Friday, October 28, 2011

RG2011... Honda EX5 Dan Honda Wave

 

http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/04/honda-ex5-dan-honda-wave.html

Pertanyaan yang diajukan..

1) Guest: Aku adalah seorang pengguna motor EX5 (1st model) sejak tahun 2001 sehingga sekarang. Walaupun aku sudah lama pakai motor ni, pengetahuan di dalam teknologi kenderaan berenjin masih cetek, senang citer tak tau langsung.Adakah sesuai jika saya menggunakan minyak 4T shell VSX untuk motosikal saya? Bagaimana pula kesannya terhadap enjin dalam jangka masa panjang. Apekah kadar kilometer untuk menukarnya minyak itam dan boleh tau cara manapenjagaan motor ni. camne pulok service honda wave ...?.TQ.

2) hakeem bro..tips penjagaan EX5 xde ker??

3) tehr said... aku tak biasa dengan yamaha ni dari dulu dengan honda je..tapi penjagaannya lebih kurang juga kan, bro?
_______________________________
Jawapan kami..

Terima kasih kerana bertanya... Honda EX5 dan Honda Wave merupakan motorsikal empat lejang.. Jadi penjagaan nya juga tidak lah rumit kerana motor empat lejang merupakan motor yang tahan lasak..
Kos penyelenggaraan dan alat ganti juga murah.
Honda EX5....Motor yang paling murah dan popular.Walaupun dikategorikan motor murah, tapi motor ni paling – paling sedap bila ditunggang kerana ia ringan. Mudah ditunggang kerana adanya klac emparan automatik, oleh itu sesuai digunakan untuk belajar menunggang motosikal. Sangat menjimatkan minyak (sehingga melebihi 40 km/L) Honda EX5 pada asalnya mengantikan generasi honda cup lama ni dilengkapi sistem gantungan hadapan teleskopik bagi menggantikan gantungan rangkaian bawah, dan transmisi 4 kelajuan yang lebih cekap bagi menggantikan transmisi 3 kelajuan yang digunakan pada honda cup model lama. Penggunaan enjin 4 lejang menjadikan enjinnya lebih senyap berbanding enjin dua lenjang yang digunakan oleh saingannya dan mampu berjalan jauh tanpa lampau panas.
_______________________________

Honda Wave... Menggunakan kerangka tiub keluli, brek disk hadapan dan set penutup plastik dalam pelbagai pilihan enjin - 100cc, 110cc dan 125cc. Dari segi kelasakan rasanya wave lagi baik kot. Kalau nak tahan lasak jalan hari-hari atau distance jauh , spare part senang, maintenance senang, minyak jimat ni lah pilihannya.makin panas enjin honda makin smooth, dari segi minyak memang menang kat honda wave jimat memang terasa beza.
_______________________________
Tip-tip Penjagaan Motor empat lejang
(Honda EX5, Honda Wave)


Setiap kali servis motor ni, 3 perkara yg wajib aku lakukan ialah tukar minyak hitam, ganti plug baru, refill air bateri sekiranya diperlukan.
_______________________________
1) Servis MotorJadual penukaran minyak pelincir dan servis perlu diikuti secara tepat untuk memastikan tahap perlindungan enjin secara maksimum.

Sebenarnya penjagaan Motor Honda EX5 penyelenggaraannya murah.. cuma tukar minyak hitamnya aje... Minyak pelincir bagi Honda EX-5 anda perlu ditukar setiap 5,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).Tapi ada yang kata 4 stroke macam EX5 nih kena kerap la tukar minyak hitam.. 1000km sekali atau sebulan sekali..

Bagi Motor Honda Wave pula penukaran minyak pelincir dari 5,000 km kepada 6,000 km.
_______________________________
2) Minyak PelincirGunakan minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya seperti minyak pelincir Castrol active 4T atau Shell Advanced 4T . Walaupun minyak Castrol ni murah RM3 berbanding Shell Advanced yang harganya dalam lingkungan RM20 1liter. kedua dua jenis minyak 4t ni boleh lah dikatakan sesuai untuk Honda EX5 dan Honda Wave..Lagi satu kena juga tengok gred minyak hitam yang sesuai untuk motorsikal tu.Ada bacaan gred yang tertentu macam 5/50w (fully sintetik), 10/40w@15/40w@15/50w (semi sintetik), 20/50w (mineral) pilih lah yang bersesuaian dengan corak tunggangan ... Rasanya kat casing enjin tu pun ada tampal stiker suruh guna minyak castrol minyak hitam yang sesuai tu ikut recommended Boon Siew lar.....tapi kalau tak nak guna castrol, boleh cuba minyak-minyak mahal yang lain..minyak untuk ex5 ni sama je dengan minyak hitam untuk motor-motor 4 lejang yang lain..takde pun special kat ex5 ni. kalau pakai minyak lain brand pun tak tinggalkan kesan apa-apa pun pada enjin moto korang.. up to you lah...
_______________________________
3) Tukar Spark Plug Spark plug boleh tukar kalau dah mula missfire kalau motor meletup-letop hidup mati .plug yang ok slalu leh tahan 20,000km... dah check warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak..check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna..lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak giler payah nak hidup....Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar kat plug.
_______________________________
4) Servis CarburatorServis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tue.. mane tau tersumbat .. ade orang usik setting ke.. mana laa tau kan, Kalau nak save pakai laa carburator standart aje, kalau pakai dream tukar jarum ke jarum ex5 lame.. sebab leh set ko nak letak takuk mane satu.. kalau dream jarum die tak leh tukar takuk.... yang penting sentiasa servis carburator korang.. Pastu alang-alang cuci karburator tukar skali Fuel filter baru... fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow dia tak berapa lancar..
_______________________________
5) Tegang Rantai dan SporketPeriksa ketegangan rantai motosikal anda. Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat.Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu
Juga, pastikan set sprocket dan rantai EX5 anda tidak haus. Jika ianya haus, adalah perlu anda menukar baru. Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan, pilihlah set sprocket yang berkualiti seperti RK-M atau SSS. Letakkan pelincir pada rantai kapcai anda. Pakai Standard je (Standard lebih bagus) Yang paling penting tukar sporket bila mata sporket dah tajam..Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan.. bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris..


kalau moto standard dan ulang alik kerja, pakai sprocket saiz 14/36 atau 14/34 untuk standard moto ex5... Secara logik, "tak akan memberi kesan sepenuhnya kalau hanya berharap kepada penggunaan saiz spocket yang tertentu yang kononnya dapat bagi pickup ngan lajak .Kalau EX5 banyak yang nak kene godek bagi laju.. modal kena banyak.. cuba korang tukar rantai 1 set.. mesti korang rase lain mase ko bawak..

Motor untuk daily ride, 428 paling sesuai untuk orang bekerja..agak susah nak putus kalau 428.. 415 senang putus kalau rantai terlalu tegang atau tersangkut kat double stand..kalau tak jaga karang masa tengah pecut tetiba putus, orang kemana motor ke mana.... pakai 15/37 atau pakai depan 14 tu sesetengahnya penunggang EX5 main pacak-pacak.. kalau nak top speed 15/36..... Konon-konon untuk menampahkan kelajuan dan pick up...Dah lah tak payah motor standart pun dah kira laju dah tu...bagi aku kalau korang tukar sporket belakang kecik sangat nanti pikap pulak takde..lagi satu cepat ajer tayar haus dan botak.. .

_______________________________
6) Tekanan Angin Tayar Pastikan angin tayar sesuai dan permukaan tayar tidak botak atau haus. Jangan pam kurang.jangan pam lebih.kalau angin kurang, terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar. Periksa tayar kapcai anda. Jika ianya sudah terlalu haus, baik ditukar. Gunakan saiz tayar yang sesuai untuk motosikal anda. Saiz standard adalah disarankan bagi perjalan jauh. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan. Malang tidak berbau, tayar anda mungkin pancit. Bagi saya tayar tubeless adalah terbaik untuk perjalanan jauh. Periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).
_______________________________
7) Sistem Brake Berikan lebih tumpuan pada bahagian motosikal yang membabitkan keselamatan penunggang seperti brek, tayar dan pengendalian. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. kadang-kala drum brake ni tak brape mencengkam..dah brapa kali aku hampir-hampir terlanggar kereta kat depan sebab emergancy brake tak brape mencengkam..
_______________________________
8) Cluth Plate Ohhh ye terlupa checklah cluth plate .. kalau motor korang tak ade pickup minyak makan banyak kenalah pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus ..Gantilah Clucth plate, pastu jek skit cluth spring ni..Selalunya EX5 ni kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik.. mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem
_______________________________
9) Lampu Depan, Belakang dan Signal Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup...
_______________________________
10) Bateri- Tengok air bateri selalu dan pastikan ia berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya.
- T
ukar bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal.
- Amalkan panaskan enjin sebelum gunakan motor.warming up.
selepas gunakan motor untuk masa yang lama.
- Mesti ada cooling down.

- Cara penunggangan kelajuan yang disyorkan untuk penjimatan minyak ialah sekitar 60-80 km/h.mmg lambat tapi nak jimat inilah kelajuan yang disyorkan
.
- Bila naik bukit jangan pulas throttle gila-gila walaupun kita sedar enjin motor tu tak larat.gunakanlah gear yang sesuai.

_______________________________

Sayangi motosikal anda dan cuba ambil masa untuk membersihkannya sendiri kerana ia membantu anda mengenal pasti kerosakan. Sentiasa pastikan setiap bahagian bergerak lancar dan dalam keadaan baik

..Sayangi Motor anda sebagaimana motor anda menyayangi anda..

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment