAEc2VjA2Z0cgRzbGsDcnBseQRzdGltZQMxMzE3MDIxMjUw?act=reply&messageNum=127520> | Start a New Topic <http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/post;_ylc=X3oDMTJmMTdoMGt1BF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzIzNDk0NDE4BGdycHNwSWQDMTcwNTE0MzI1OARzZWMDZnRyBHNsawNudHBjBHN0aW1lAzEzMTcwMjEyNTA->
Messages in this topic <http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/message/127356;_ylc=X3oDMTM5NjlrNGFnBF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzIzNDk0NDE4BGdycHNwSWQDMTcwNTE0MzI1OARtc2dJZAMxMjc1MjAEc2VjA2Z0cgRzbGsDdnRwYwRzdGltZQMxMzE3MDIxMjUwBHRwY0lkAzEyNzM1Ng--> (2)
Recent Activity:

* New Members <http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/members;_ylc=X3oDMTJnMWhwbzVlBF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzIzNDk0NDE4BGdycHNwSWQDMTcwNTE0MzI1OARzZWMDdnRsBHNsawN2bWJycwRzdGltZQMxMzE3MDIxMjQ5?o=6> 64

Visit Your Group <http://groups.yahoo.com/group/respeks_group;_ylc=X3oDMTJmMXY2bnN2BF9TAzk3MzU5NzE0BGdycElkAzIzNDk0NDE4BGdycHNwSWQDMTcwNTE0MzI1OARzZWMDdnRsBHNsawN2Z2hwBHN0aW1lAzEzMTcwMjEyNDk->
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now. <http://global.ard.yahoo.com/SIG=15ofda5kq/M=493064.14543979.1456248113298430/D=groups/S=1705143258:MKP1/Y=YAHOO/EXP=1317028450/L=214d30aa-e80f-11e0-98a9-633dfb4f19ed/B=5Ez3UmKJiVg-/J=1317021250218775/K=CigdYTL87rvTdT3fKJpM4Q/A=6060255/R=0/SIG=1194m4keh/*http://us.toolbar.yahoo.com/?.cpdl=grpj>

<http://us.bc.yahoo.com/b?P=214d30aa-e80f-11e0-98a9-633dfb4f19ed&T=1cl86eqlh%2fX%3d1317021250%2fE%3d1705143258%2fR%3dgroups%2fK%3d5%2fV%3d2.1%2fW%3dH%2fY%3dYAHOO%2fF%3d1118336018%2fH%3dY29udGVudD0iUG9kY2FzdHM7R3JvdXBzO0ZsaWNrcjtFdmVudHM7MzYwO0VkdWNhdGlvbjtCb29rbWFyaztBbGVydHM7S25vd2xlZGdlX1NlYXJjaDtBdWN0aW9uczsiIGRpc2FibGVzaHVmZmxpbmc9IjEiIHNlcnZlSWQ9IjIxNGQzMGFhLWU4MGYtMTFlMC05OGE5LTYzM2RmYjRmMTllZCIgc2l0ZUlkPSI0NDUyNTUxIiB0U3RtcD0iMTMxNzAyMTI1MDE5Nzc5MCIg%2fQ%3d-1%2fS%3d1%2fJ%3d29228962&U=13cstc815%2fN%3d5Ez3UmKJiVg-%2fC%3d493064.14543979.14562481.13298430%2fD%3dMKP1%2fB%3d6060255%2fV%3d1>
Yahoo! Groups <http://groups.yahoo.com/;_ylc=X3oDMTJlZHBhamVqBF9TAzk3NDc2NTkwBGdycElkAzIzNDk0NDE4BGdycHNwSWQDMTcwNTE0MzI1OARzZWMDZnRyBHNsawNnZnAEc3RpbWUDMTMxNzAyMTI1MA-->
Switch to: Text-Only <mailto:respeks_group-traditional@yahoogroups.com?subject=Change Delivery Format: Traditional> , Daily Digest <mailto:respeks_group-digest@yahoogroups.com?subject=Email Delivery: Digest> • Unsubscribe <mailto:respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com?subject=Unsubscribe> • Terms of Use <http://docs.yahoo.com/info/terms/>

No comments:

Post a Comment