Friday, October 28, 2011

Re: RG2011... Fw: Aziz Bari Akan Saman Mahathir,Zul Nordin Dan Utusan

 


as-salam,

betul tu Zahar, bila kita telah membuat ulasan/pernyataan, pastinya akan
ada 'feedback' yang negatif atau positif yang perlu kita jangkakan. jadi,
sepatutnya tidak timbul isu seperti ini (saman) kerana you should be expecting
those kind of feedback(s). If you couldn't stand it, just get back, sit down and
re-think before making any statement in the future because every action
has it's action & chain reaction.

maaf jika menggunakan 'broken english' serta tekasar bahasa...

- Rizla -



Re: RG2011... Fw: Aziz Bari Akan Saman Mahathir,Zul Nordin Dan Utusan

Zahar Han to: respeks_group@yahoogroups.com
10/28/2011 03:43 PM

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com

Please respond to respeks_group







 

Salam,

Tak tahulah orang sekarang ni begitu berani dan pandai membuat ulasan ... dan pada masa buat ulasan tu tak terfikir pulak maklum balas orang lain terhadap ulasan yang dibuat ... Haru betoi ...
Lepas tu bila orang bagi maklum balas terhadap ulasan yang diberi boleh pulak nak saman orang yang memberikan maklum balas tu ... Haru betoi, lain kali kalau tak boleh nak terima maklum balas atau teguran janganlah beri ulasan ... senyap ajerlah duduk diam2 atau kalau nak buat jugak bagilah nama samaran ke atau anonymous pun ok jugak ...
Bagi aku ... berani buat ulasan ... maka tentulah boleh terima maklum balas dan teguran ... barulah gentleman ... betoi tak.
Wassalam
 

<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>


From:
To:
zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent:
Tuesday, October 25, 2011 3:37 PM
Subject:
RG2011... Fw: Aziz Bari Akan Saman Mahathir,Zul Nordin Dan Utusan


 
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Aziz Bari Akan Saman Mahathir,Zul Nordin Dan Utusan
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
 


 
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Pensyarah Undang-Undang yang sedang digantung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengarahkan peguamnya menghantar notis tuntutan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia.

Notis yang akan mula dihantar esok itu, menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya dipetik Malaysiakini.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberapa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis.
TMI
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment