Encik zakaria haron,
Tak perlulah awak nak takut2kan kita dgn nisbah lelaki perempuan 100:105 tu. Ada statistik yg menunjukkan kat Malaysia ni kebanyakan wanita umurnya lebih panjang. Kebanyakan wanita2 yg dah tua tahap nenek2 yg kematian suami ni tak de pun rasa nk kawin lagi. Tu antara sbb kenapa nisbah tak balance.
Lagi satukan, byk lelaki2 muda zmn skrg mati awal sbb merempit, HIV dan menagih dadah, merokok. Tu pun penyumbang jg.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 28 Oct 2011 10:39:23 -0700 (PDT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Akibat Isteri Yang Membayar Kahwin (Dowry) Di India - Isteri di Kongsi
Salam alaik,
hahahaha ... Zak masih ingat saya ye. Kekuatan mengingat biasanya ada pada orang yang selalu berfikir strategik, kerjaya yang memerlukan banyak membuat pengiraan atau ukuran serta yang mengamalkan sunnah Rasulullah di dalam hal pemakanan, kebersihan dan wangian. Syabas kerana salahsatu manfaat utama kuat ingatan ialah rezeki yang melimpah ruah. Semoga Zak dapat banyak lagi bersedekah.
Dalam hal kaum Punjabi Sikh mahupun Jat, amalan poliyandri sebagai budaya yang direstui hanyalah cerita dongeng. Mereka mengamalkan ganti tikar, iaitu di atas kematian suami, maka adik atau abang pada suami dikahwinkan dengan janda itu. Saya tidak boleh nafikan memang ada segelintir Punjabi Sikh yang kaya mengamalkan poliyandri tapi terpencil di daerah Malwa Punjab sahaja atas sebab tidak mahu harta dibahagikan kepada orang luar. Tapi ia bukan budaya mainstream.
Begitu juga amalan poliyandri yang diperkatakan sebagai budaya mainstream sejak ribuan tahun, hanyalah amalan segelintir sahaja kaum Hindu India di lokasi terpencil berhampiran Uttarkhand, di Kerala dan Tamil Nadu. Ia sudah hampir pupus sejak abad 19.
Masalahnya, poliyandri kini kembali menghantui kaum wanita India dengan dahsyat di abad ke 21 ini, hampir ke seluruh lokasi di India. Kali ini secara paksa dan tidak direstui oleh kaum wanita itu sendiri.
Pada asasnya poliyandri berpunca pada kekurangan wanita rentetan dari budaya yang memaksa Kaum Wanita Membayar Mas Kahwin.
Harap Zak kembali pada point penting, iaitu akibat buruk budaya Wanita Membayar Mas Kahwin. Budaya ini juga penyebab utama seramai 15 orang membunuh diri setiap jam di India :
-> Bapa yang tidak dapat membayar hutang pada pinjaman yang diambil untuk Mas Kahwin anak perempuannya
-> Wanita yang didera oleh keluarga suami ( termasuklah yang dipaksa melayan nafsu adik-beradik suami )
Sila baca di sini : http://news.yahoo.com/government-says-15-suicides-hour-india-081117712.html
Masalahnya, apabila kekurangan wanita di India, maka penculikan dan pelacuran meningkat, penyebab utama penyebaran penyakit kelamin dan virus HIV.
Dalam hal budaya Arab Saudi punya mas kahwin mahal dari SR50,000 ke atas, ia juga bertentangan dengan Sunnah Rasulullah. Oleh itu, wanita yang ramai tidak dapat dicapai oleh kaum lelakinya. Apabila sesiapa melanggar Sunnah Rasulullah, tunggulah bala dan penyakit. Maka kaum lelakinya ke Bahrain, Dubai, Mesir, Syria, Turki, Morocco, China, Phillipine dan Indonesia untuk melepaskan nafsu kepada pelacur.
Perkahwinan kaum lelaki Saudi kepada Pakistan, India dan Indonesia memang ada tapi terlalu sedikit jumlahnya. Lebih bertumpu di Jeddah, Makkah dan Madinah. Walaupun ada sebagai isteri pertama tapi kebanyakannya sebagai isteri kedua. Jika adapun perkahwinan bagi mengelakkan Mas Kahwin yang mahal, kaum lelaki Saudi memilih berkahwin dengan wanita Syria, Yemen, Lubnan dan Mesir. Namun begitu, proses berkahwin dengan isteri asing sebagai isteri pertama dipayahkan oleh polisi kerajaan Saudi, kerana ramai andartu.
Dalam hal kekurangan wanita di Malaysia sebagai MASALAH GAJAH DEPAN MATA, ia TIDAK RELEVAN kerana tidak dapat menyebabkan gejala poliyandri yang kita perbincangkan ini. Yang dapat mengelakkan poliyandri di Malaysia ialah kita masih Muslim, ada larangan jelas poliyandri di dalam Syariah, lelaki yang membayar Mas Kahwin dan budaya kita tidak melarang samasekali perkahwinan campur di antara pelbagai kaum Muslim.
Harus ingat, perkahwinan di antara kaum berbeza adalah amalan budaya kita sejak dulu lagi. Kebanyakan di Malaysia, masing-masing darah campuran -> Jawa + Bugis + Aceh + Minang + Kampar + Rawa + Mandailing + Batak + Campa + Melayu + Bawiyan + + Menado + Siam + Inggeris + Arab + Cina + Tamil + Malayalee + Gujerati + Sindhi + Punjabi + Pathan ++++ ........ Jika berlakulah jugak kekurangan wanita yang serius di Malaysia pada masa akan datang, ada jutaan wanita Muslim dari Maghribi, Tajikistan, China Hui, Filipina dan Kaum Kepulauan Indonesia yang sedia menanti untuk dipinang dan suka untuk berpindah ke sini.
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/
--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------
.------------------------- http://www.KENALI.net
------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------
..--------------- -....http://www.MalaysiaKu.com

From: zakaria haron <zakariron@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, October 28, 2011 12:31 PM
Subject: Re: RG2011... Akibat Isteri Yang Membayar Kahwin (Dowry) Di India - Isteri di Kongsi
Bab isteri di kongsi dah lama wujud di utara india dah beribu2 tahun pun...salah satu contoh dlm bangsa punjabi (agama)sikh/hindu tradisional pun dah lama wujud eh mann trex pun ada mix punjabi(islam?) jawa arab kan hehehe..ramai ke org sakit mental dlm bangsa punjabi?..yg saya tahu bangsa punjabi sikh memang bangsa berani sebab itu british dulu2 ambil jadi askar dari bangsa ini termasuk bangsa gurkha yg juga terkenal dengan perempuan mempunyai beberapa suami yg sah....
ada amalan yg kekal hingga kini sejak beberapa ribu tahun dahulu yg mana perempuan bersuami ramai atau poliandri di pendalaman china india berhampiran gunung himalaya aman tenteram keluarganya malah harmoni sesama pejantan tak gaduh kerana bini berbanding poligami yg selalu di rahsiakan kerana jarang nak ngam sesama bini walaupun tak di nafikan ramai juga yg ngam
Lagi satu mungkin saudara mann trex terlupa amalan negara arab islam yg terbalik pihak lelaki kena ada kewangan yg kukuh untuk kahwin perempuan arab islam yg sangatlah mahalnya,kalau tak ada beratus2 ribu dirham jangan mimpilah,sampaikan ramai pula anak muda arab kahwin dengan perempuan pakistan dan india untuk di jadikan bini kerana lebih murah,fenomena ini merisaukan kerajaan mereka sehingga membantu dari segi kewangan tetapi masalah tak selesai juga..generasi akan datang makin ramailah arab berdarah ibunya india tetapi bercakap arab..ala2 anak mami kat msia lah melayu/india muslim or arab/malabar jadi mapilla...
Dalam dok sibuk tenguk kuman seberang laut,gajah depan mata tak nampak ni nisbah di malaysia lelaki 105 berbanding perempuan 100...maka nantilah zaman poliandri akan tiba tak lama lagi dah...
Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
2011/10/28 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Salam alaik,Bagi yang begitu terpengaruh dan asyik dengan cerita Hindi sehingga memperbesar-besarkan India, saya ingin utarakan salahsatu budaya yang sangat penting di sana. Jangan mudah sanjung sesiapapun tanpa pengetahuan lebih mendalam.
Saya ingin ketengahkan akibat budaya yang mewajibkan wanita membayar dowry ( mas kahwin ) kepada keluarga suami seperti yang diamalkan di India.
1. Kelahiran anak perempuan dianggap sebagai celaka - sehinggakan ramai di kalangan wanita Hindu dinamakan Na-Kusa atau Na-Kushi yang bermakna "Tidak DiKehendaki". ( baca di sini http://news.yahoo.com/285-indian-girls-shed-unwanted-names-122551876.html ).2. Seramai 10 juta bayi perempuan baru lahir dibunuh oleh keluarga miskin, kaya mahupun terpelajar. Walaupun banyak peningkatan dari segi akademik, namun BUDAYA BURUK INI MENGATASI AKAL MEREKA. ( baca di sini http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html
3. Oleh itu, kerajaan India telah mengharamkan Ultra-sound untuk melihat jantina bai dalam kandungan. Namun begitu, masalah pembunuhan bayi perempuan masih berleluasa. ............ Budaya ini begitu kukuh ......... http://dieurope.com/articles/e-news/details/article/indian-state-considers-portable-ultrasound-ban/index.html
4. Akibatnya kini lebih ramai lelaki dari wanita. Nisbahnya kini ialah setiap 1,000 lelaki seramai 917 wanita. Pada tahun 2020 ia akan menjadi lebih buruk lagi. Banyak kawasan di India akan menghadapi kekurangan wanita sehingga 30%. ( baca di sini http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html )5. Hasil budaya buruk ini adalah seperti berikut :-> penculikan perempuan dari lokasi lain untuk dikahwinkan-> penjualan anak-anak perempuan kepada sindiket-> penjualan wanita-wanita Nepal dan Bangladesh sebagai hamba seks-> kegiatan sindiket pelacuran meningkat di seluruh India
-> peningkatan penyakit kelamin dan kes HIV/AIDS-> India di dalam kedudukan Nombor 2 di dunia yang mempunyai HIV paling ramai, iaitu 5 juta orang kini. http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/4055143.stm-> isteri dipaksa menjadi hamba seks untuk adik-beradik suami ( baca di sini http://news.yahoo.com/wife-sharing-haunts-indian-villages-girls-decline-083401584.html )Pusingan Budaya Zalim ini sudahpun lengkap :Budaya Wanita Bayar Mas Kahwin -> Di Anggap Celaka -> Di Bunuh -> Kekurangan Wanita -> Penculikan -> Pelacuran -> Peningkatan Penyakit Kelamin -> Isteri Menjadi Hamba Seks Keluarga Suami.Hanya menanti ketibaan jutaan anak-anak yang sakit mental hasil perkongsian isteri. Belum ada data penyelidikan lagi.Bersyukurlah :
-> Syukur dengan kedatangan Rasulullah yang membawa sejahtera dengan SunnahNya.-> Syukur dengan hak Wanita Muslim yang telah dimartabatkan oleh Allah dan RasulNya.-> Syukur kita masih lagi berbudaya Muslim, di mana Suami Membayar Mas Kahwin.-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/
--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------
.------------------------- http://www.KENALI.net
------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------
..--------------- -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment