Friday, October 28, 2011

Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !

 

Dah panjang lebar hehe...

Persoalan bukan lagi pengajaran bahasa Ingegris dalam Sains dan matematik... akan TETAPI kenapa anak melayu tidak boleh berbahasa Inggeris walau bertahun belaja Bahasa Ingegris...??? Di Mana silapnya. Huraikan...

Berikan hujjah anda???

Wa dah macam soalan SPM plak huhu...


2011/10/27 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
 

Salam alaik,

Dalam hal ini saya tabik dengan Krul dan Abiat !

Perbincangan yang cukup menarik. Pandangan yang jelas. Terima kasih.

Saya ada beberapa persoalan lagi sebelum kita tutup bab ini.

Sebelum itu saya ingin timbulkan hal manfaat kebolehan berbahasa Inggeris di dalam kerjaya.

Apabila fasih, sudah tentu PELUANG pendedahan(exposure) jadi lebih luas.
- dapat berhadapan dengan pelanggan luar negara dengan lebih yakin
- peluang untuk diberi tanggungjawab dalam projek luar negara
- peningkatan pengalaman yang lebih banyak dan lebih cepat
- menimba ilmu dari sumber yang cukup banyak di dalam bahasa Inggeris
- penyelidikan dan penyelesaian yang lebih cepat dari 2 sumber, iaitu Melayu dan Inggeris
- penulisan kertas cadangan yang lebih mantap di hadapan prospek ( bakal pelanggan )
- dapat membuat rundingan niaga tanpa tersekat-sekat dengan prospek antarabangsa
- keyakinan prospek antarabangsa terhadap wakil syarikat yang fasih memahami
- majikan lebih yakin dan bangga dengan kebolehan

Dengan adanya di atas, ketrampilan seseorang itu mengatasi berganda-ganda lebih banyaknya berbanding hanya yang pandai satu bahasa. Nescaya peluang peningkatan kerjaya yang baik dan pampasan lebih tinggi.

Untuk fasih di dalam bahasa kedua, ia seharusnya bermula dari awal. Inilah peranan penting ibubapa sendiri terhadap masa depan anak-anak mereka.

Persoalan saya yang masih tak terjawab sehingga kini. KALAU ANAK KAUM CINA DAN INDIA BOLEH, MENGAPA ANAK MELAYU TAK BOLEH? ANAK MELAYU LEMAH OTAK KE? Tak mungkin. Mustahil begitu.

Kalau sudah bertahun-tahun lamanya belajar bahasa Inggeris di sekolah, tapi masih tak pandai jugak, ADAKAH SALAH TEKNIK PEMBELAJARAN? Tidak mungkin.

Yang saya nampak punca kelemahan ialah IBUBAPA ANAK-ANAK MELAYU sendiri. Mereka tidak turut serta di dalam pembelajaran. Sekurang-kurangnya mereka perlu beri perhatian, beri galakan dan beri semangat kepada anak-anak.

Untuk mendalami ilmu sains dan teknologi yang kini media bahasa banyaknya di dalam Bahasa Inggeris, sangat penting anak-anak kita memahami bahasa Inggeris. 

Ada komen yang menyatakan bahawa apabila kita belajar Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris, samalah maknanya mengenepi Bahasa sendiri. Kalau dah siang malam pagi petang cakap bahasa Melayu, baca akhbar bahasa Melayu, tengok drama bahasa Melayu, menceceh-mengumpat-memfitnah dalam bahasa Melayu, mimpipun dalam bahasa Melayu, bila masa pulak mengenepikan Bahasa sendiri.

Ada jugak komen yang diberi pada saya yang menyatakan "Perancis dan German pun bangga dengan bahasa mereka. Apalah salahnya kita bangga dengan Bahasa kita". Memang kita patut bangga dengan Bahasa kita. Tapi apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh si-pengkomen itu?

Maksudnya TAK PAYAHLAH BELAJAR BAHASA LAIN. "Bior kita kekal dengan satu bahasa je".

Kalau kupas lagi, ia mempaparkan SIKAP MALAS MAJU walaupun manfaat yang terbentang luas. 

Kalau kita kupas lagi komen itu, ia bermakna, "bior je lah anak-anak kita macam kita jugok, tahu satu bahasa je".

Kalau kupas lagi, ia SIKAP TAK BERTANGGUNGGJAWAB yang menjadikan anak-anak Melayu tidak dapat bertanding lebih baik dengan keadaan ekonomi yang lebih kompleks dan global.

Sebab tulah payah benar nak faham bahasa Inggeris walaupun anak-anak sudah belajar selama 11 tahun di bangku sekolah.

Tapi bila bangsa lain maju dalam ekonomi, nak marahlah pulak. ish ish ish...
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: abiat07 <abiat07@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, October 25, 2011 10:24 PM
Subject: Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !

 
As salam,

Subjek sains dan matematik, sememangnya lebih baik diajar dalam bahasa melayu. Lagipun dah banyak kajian terutamanya di luar negara tentang persoalan ini, semuanya menunjukkan bahasa ilmu yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda jauh lebih baik kualiti dan kuantitinya.

Kebanyakan yang menyokong dua subjek ini diajar dengan bahasa inggeris, semata-mata kerana andaian dan pandangan:
1. kebanyakan ilmu ini/ bahan rujukan adalah dalam bahasa inggeris
2. peluang pekerjaan lebih baik
3. susah nak alih bahasa dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu (takut lari maksud)
dan macam-macam lagi.

Sebenarnya semua andaian dan pandangan itu tidak dapat membuktikan pembelajaran sains dan matematik jauh lebih baik diajar dalam bahasa inggeris. kalau nak buktikan, kena pastikan bahawa:
1. GRAF markah sains dan matematik dalam semua peperiksaan upsr, pmr, spm dll sentiasa tinggi bukannya markah 30% dah lulus
2. jumlah pelajar yang menguasai sains dan matematik meningkat secara perbandingan berbanding semasa zaman bahasa melayu
3. kualiti ilmu sains di kalangan pelajar menyerlah (inovasi sains dan reka cipta tidak tertumpu pada apa yang diajar di sekolah sahaja)

Hakikatnya, mereka yang menyokong ppsmi sebenarnya mahukan pelajar-pelajar ini mahir dalam bahasa inggeris, dan bertutur dalam bahasa inggeris dalam kebanyakan masa. tanpa disedari juga, mereka menganggap bahasa inggeris jauh lebih baik daripada bahasa ibunda sendiri. sebab itulah, timbul kes mereka yang mahir berbahasa inggeris lebih mudah diterima bekerja berbanding mereka yang kurang mahir (sedangkan pemilihan sepatutnya lebih didasarkan keupayaan bekerja) - sikap yang skeptikal ini sebaiknya dilabelkan sebagai PREJUDIS. kalau bahasa yang menghalang, kenapa tidak digunakan penterjemah? patutlah penterjemahan bukannya bidang yang popular di malaysia berbanding di luar negara.

Ada juga yang mengatakan ilmu sains (bidang teknologi, fizik dan seumpamanya) tidak dapat diterjemah dengan baik kepada bahasa melayu. siap ada yang bagi teks dan tunjukkan terjemahan bahasa melayu yang salah. kenapa salah? salahnya sebab mereka terjemah perkataan sains itu satu patah perkataan demi satu patah perkataan - tentulah lari maksudnya. kemudian, digunakan pula istilah bahasa melayu yang salah, sedangkan dalam istilah melayu ada perkataan yang lebih sesuai, sama ada ianya kata pinjaman dari bahasa inggeris sendiri atau bahasa lain. Sedangkan sudah ada tokoh ilmuan kita yang mencipta perkataan yang sesuai untuk mewakili istilah tersebut. oleh itu, soal tak boleh diterjemahkan, memang tak masuk akal.

Satu perkara yang perlu diingat (dalam hal penterjemahan), penterjemah sesuatu ilmu itu mestilah terdiri daripada mereka yang memang dalam bidang itu sendiri. tak kira dalam ilmu apa sekalipun. tentulah salah jika kita minta pakar bahasa inggeris untuk menterjemahkan buku sains! ia seolah-olah menyuruh pakar sejarah menterjemahkan buku matematik.

Sebenarnya, hal ppsmi ini timbul kerana penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar yang agak teruk. oleh itu, masalahnya ialah BAHASA INGGERIS itu sendiri. mungkin kementerian perlu membuat rombakan besar-besaran terhadap pembelajaran bahasa inggeris.

ATAU...  tetapkan terus bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi?? dengan kata lain, bahasa melayu sebagai bahasa kedua. sanggupkah anda??... Maaf!! saya tak sanggup.

Saya tetap yakin dan percaya dengan kebolehan bahasa melayu. bahasa melayu sepatutnya menjadi bahasa rasmi yang digunakan dalam semua bidang termasuklah dalam bidang perundangan mahupun perniagaan sekalipun. biarlah orang luar yang datang ke negara kita terpaksa menggunakan penterjemah bahasa melayu atau berusaha untuk mempelajari bahasa melayu untuk berurusan dengan kita. bila ada diantara kita yang perlu membentangkan kertas kerjanya di luar negara, alangkah bagusnya kalau mereka dengan bangganya menggunakan bahasa melayu. malah, kita patut mempergiatkan lagi usaha-usaha penterjemahan buku-buku ilmiah kepada bahasa melayu (bukankah ini salah satu punca kejayaan revolusi jepun dahulu? malah disebabkan kejayaan usaha penterjemahan jugalah orang inggeris keluar daripada zaman gelapnya!).

Walaubagaimanapun, saya sangat bersetuju dengan penetapan bahasa inggeris sebagai subjek wajib lulus untuk sijil SPM mahupun apa-apa sijil sekalipun! Saya juga menyokong sepenuhnya usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti bahasa inggeris dikalangan pelajar (tanpa mengorbankan mana-mana mata pelajaran lain atau memaksa penggunaan bahasa inggeris dalam mana-mana bidang/ urusan luar yang lain).

bahasa melayu bahasa nombor satu!!





--- On Mon, 10/24/11, krul nizam <k_rulnizam@yahoo.com> wrote:

From: krul nizam <k_rulnizam@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, October 24, 2011, 6:09 PM

 
saya rasa saya dah bawa fakta sebenar dalam hal perbincangan saya dan relevan dengan keadaan semasa, saudara Man Trexx dah masuk ke pedalaman dan bertanya murid-murid bagaimana penerimaan mereka berkenaan matapelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris? Bagaimana pula dengan latar belakang keluarga, sosio-budaya, persekitaran, tenaga pengajar seperti guru dan warga sekolahnya dalam memahami istilah dan perkataan Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

saya kadang-kadang pelik kenapa Sains dan Matematik dibahasakan sedangkan guru yang mengajarnya bukanlah mengajar bahasa tetapi fakta. Kalau dialih bahasa pun matapelajaran Sains dan Matematik ke bahasa Malaysia faktanya tidak akan berubah, sebagai contoh, Air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Saya bukanlah membincangkan mengenai saiz otak pelajar tetapi penerimaan pelajar mengenai pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Sememangnya kebanyakkan ilmu Sains dan Matematik pada masa kini kebanyakkannya dalam Bahasa Inggeris tetapi berdasarkan sejarahnya kebanyakkannya dipelopori oleh orang Islam di Tanah Arab.

From: Mohd. Asran Hj.Amisah <asrann@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 24 October 2011 11:16 AM
Subject: Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !

 
Menggunakan bahasa Ibunda lebih mudah untuk mempelajari sesuatu perkara. Ini teori kukuh yang tak boleh disangkal. 



--- On Mon, 24/10/11, musnisains mustapha <shark_8702@yahoo.com> wrote:

From: musnisains mustapha <shark_8702@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Monday, 24 October, 2011, 9:39 AM

 
Assalamualaikum...

Bagi pendapat saya, bergantung pada kehendak pelajar/murid2 itu sendiri jugak. Kalau dia betul-betul nak belajar, InsyaAllah..pasti berjaya jika disertakan dengan usaha yang berterusan. Tapi sekiranya dia sendiri pun x mau belajar, disertakan dengan negatif thinking yang dah sedia atau ditanam dalam mind pelajar-pelajar/ murid-murid itu sendiri, apa bahasa pun sama jugak.

wassalam

--- On Fri, 21/10/11, Mann Trex <manntrexe@yahoo.com> wrote:

From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu - SIKAP ASSABIYAH !
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Friday, 21 October, 2011, 5:52 PM

 
Salam alaik,

Adakalanya di dalam perbincangan, kita bawa masuk cerita zaman dulu dan cerita semasa.

Dalam hal yang kita perbincangkan ini, cerita zaman dulu you tu TIDAK RELEVAN samasekali pada ketika ini.

Fakta kini:
(1) Kebanyakan sumber ilmu Sains dan Teknologi masakini di dalam bahasa Inggeris
-> Otak budak Melayu sama saja saiznya dengan otak budak Cina, India, Arab, Jepun dll

Sila nafikan 2 perkara di atas.

Kalau sumber ilmu Sains dan Teknologi masakini di dalam bahasa Inggeris, ibubapa seharusnya mempastikan anak-anak belajar bahasa Inggeris dengan betul supaya FAHAM dan FASIH.

Di sini, IBUBAPA memain peranan penting untuk sempitkan atau luaskan minda anak-anak. Jika ibubapa memilih untuk melepaskan tanggungjawab mereka pada pihak sekolah sahaja, MAKA IBUBAPA telah memilih untuk sempitkan fikiran anak-anak mereka sendiri. Tidak menyokong anak-anak mereka mempelajari bahasa kedua atas alasan TIDAK RELEVAN dengan masadepan mereka.








 







--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment